Jumat, 22 April 2011

Tips tips blogging dari Cik Epal Gonjeng jeng jeng jeng

Ok disebab kan ada yang mintak tips dekat aku pasal tips tips berblogging ni. dan hari ni aku baik aku bagi la tips. hari ni je baik hari hari lain terlampau BAIK! lalala~



Dan aku dapat menghidu blogger blogger newbie yang baru ikut blog ni. I wanna to say HYE to u. and WELCOME TO MY BLOG : . Thanks for following and reading. Hye awak awak. hehe =)



ok back to the topics yaww.



For newbie especially,

@ Guna url yang mudah di ingati




jangan guna url yang serabut dan panjang panjang. Jangan expect orang nak ingat url kau. contoh url


akusukamakantempececahsambalkicapdansoya.blogspot.com


hellooooo what do u expect? Takde kerja aih orang nak ingat url yang panjang bebenau gitu



@ Guna bahasa yang semua orang paham



hariwww niwww kiteww adewww bewwliww satuww bawrag mekawwwwppp. cawnntikk lewtewwwwww



Apa kau rasa nak kena lempang tulis macam ni??



@ jangan guna shortform


ak tk sk ko r.ko phm x.ak dh pnt pk pk.i pk pk u d cc i.


Kau nak kena terajang kah? apa ingat ni sms? ni BLOG bukan SMS nak taip message



@ penggunaan gambar yang menarik dan terang


Lumrah manusia memang suka kepada kecantikan. Kalau rasa anda cantik, boleh lah tempek gambar anda banyak banyak dekat blog. Selalu blog awek cun follower beriban.

macam aku. aku perasan je cantik sebab tu aku tempek jugak gambar kadang kadang. bajet dowhhhh. muahaha


If wajah biasa biasa macam aku ni. Try ah cari gambar yang the best. yang terang sedap mata memandang. alahh kadang kadang gambar yang kita ambil menarik pon alright dah tu. macam gambar makanan, tempat tempat cantik or barang barang comel. kan orang suka tengok.


@saiz font




guna saiz font yang senang nampak dan senang dibaca. jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. just nice. dan toksah lah sekejap font warna biru sekejap warna merah makngah. sekejap warna kelabu tek hanjeng. apa kau ingat budak tadika yang baca blog kau. kalau blog kau memang khas untuk budak tadika tu dimaafkan lah nak buat font warna warni ni




@ make it simple


elakkan menaip entry panjang panjang. It will drive away your readers.dan readers akan skip skip.  kau jangan jadi macam aku. aku memang ada satu tebiat suka menaip panjang panjang. ye ah dah mulut asyik potpet pot pet. tangan aku dia dok jalan sama ah sekaligus. hebat bukan?


make it simple. apa yang kau nak sampaikan dalam satu entri tu. just say it. takyah meleret leret tak tentu hala (macam aku)



@ layout yang simple




Toksah lah letak widget yang berlambak lambak dalam blog kau tu. kiri kanan blink blink. atas ada benda goyang goyang inul. dekat bawah ada lagi emoticon gerak gerak. woh sakit mata tau. benda benda tu semua menggangu konsentrasi je nak baca entri anda nanti



@ lagu dalam blog



Bagi aku, tak payah lah letak lagu dalam blog. kalau nak letak pon biarlah yang boleh pause. Ni kang dok sedap baca entri perghhh dengar memekak pulak lagu tak ada butang pause pulak tuh. lagu kalau slow takpe. ni kena pulak yang stok stok headbanging boleh share kutu. memang perghhh tak ke hangin meroyan satu badan? bising memekak ok




@ update regularly


Update lah selalu. jangan lah sampai bersawang empat lima bulan blog tu. Tapi nak update pon jangan syok sendiri. Kau boleh kenal dan tahu apa readers kau nak dari kau. So buat entri yang orang nak baca .



@ blogwalking


Dulu aku rajin jugak blogwalking yang mana sempat singgah dekat blog aku.now mana dan je lah. Blogger ada life jugak ok. Tak delah doploh empat jam ngadap laptop kan. Tapi kalau ada masa lebih tu boleh lah blowalking tinggal jejak tapak kaki dekat mana mana



@jangan sombong, be friendly


Apalah salah sekali sekala datang dekat blog yang selalu dok komen kau. tak salah kan? just orang pon akan rasa dihargai bila kita datang blog dia. macam kita jugak. kita rasa dihargai bila orang baca dan komen blog kita kan? macam tu lah orang. be nice. =)



@ignore your haters


kita perlu ingat dekat dalam dunia ni. kita tak boleh nak suruh or paksa semua orang suka dekat kita. sebab kita pon bukan suka dekat semua orang kan? Kalau ada haters, ignore je lah. tu jalan terbaik. dok bertekak doploh empatjam pon tak guna jugak. tak ada penyelesaian. dah orang tak suka biar je lah. dan the fact is semakin banyak orang suka dekat kau semakin ramai orang yang akan benci dekat kau



Tapi kadang kadang aku layan jugak haters ni. Best dowwhhh layan depa. muahaha :D







apa yang aku boleh simpulkan



"blog ni macam restoran"



mesti korang pelik apa kejadahanya lah si cik epal gonjeng ni mengarut megaitkan blog dengan restoran kan?



macam ni. kalau kau tengok restoran ea. Kalau makanan dia sedap dan service bagus. mesti kau suka datang kan? lagi banyak makanan sedap dan variety makanan lagi best. ye lah aku tahu kau kuat makan. dan tetiba pulak owner restoran tu friendly dan ramah dengan kau. lagi lah best je kau pergi restoran tu. dan untung untung kau bagi pulak dia tips (duit)



apa yang aku nak kaitkan dengan blog?


restoran=blog
makanan-entri
variety makanan=variety entri entri kau
owner restoren=owner blog
tips (duit) = komen



macam tu lah kaitan restoran dan blog.bagi aku lah. u got what i mean?




ok yang paling penting. pentingkan kualiti bukan kuantiti. ada blogger yang sanggup up entry sehari sampai doploh lapan kali just nak naikkan trafik????


but its ok. itu cara kau kan? cara orang lain lain but apa apa pon kau kena tahu apa readers nak dari blog kau. dan itu hak blog masing masing so suka hati lah nak update entri apa pon dekat blog kau




kalau blog kau ada kekuatan dari segi tutorial, review movie, fashion. just go for it.


buat entri apa yang kau suka. dan InsyaAllah orang akan suka jugak apa yang kau suka.jangan hipokrit! BE YOURSELF!


aku pon banyak lagi benda aku kena belajar dari blogging. im not that good. ada yang kata aku faymous, bagus ke hape semua tu sory ahhh. aku tak suka sangat orang cakap aku blogger faymous. Serious aku tak suka disanjung tinggi tinggi sangat ni. aku manusia macam kau jugak. hari hari makan dengan berak je kerja aku. sama ah kan macam kau. sebab apa aku tak suka? sebab nya adalah




bila kita dah faymous. follower mencanak canak hingga ke ladang gandum. Tanggungjawab kita lagi besar sebenarnya. kita lagi lah kena melahirkan entri entri yang orang nak baca dan orang suka.Orang akan mengharapkan entri entri yang berkualiti dari kita. expectiation tinggi la kata orang dan segala tindak tanduk for sure orang akan ikut or diperhati.


JANGAN INGAT KAU DAH BAGUS KALAU FOLLOWER KAU BERIBAN RIBAN


just for reminder to myself. sebab tu aku taknak jadi faymous amos sangat ni. biarlah just suam suam kuku. aku nak orang kenal aku sebab entri entri aku or personality aku dan aku happy kalau kau yang masuk blog cik epal ni boleh happy. aku just share apa yang aku rasa nak share dalam blog ni.  =)


kau tak malu ke orang cakap "tah hape lah best sangat blog dia ni, pelik aku banyak sangat follower! blog bukan best mana pon. entri semua macam sampah"


kalau aku, aku malu siolll. sebab tu aku tak suruh or paksa orang follow blog ni. but if u want to follow my blog. feel free to do so =)



takyah cakap aku blogger faymous and jadah hape lah lagi. kalau kau cakap aku bloggger gonjeng. aku boleh terima. sebab aku memang gonjeng. gonjeng tetap gonjeng! yayyyyy!


dan dikesempatan ini aku nak tanya lah. Apa yang kau suka dengan blog ni? dan apa yang kau tak suka dengan blog ni?


apa apa yang teruk tu boleh lah aku improve, aku hanya manusia biasa je. makan nasi jugak macam kau orang opkos aku tak sempurna. just kalau ada apa apa cadangan dan bantahan or kutukan boleh lah komen entri ini. ok thanks!



aku memang suka menulis. aku suka buat essay. memang bagus bebenau lah jadi blogger. suka hati lah aku nak tulis panjang mana pon. dah ini blog aku bukan blog kau dowww! muahaha


aku menulis bukan kerna nama aaa aaa aaa~ (echo)



p/s: Dont forget to vote me HERE. Search "Cik Epal" and vote now! =)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar