Selasa, 11 Oktober 2011

Hijab/Shawl Tutorial ??

Wellll aku tahu aku tak layak pon menegur bab bab macam ni sebab aku pon bukan sempurna sangat dari segi pemakaian. Tapi tak kan ustaz/ustazah je yang boleh bagi teguran kan?





Sekarang ni aku selalu usha youtube nak tengok tutorial shawl. Kadang-kadang aku pelik tengok orang yang buat tutorial pakai shawl, tapi leher nampak, rambut terkeluar, pakai baju lengan pendek.




Pakai shawl ni nak tutup rambut je ke??? Leher, telinga dan dada tak payah tutup eh???




Memang niat kita nak ajar orang macam mana nak pakai tudung/shawl. Bagus niat tu.  But perlu diingat bukan perempuan je tengok video tutorial kita.Pulak-pulak dah upload dekat youtube kan. Satu dunia boleh tengok. Lelaki pon ada yang tengok. Aurat perempuan dengan perempuan tak ada hal dah tu kalau nampak leher. Kalau lelaki tengok??? Apa-apa pon niat tak menghalalkan cara.






Yang buat tutorial shawl, pakai inner neck,tutup leher dan telinga, tutup dada tu bagi aku, ok lah. Membantu orang untuk memakai shawl/tudung dengan cara yang betul.Untung-untung dapat saham pahala =)





Islam itu mudah. Jangan sebab tak nak ketinggalan zaman, nak stylo, tapi garis panduan yang ditetapkan dalam Islam tidak diambil kira.




Islam tidak melarang wanita nak memakai apapun sebab Islam menyuruh kita menutup aurat asalkan kita mengikut kehendak syariat dan labuhkan ke paras dada sangat perlu. Dalam Al-Quran pon ade sebut. Islam bukan nak bagi seorang wanita tu nampak kolot tapi supaya wanita itu lebih dihormati. Wanita ISLAM WAJIB MENUTUP aurat bukan MEMBALUT AURAT




Sorry kalau ada sesiapa yang terasa. huhuhu. Aku pon bukan sempurna. Banyak juga cacat cela nya dari segi pemakaian. Tu baru pemakaian aku, yang tang-tang lain tu?? Lagi memacam. Kadang-kadang shawl dah labuh, baju lak ketat. hehh rosak jugak.  Aku pon harap pemakaian aku lebih baik dari masa ke semasa.Sama-sama lah kita perbaiki diri kita =)




Aku tertarik dengan gambar ni. Bagus betul pelukis ni. Last but not least



Hijab is an attitude, not a fashion.



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar