Selasa, 02 Juli 2013

Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !


Teringin nak makan aiskrim tapi tengah diet katanya. So buat lah aiskrim sendiri versi healthy. Nak buat lah aiskrim berwarna warni sang pelangi sikit. Baru syok sikit nak makan. Beli bekas aiskrim yang ada muncung macam ni senang. Tak ada lah makan meleleh-leleh. Kalau aiskrim cair pon boleh sedut je kat muncung itu. Bekas aiskrim ni aku beli dekat Daiso je. Lima hengget je. Murah dan sangat praktikal.



 Bahan-bahan nya simple je.

-Buah-buahan yang pelbagai warna
-lemonade
-madu





Lemonade aku beli dekat pasaraya je yang dalam botol siap. Tapi sebab masam nau,aku tambah lah dengan madu. Baru lah manis sesedap rasa. Jangan guna gula. Kalau nak sihat, gantikan gula dengan madu ye :)




Susun lah dalam bekas aiskrim masing-masing mengikut peringkat warna



Susun sampai habis semua buah.




Masuk kan lemonade + madu tadi. Siap dan boleh dibekukan





Kalau nak buat tolong lah jangan masuk kan dragon fruit itu. Warna aiskrim aku jadi tak menarik bila di tambah dengan dragon fruit itu.Aku lah yang gatal tangan sangat nak masuk kan buah naga sekali konon nak bajet lagi kreatif. Menyampah pulak dengan itu buah naga. Selamba tenuk dia je mencarca-marba kan warna aiskrim aku dengan warna dia sorang je. Masuk 5 buah pon ok dah. Jadi dah ala-ala pelangi.



Tadaaa! Siap dah. Bila gigit layer by layer boleh rasa macam-macam flavour daripada buah tu sendiri :D



Boleh lah makan sesisi keluarga.



Nak nampak lebih menarik, boleh potong buah besar-besar macam ni. Lagi nampak stylo kan aiskrim tu.




Ok tu je nak cerita hari ni. bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar