Senin, 31 Oktober 2011

Lelaki Idaman



Eh yeke?? Macam betul jugak ni. :D


Kalau sebut pasal "lelaki idaman". Kadang-kadang benda yang  impossible pon kita nak ada dekat seorang lelaki tu. Nak yang tinggi, hensem, badan taff macam Kim Jong Kook, muka macho, beriman, baik hati, hormat orang tua,caring, kaya, kemas, wangi, romantik, protective. Ouh very-the-cliche



Nak lelaki macam mamat korea dalam drama korea?? Kalau gaduh je dapat bunga lapanploh jambak?? Sanggup berlari namploh km berkaki ayam semata-mata nak belikan gula-gula kapas kegemaran sebab tak nak buat kita merajuk?? Main violin tepi pantai nak pujuk kita sebab cancel date last minit sebab mak dia marah tak kasi keluar rumah?? Penipu je semua tu. Mana ada lelaki romantik jambu bebeno macam tu pon. tu DRAMA je semua tu



Tapi dah kata pon "lelaki idaman". Kira benda yang kita idam-idam kan lah dan lelaki yang kita selalu berangan nak jadikan dia teman sehidup semati. Walaupun berangan pon jadikkk lah kan.Kata pon IDAMAN. Tapi kalau dapat yang betul-betul macam diidamkan, laaaagiiiiiiiiiiiiiiiii bagus! :D



Well dulu di zaman jahiliyah, zaman muda-muda dulu ada ah macam berangan nak lelaki macam ni, nak lelaki macam tu. Tak nak lelaki macam ni, tak nak lelaki macam tu. Siap buat list panjang gila ni. Macam kan aku lawa sangat macam cinderella siap berlist bagai kan. Tapi dah godang-godang ni, bila ingat balek zaman itu, rasa macam nak penampo diri sendiri. Tah pape. Kuat bebeno berangan nya



Bila dah sayang someone, tak kesah lah perangai dia macam mana pon. Muka berkerak ke hape. Bila rasa best je dengan dia tu. Ada KIMIA lah tu kot. List lelaki idaman pon tercampak ke laut. Tiba-tiba taik gigi rasa coklat. Kentut pon bau perfume strawberry. Tapi lelaki macam mana pon aku suka, kau kentut bersepah pon, tak ada maknanya aku nak kata kentut kau bau perfume strawberry. Silap-silap kaki ku akan di flying kick kan di muka mu





Lantak pi lah kau hensem ke tak. Badan kau berketak ke tak. Kau kaya ke tak. Kalau kau kaya duit mak bapak je buat apa kan. Just satu je aku nak







Kau boleh sayang aku sampai ke tua. Dan kalau aku sakit pon, kau tetap ada di sisi jaga makan minum aku dan terima kekurangan diri aku. Kalau terima kelebihan diri, semua orang boleh terima. Tapi nak orang terima kekurangan diri, itu yang payah nak carik kan?





Nak sayang orang pon, sayang orang dengan HATI. Bukan dengan PERASAAN. Kalau kita sayang orang berdasarkan PERASAAN semata, ia hanya akan GAGAL sebab PERASAAN sentiasa berubah dari masa ke semasa



Mulut boleh menipu tapi HATI tak boleh menipu




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar