Jumat, 22 April 2011

Menternak lemak di KYROS KEBAB dan buat passport sebab aku nak pergi OVERSEA

Tadi aku pergi buat passport. Sebab aku nak pergi OVERSEA . *nada RIAK


Ni lah tempat nak amek gambar passport

Masa aku nak amek gambar ni. Aku dah poyo poyo nak senyum macam kerang busuk macam dalam ENTRI AKU NI. tapi nannn hadooo je lah. baru je bontot melekat dekat kerusi. abang yang jaga menatang ni cakap.


"pandang skrin , JANGAN SENYUM"


hek elehhhhh kecoh la abang ni. Nak senyum pon tak boleh. Kan senyum itu satu sedekah ?? lepastu dia suruh aku ke belakang kan shawl aku. tak nampak kening lah hape lah katanyaaa. alahhhhhh aku bukan taknak buat macam tu, kang muka aku nampak tembam. Tapi aku layan kan je lah abang ni. banyak cikadak tol.




AKHIRNYA !

Tapi aku berpuas hati jugak dengan gambar ni. Sebab adik aku nampak hitam. aku nampak PUTIH. yesss!!


Lepas dah submit natang natang ni semua, kena tunggu sejam, baru passport siap. daripada aku dok menganga dekat situ, baik aku pergi menternak lemak. Aku buat passport ni dekat Kompleks PKNS, Shah Alam. dekat ah jugak dengan rumah aku.



Hari ni aku sopan

Ni cermin dekat KYROS KEBAB. ye. tempat kali ini untuk menternak lemak adalah di KYROS KEBAB. ada dekat level 1 dekat KOMPLEKS PKNS. Aku pakai jubah, sebab aku nak dipandang mulia oleh bakal mak mertua. Nampak sopan , ayu sikit kannn. walaupun nampak sikit je ayu tapi ada aku kesah??



yayyy makanan dah sampai !

Ni aku punya . CROSSAINT. tapi aku lebih prefer dekat DELIFRANCE punya lagi. bagi aku lah

Oreo Vanilla aku punya

Strawberry pasiion ayah aku punya

Ni kebab adik aku . saja curik nak buat bergambar

jangan tanya aku siapa nama akak dalam poster belakang tu. Mana lah aku tahu dia siapa. Yang pasti bukan ROSNAH MAT ARIS.




Adik aku punya kebab

Adik aku pergi toilet time ni. Dia sampai sampai

"weiii siapa tulis I LOVE U  dekat kebab adik ni??"

hahahaha aku letewwww yang buat. Orang tengah angau memang macam ni. Semua tempat nak tulis I LOVE U. Mata manjang nampak LOVE aje. muahaha :D


Ayah aku punya kebab

Cehhh tak berseni betul ayah aku ni. Sos bersepah sepah. haha. Eh! tapi kalau korang nak pergi KYROS KEBAB ni. Sila lah amek kebab CHICKEN TANDORI. serious sedap nak mampus. Menyesal aku pergi pilih CROSSAINT tadi. huhuhu.



ni adik aku punya air. SODA GEMBIRA
nama soda gembira tu aku yang main hentam je. Tapi kurang sedap lah. sebab soda banyak sangat pastu macam tawar.



Sama tak gigi kitorang ?? kalau tak sama pon, ada aku kesah ??

Ayah aku makan kebab macam makan nasikkk. tu adik aku. Hitam tak dia? wahahahaha keji punya kakak!


dok ngokngek ngokngek dekat KYROS KEBAB tu. dah sejam dah. pastu naik atas balek nak amek passport.



todiaaa todiaaa. muka memasing dalam passport

Bughuknya lah muka IBU aku dalam gambar passport ni. Kembang semangkuk. haha. Bagus gak lah gambar dia tak lawa, boleh aku feeling feeling muda remaja.Kalau tak, asyik muka aku je yang nampak tua. Menyampah! Jangan tanya lah kenapa muka adek beradek aku semua lain lain. Mungkin masa mak aku mengandung, dia selalu tengok KRISTINE HERMOSA. sebab tu bila keluar aku, muka aku macam KRISTINE HERMOSA tu. lalalalala~


KRISTINE HERMOSA

Tapi serious dulu masa cerita SANAY WALA NANG WAKAS tengah meletop letop dulu. Ada orang cakap muka aku macam muka dia ni. Tapi celah mana aku tak tahu lah. Lubang hidung kot yang sama besar. muahahaha :D


lepastu aku nak cari dessert. nak tahu apa dessert aku?

Kentang MC Donald!


Dessert wakluuuuuuuuuuuuuuuuuu !



Tapi ada aku kesah???


Lepastu ayah aku bawak pergi GIANT SHAH ALAM pulak. Dia nak tempah tiket nak pegi OVERSEA ni lah. lepastu aku jalan jalan. Aku jumpa menatang ni:




Sebab aku sedar diri aku gendut. Aku nak try jugak la. Nak tahu jugak berapa berat aku. Sekali aku dah masukkan doploh sen. Sekali dia cakap suruh masuk lagi doploh sen. Aku pon masuk lah lagi doploh sen. Sekali, dia suruh lagi masuk doploh sen. Lepastu aku masuk lah lagi. Then dia nak lagi doploh sen.


weiiii bape banyak doploh sen kau nak dari aku gilaaaaaaa???



WATERPARK lah menatang ni. telan duit aku je manjang. Result berat aku tak keluar keluar jugak. Kwanghajar. nak je aku bakoooo natang ni. PENIPU BETUL! Lepas ni korang jumpa natang ni dekat GIANT. jangan naik. dia penipu besar! Kalau jumpa je natang ni. kau bako je. KITA BAKO KITA BAKO! Tu lah. kecik kecik tak nak sekolah. dah besar jadi penipu. Itu lah pentingnya ENGLISH EDKUSYENNNNNN~



Aku ni memang. pantang sikit kena tipu. dengan natang mesin bodoh piang ni pon aku boleh bawak gaduh. wahahaha.



ok bye!

TOLONG VOTE aku dekat sini . muehehe



p/s: Dont forget to vote me HERE. Search "Cik Epal" and vote now! =)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar