Senin, 03 Oktober 2011

Makan maggi dalam gayung

Siapa sini pernah dok asrama? Kalau dah kata dok asrama, MAGGI dengan bebudak asrama ni memang tak boleh dipisahkan. Macam isi dengan kuku bak kata peribahasa. Aku pulak pernah dapat satu dorm dengan akak yang kepala gila. Ada satu malam tu tetiba lapar. Depa ni tahu makan je,bila bab basuh-membasuh semua pemalas. Disebab kan semua pemalas nak basuh  mangkuk, kitorang carik lah satu benda untuk makan maggi



carik punya carik.Sampai lah satu bilik yang tempat letak semua baldi, alat mandi semua tu, ada akak sorang ni tetiba memberi cadangan yang tak berapa nak senonoh "eh apakata kita makan maggi dalam gayung nak? alaa korang pon bukan nya rajin sangat pon nak basuh mangkuk" Yang lain pon mengangguk tanda setuju. Ada lah dalam 5 orang time tu. Tah gayung siapa tah akak ni bedal. Sesuka hati dia je main sebat gayung orang. Kang esok orang tu nak mandi, cedok air guna baldi lah agaknya. Tak pon tala je badan tu dekat batang paip


Letak air panas guna air panas water cooler tu, pastu tutup kejap gayung maggi tu. Then masing-masing malas nak basuh sudu garfu jugak. Memang stok-stok tak boleh buat bini betul lah depa ni.Basuh sudu garfu pon pemalas. Sekali akak yang kepala gila ni punya idea lagi, "wei ada hanger lebih?" Sekali tah siapa tah offer  hanger, tapi hanger yang bodoh-bodoh je lah. Dia dok patah-patah kan then buat serpihan hanger tu macam CHOPSTICK. Sengal betul! tapi sengal-sengal dia pon best jugak wooo makan maggi dalam gayung guna chopstick yang dipatahkan dari hanger.Lepastu makan pulak ramai-ramai memang layannn habis lah maggi ni



Makan punya sedap. Kongsi 5 orang. Cantikkk sangat lah kan. Pastu memasing lapar lagi. Ada lah dalam 2,3 round ulang alik buat maggi makan dalam gayung. Yang bestnya bila dah habes makan , gayung dengan chopstick hanger tu elok baikkk punyaaa dihumbankan dalam tong sampah. Perghhh kemain otai sangat lah kan. Dah ah curik orang punya gayung, pastu sesuka hati je main buang. Sopan santun bebeno perangai




Tapi bak kata orang, buat jahat jangan sekali, buat lah jahat banyak-banyak kali. eh! silap . Buat jahat dibalas jahat, buat baik dibalas baik. Disebabkan benda benda yang bajet otai di atas. Tetiba baldi dan alat mandi seperti syampu follow me, berus sabut,sabun mandi akak tu pon tetiba hilang esok hari nya. Tah mana tah hilang pon kitorang tak tahu.Kitorang just anggap tu balasan lah sebab curi gayung orang buat makan maggi




Lepas kejadian itu, semua insaf dan makan maggi guna mangkuk.Semua dah berubah jadi baik selepas dah lama berjinak-jinak menjadi "mangkuk hayun"



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar