Senin, 17 Oktober 2011

(Review Filem) KLIP 3GP . Ganas, Gerun & Ghairah????

Semalam aku tengok filem KLIP 3gp ni. Aku tengok ramai yang dok hentam cerita ni sini sana. To be fair, aku tengok lah, kot kot memang ada "mesej dan pengajaran" yang nak disampaikan tu.kalau aku nak hentam pon at least aku dah tengok sampai habis. Tak ada lah nak serkap jarang kata cerita ni itu ini. ye dak? Sinopsis cerita ni korang carik lah sendiri dekat mana-mana. Malas pulak rasa nak buat sinopsis. Aku just review je lah eh



Mula-mula aku ingat cerita ni berlabel "18". Ouh tapi tidak ye. Hanya "PG 13" sahaja. Tengok trailer macam banyak aksi "melampau" tapi part dalam trailer tu je lah yang aksi melampau nya. Tak ada lah ghairah mana pon macam cerita Hollywood. Lagi kelakar ada bila keluar part macam tu. Nampak sangat MURAHAN.



Punya lah banyak berlakon dalam cerita ni. Tapi sikit sikit je part masing-masing muncul. Part Edie (Zahiril Adzim) dengan Maya (Mimi Nation Emcees) yang banyak sikit ah.

ada certain dialog/ skrip yang diorang lontarkan dalam filem ni tak jelas. Ada satu part ni Edie (Zahiril Adzim) cakap dekat gigolo tu. "nanti lah satu hari nanti aku ajar kau, kau belum kenal siapa Edie" Ingat kan apa lah si Edie ni nak ajar gigolo tu, Kasi pecah dia punya kepala ke, gantung dekat kipas ke hape. Tapi habuk pon tarak.



Ada lagi satu part yang pelik sangat. Macam mana si Maya tu boleh kenal dengan Edie?? Boleh pulak tahu dia duduk bilik mana semua. Memang ah ada terserempak dalam lif dan si Edie ni ada masuk majalah pasal dia jutawan siber. Macam mana pulak si Maya ni tahu yang Edie ni pemilik 3gp.com?? Tak kan ah pemilik 3gp.com ni senang-senang je nak reveal dia tu owner 3gp.com dekat majalah? Satu Malaysia pulak baca majalah. Gila ke hape owner laman web lucah nak mengaku terang-terangan yang dia pemilik web lucah??? Mahu lah polis carik. Part situ macam tak masuk akal






Nasib baik lah bukan SHAHEIZY SAM berlakon watak ni. Serious mahu aku tak suka dengan Shaheizy Sam pulak kang tetibaaaa. Dan nasib baik jugak Shaheizy Sam tak terlibat lansung dalam cerita ni. Tersedak pulak Shaheizy Sam ni kang. Tetiba je nama dia masuk dalam review KLIP 3GP apahal pulak kan?





Kualiti gambar dalam filem ni nampak sangat macam klip je. Tak nampak macam filem. Aku syak memang pengarah ni nak buat macam kualiti klip je kot. Sebab nak sesuaikan dengan nama filem ke hape tu tak tahu ah kan. Jalan cerita pon tak menarik, meleret-leret sampai bosan menguap-nguap tengok filem ni


Maybe ada yang cakap pelakon perempuan dalam filem ni macam tak ada maruah. Tayang body, gadai maruah. Tapi apa nak diherankan pon, memang tu pon realiti budak-budak muda sekarang. bajet AMERIKA sangat. Tengok lah perempuan-perempuan yang selamba badak pakai HOT PANTS, SINGLET, SLEEVELESS, TUBE keluar jalan-jalan, melancong semua.Kalau cina, india tak de hal lah kan. Ni melayu Islam yang banyak nya. Cuba tanya depa. Ada perasaan malu?? Bangga lagi ada dok tayang body. Mungkin depa pikir depa HOT STUFF lah kot


Filem ni bagi aku memang memalukan pon. Cukup-cukup lah klip 3gp dalam dunia realiti yang banyak tersebar dekat orang sekeliling ni. Tak payah nak angkat sampai buat filem.Mungkin cerita ni bawak mesej baik tapi lagi banyak keburukan dari kebaikan. Kalau lah budak-budak sekolah yang tengok filem ni, yang mana akal pendek tu, mahu dia pon rasa nak buat klip pulak. Then ada yang menyimpan cita-cita nak jadi RAJA SKODENG ke hape pulak kan. Parahhh



Tapi dari side positive cerita ni. Mungkin nak bagi tahu orang ramai yang


@ bahaya nya rakam-rakam mende alah ni.Dah tahu bahaya tak payah buat, if tak buat tak ada nya benda nak dirakam dan disebar

@Tak payah lah mengada-ngada nak buat benda tak senonoh ni

@ Bagi perempuan, jangan mudah percaya dekat ayat manis lelaki. Tetiba kenal dengan lelaki Gigolo pulak. Habisss


@berhati-hati dengan apa je yang kita buat, dan pandai-pandai cari kawan



Mungkin ini lah "mesej dan pengajaran" yang nak disampaikan kot. Tapi nak habiskan rm11 untuk cerita ni, personally bagi aku memang TAK BERBALOI.



Tapi aku respek gak ah dengan pengarah cerita ni. Respek sebab KEBERANIAN dia nak buat cerita genre macam ni dan dia memang sedia maklum rakyat malaysia ni menjaga sensitiviti. Nak nak cerita macam ni. Memang ramai tunggu nak hentam je. Pengarah  ni mempunyai keyakinan yang tinggi lah nak menghasilkan cerita ni di Malaysia pulak. Tapi sekarang cerita melayu memang banyak eh genre macam ni?? keganasan?? Seks??? gangster?? rempit??  Kalau aku jadi mat rempit, aku bangga cerita aku difilemkan. hehhh



Rate filem : 0.5/5 (0.5 je aku bagi?? rate filem paling rendah yang aku pernah bagi setakat ni)



Rm11 tu baik aku buat makan KFC . Dah dapat dah satu snack plate.



ok bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar