Jumat, 22 April 2011

Terima kasih kepada designer header, banner dan watermark blog Cik Epal , Thanks MEL ROMEO, MEUZ ANGELO, AYEEM AYAM dan NADIA AR-RUMAISHA =)

Aku selalu received  soalan soalan yang berbunyik:


"Cik Epal macam mana design template blog?"

"lawa lah watermark cik epal. camne buat?"

"Macam mana nak buat header ada status macam tu?? style lah"

dan macam macam lah lagi. Aku suka gak main dengan coding ni sebenarnya. Lagi lagi HTML CODE. tapi kalau sekali dah salah tu. sumpah malas nak godek balek. Di kesempatan ini, meh lah aku promote designer designer aku yang kacak , cantik lagi stylo yang menjadi tulang belakang dalam meyiapkan template, banner, header, watermark blog aku ni dan etc.


Haaaa apa apa yang lebih lanjut, sila tanya depa depa ni ye. Depa sangat hebat dalam design mendesign ni


Firstly, aku nak berterima kasih dekat MEL ROMEO. Dia orang pertama yang nak design header blog aku. Tapi time ni memang aku rasa header aku paling gempak lah. Lawa MEL ROMEO ni buat.



Hasil kerja tangan MEL ROMEO

Nak MEL ROMEO design KLIK SINI untuk ke blog beliau. Thanks MEL ROMEO ! dan dia antara sifu aku jugak lah dalam blogging ni. Awal awal aku start blogging, dia yang banyak tunjuk ajar dekat aku. thanks again! Jasamu dikenang. Sila doakan adik mu ini KURUS. :D



Then second header aku, aku nak sangat sangat header berstatuskan TWITTER. Sebab RARE. tapi sekarang dah berlambak dah orang buat Header ada twitter ni.


Hasil kerja tangan MEUZ ANGELO

Time ni aku banyak cikadak sikit. Ada lah 2 3 header dia dah buat, tapi aku REJECT sebab aku tak berkenan. Haha. kesian dia. Dah lah dia ni baik.  Senang senang je aku buli. but aku sangat seronok melihat hasil kerja tangan MEUZ ANGELO ni.Template aku ni pon dia yang design. KLIK SINI untuk ke blog beliau. Sesiapa nak dia design header korang. boleh lah usha blog dia. Nak mengorat dia pon boleh. Dia single lagi tu. hehe. Thanks MEUZ ANGELO ! Jasamu dikenang! Sila doakan saya kurus jugak =)


and the latest one :


Hasil kerja tangan AYEEM AYAM

Dia ni paling senang. Aku cakap aku nak macam ni , macam tu, warna ni, warna tu. Zappp zappp siap dah. Bagus orang macam ni. Buat kerja Sharp. i loikeeeee. Dan hasil kerja dia sangat tip top. dan aku yakin sesiapa yang pernah tempah header or banner dekat dia, mesti puas hati punya. Baca blog dia pon best. Walaupun dia ni kuat melucah. Tapi klakoo lah jugak blog dia ni. Lagi lagi kalau dia buat komik pakai flash. Serious RARE. blog dia best jugak untuk dilayan. Header dia yang gerak gerak tu buat nampak unik. Pandai dia buat flash. Sesiapa nak header gerak gerak macam aku boleh KLIK SINI untuk ke blog beliau. AYEEM. kau doakan lah aku kurus jugak ! haha :D










Banner pon hasil kerja AYEEM AYAM. Nice kan?


Then, beralih kepada WATERMARK. watermark ye. bukan waterpark.










Yang ni aku sangat terkejut. sebab aku tak mintak but tuan punya blog tetiba sahaja nak bagi dekat aku. Wahhh terima kasih kak! tapi dia memang ada design watermark pon dekat blog dia. Aku suka gila watermark ni. Sebab senang kerja aku nak watermark gambar semua. Dulu asyik lah nak menaip aku punya url satu satu. so tu leceh. Watermark ini membuatkan kerja aku lagi senang dan efisyen. ecececeh. sila KLIK SINI untuk ke blog akak yang cantik ini. Terima kasih kak! sila doakan saya kurus jugak! muehehe


Terima kasih kepada designer designer hebat di abad ini. If korang nak header meletop, banner cantik, watermark yang style. Contact lah depa depa yang aku sebutkan di atas.


And again. Thanks MEL ROMEO, MEUZ ANGELO, AYEEM AYAM dan NADIA AR-RUMAISHA  kerana sangat baik hati mensponsored benda benda alah ni dekat saya! thanks a lot! Sila doakan saya kurus. Ingat daku dalam doa mu =')


ok bye!

I NEED YOUR VOTE. PLEASE VOTE ME HERE. OR YOU CAN CLICK THAT PICTURE :D



p/s: Dont forget to vote me HERE. Search "Cik Epal" and vote now! =)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar