Sabtu, 22 Oktober 2011

Aku dulu free hair, pakai baju pon semua stok stok tak ada lengan. Malaysia kan panas. Sebab tu feeling macam duduk England

Kehkehkeh. Tajuk tak boleh nak panjang lagi ke cik epal oiiii? Mungkin ada yang pernah tengok gambar gambar aku di zaman jahiliyah ni dulu. Saja je nak tayang lagi. Sebab time muda muda dulu aku rasa aku comel (mati lah perasan). Tapi semakin besar ni, makin COMOT dan godang pulak. Mana tak godang, kerja asyik melantak je kan. Sila jangan salahkan ibu mengandung.

Cuba carik aku yang mana satu?? Aku rasa time ni dekat Sunway Lagoon lah . Aku pon dah lupa. Sebab dah lama sangat dah gambar ni. Tahun 1994 kot. Time ni baru sampai Sunway Lagoon. Semua muka mencuka je lagi. Belum panas lagi ni. Baru warm up. Tak jumpa air lagi nak berenang



Walaupun cousin aku yang lain masih masam mencuka macam baru lepas makan ikan pekasam. Aku dah rasa eksaited sikit kot time ni. Senyum pon dah berani tunjuk tunjuk gigi.



Kadang kadang rasa nak penampo je muka sendiri bila tengok gambar ni balek. Aku pon tak tahu apa sebab. Muka aku macam takut takut ayam. Menggelabah betul.



Ko kenapa NOR masam masam? Sebelah aku tu NOR. Cousin aku. Sampai sekarang ni kitorang rapat. Rapat gila kot. Tapi dia jauh lah dekat Johor. Kalau balek kampung jumpa lah, kitorang dua orang borak je dah memekak macam lapanbelas orang ada dalam rumah. Aku gonjeng dia gonjol. Walaupun dia gonjol, tapi dia baik, dia selalu belanja aku makan kalau aku balek kampung. Sebab tu aku gemok.


Tapi kan aku rasa macam best pulak boleh kurus macam ni balek. Tapi tak nak ah sekeping macam ni sangat. Kang angin tiup, aku pulak melayang jatuh dalam longkang



Bergurau senda. 


Dulu semua kemain lidi. Sekarang semua dah macam tong drum dan tong gas badan memasing. Nasib lah kan. Dulu semua baju stok stok tak ada lengan je. Baru lah Amerika kan



Gambar ini paling HOT dalam sejarah hidup aku. Gambar tayang spender. kau mampu bergambo macam ni?? Hadooo? hadooo?





Dulu-dulu nak pakai baju tak ada lengan ke, hot pants ke, pakai spender je ke keluar rumah. Tak ada nya orang nak kesah. Kalau pakai spender je keluar rumah main main pon mesti orang kata kiut. Cuba sekarang keluar rumah pakai spender je main main depan rumah. Nak mampus ke hape?




Dulu kecik-kecik cambest je. Hidup tak payah fikir masalah. Tahu hari hari mintak dekat ayah nak makan jajan. Kalau boleh celik mata tetiap bangun pagi je nak makan jajan. Sekarang ni, hidup selalu ada masalah. Cuma kena tahu cara atasi je. Tapi kalau hidup tak ada masalah, macam tak normal pulak. Actually masalah-masalah yang kita face ni lah mematangkan kita dari masa ke semasa.





Tapi aku tak matang-matang pon sampai sekarang, badan je besar godang. Pemikiran masih kebudak-budak kan. kehkeh




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar