Rabu, 12 Oktober 2011

Senyumlah. Hidup Ini Indah =)


Aku sekarang tengah jatuh cinta dengan buku ni. Buku ni ada macam-macam kisah. Memang kompilasi kisah motivasi remaja pon. Bila baca buku ni, rasa macam benda-benda yang jadi dalam buku ni sebenarnya berlaku je dekat sekeliling kita.



Ada satu cerita ni tajuk dia “Gemuk pun istimewa”. Perghhhh aku ni biasa lahhh. Kalau bab bab gemuk ni tetiba terasa. Sedar diri tak berapa nak slim dan semangat berkobar je nak slim. Tapi slim nya nan hado je lah. Then ada satu quote dari kisah ini berbunyik



“Kurus? Siapa yang tidak mahu kurus tetapi saya ditakdirkan menjadi remaja yang banyak kekurangan. Namun saya juga mahu berjaya”



Cerita pasal Shima. Badan dia gemuk .Walaupun badan dia gemuk tapi dia budak bijak dekat sekolah. Tetiba dia jadi pelajar terbaik. Yang mana budak mengong-mengong tu dok lah ejek-ejek dia.


“tahniah gemuk!”
“hahaha gemuk-gemuk pon berhasil ye!”
“wah gemuk, hebat lah awak! Haha”



Eh kwanghajar lah depa ni. Kalau aku lah dekat tempat Shima tu. Aku terajang sensorang. Pastu lestik lubang hidung sensorang guna bola ragbi. Rasakan! Hehh. Tapi Shima ni buat rileks je sebab dia dah biasa dah kena ejek macam tu. Lepastu dia hantar emel dekat budak-budak yang ejek-ejek dia tu. Ada ah dia cerita apa benda dia emel dekat budak-budak tu. Esok nya budak-budak yang ejek dia tu semua mintak maaf dekat dia.



Si Shima ni semangat kuat. Dia berkobar-kobar nak kurus.Dia cakap dia bukan lah nak cantik atau dipuji orang, tapi dia mahu kesihatan dia terjaga.



Tu cerita pasal gemuk. Banyak lagi cerita pasal benda lain.Ada jugak cerita pasal Zahira yang malas nak solat sebab dia rasa dia muda remaja lagi siap selamba ilekkk je dia cakap



“saya memang mahu bersolat tetapi bukan sekarang. Sekarang saya masih muda dan rasa lemas sering diingatkan berkenaan solat. Sudah tua nanti saya solatlah!”



Banyak cantik muka kau? Bagus lah buku ni. Banyak kisah remaja yang berlaku di sekeliling kita. Buku yang aku baca ni tajuk dia “Senyumlah. Hidup Ini Indah” keluaran PTS. Buku-buku keluaran PTS ni syokk jugak lah untuk dilayan. Tulisan dalam buku ni mudah dibaca. Senang nak paham bijik butir apa nak disampaikan.Yang mana rabun dekat, jangan risau. Konpom kau nampak apa yang ditulis dalam buku ni.




Kalau ada yang berminat nak beli buku keluaran PTS ni memang bagus sangat lah tu. Sebab depa tengah buat peraduan sekarang. Hadiah bukan calang-calang beb. Semua terbaik dari ladang. Dah alang-alang korang nak beli buku ni, baik masuk je sekali peraduan dia




Cara-cara nya mudah je.


1.Peraduan online bermula dari 1 Okt- 23 Dis 2011.


2.Korang boleh beli mana-mana buku PTS yang terlibat dalam peraduan ini. Nak tahu senarai layari peraduan.pts.com.my


3.Apabila korang dah beli, layari PTS


4.Daftar dan main


dan korang boleh menang benda-benda ni




Korang just bongkar kod rahsia dalam buku PTS dah boleh menang iPad 2 tu woiiiii. Baca buku je dah boleh menang ipad 2. Untung berganda-ganda. Kalau sesiapa menang, tapi taknak ipad 2 ni, boleh lah bagi dekat aku. Boleh aku main angry bird hari-hari. Kehkeh



Nak menang ipad 2? Boleh lah usha-usha PTS ni. Lagi pon buku-buku dalam ni memang tertarik menarik kau memang da bomb betul lah. Mana tahu ada rezeki menang. Rezeki jangan ditolak bebb =)



Ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar