Senin, 24 Oktober 2011

Battlestar Galactica yang bikin jantung gugur dekat Universal Studio Singapore. Semputttt

Tahniah kepada sesiapa yang telah meneka dengan tepat yang aku pergi ke Universal Studio Singapore di ENTRI INI. Seploh markah untuk anda. *tepuk-tepuk-tangan* . Mungkin tahun depan ke California pulak. Yo yo ooo je kan nak pi California pulak =p


Aku pergi Singapore ni untuk ke Universal Studio Singapore je. Tak ada nya jalan pergi Singapore pon. Cara-cara aku pergi cara jimat. Mula mula tidur hotel dekat JB satu malam. Esok nya baru pergi Singapore. Ayah aku amek agen mana tah. Dia lah amek kitorang dekat Hotel JB then bawak masuk Singapore. Satu hari dekat Singapore. Pastu malam tu balek JB balek. Kira aku tak ada jalan jalan pon pergi Singapore ni. Hanya pergi Universal Studio je. Tapi passport kena bawak lah gak

Time ni dekat Johor lagi. Tengah menunggu orang ambil nak bawak masuk Singapore selepas menyemak passport dekat imegresen.



Dah sampai Universal Studio Singapore dah!! Cepat je kan? Tak sampai 2 minit baca pasal JB dah sampai Singapore pulekkk. =p


Untuk entri ini, nak cerita pasal roller coaster yang aku naik je lah. Lain-lain entri cerita pasal benda lain pulak. Macam macam menatang ada dalam USS (Universal Studio Singapore) ni



First and foremost, sesiapa yang dah pernah pergi USS ni, mesti akan terserempak dengan natang roller coaster GALACTICA ni dulu. Aku nampak natang ni je, rasa macam semangat berkobar-kobar nak naik. Maklumlah eksaited. Jakun pon ye gak. Lepastu tak payah beratur panjang pulak. Naik-naik je terus dah boleh naik dah natang ni


Ada warna biru dan merah. Mula-mula aku naik yang biru punya. Pastu baru merah. sebab tengok yang biru tu macam lagi mencabar je dari merah



Mula-mula naik yang biru ni. Mak oiiiiiiiiii. Nak gugur jantung aku sampai rasa nak terkincit lepas naik benda alah ni. Punya lah laju gila. Pastu suka suka dia nak terbalik, nak tertonggeng, pusing empatpuloh lima darjah ke hape. Dah ah laju gilaaaa. Memang masa aku naik natang warna biru ni, asyik menjerit je. "omakkkkkkk omakkkkkkkkk aaaaaaaaaaaaa tolongggggg aaaaaa" Nasib lah siapa duduk sebelah aku kan kalau pekak




Dah ah dalam kepala otak aku tengah terbayang cerita FINAL DESTINATION yang sorang sorang mati dekat roller coaster. Tahu tak dia akan jadi double seram?? Jerit sebab takut jatuh ye gak. Sebab masa dia terbalik tu, rasa macam penghadang dekat badan kita tu rasa longgar je. Rasa macam berpotensi je untuk jatuh. Tapi yang biru tu memang terbaikkkk ah. Nasib baik tak lama sangat. Yang warna merah tu aku tak suka sangat, sebab dia banyak kona lap. Pening kepala bila turun. Tapi yang warna biru tu memang roller coaster yang terbaik ah pernah aku naik.




Then pergi dekat Mummy ni pulak. Sebelah Galactica tu je. Yang mummy ni aku ingat ada show ke hape dalam tu. Rupa-rupanya roller coaster lagi dalam ni. Naik lagi. Part aku naik tak ramai yang beratur lagi. Kena tunggu 5 minit je pastu boleh naik. Yang roller coaster dalam mummy ni banyak part terkejut. Depa cerita ah pasal mummy ni. Mula mula rilek je masuk. Dia jalan pon slow je. Sekali tetiba laju naik atas, boleh pulak dia gostan ke belakang dengan laju nya. Mahu tak terkincit?? terkejut tahu?? Main-main gostan pulakkk. Lempang kang


Pastu konon konon Mummy tu nak makan kitorang. Masuk lah dalam mulut mummy tu. Konon-konon kena telan ah. Masa kena telan ni gelap gila hoiiiiii. Sebab dalam terowong. Dah ah gelap, badan ko rasa melayang terkontang kanting kiri kanan atas bawah. Serious rasa nak terpelanting dari rail. Kwanghajar punya mummy. Tapi still tak boleh melawan kepuakaan GALACTICA warna biru tu ah. Yang tu memang terbaik



Blah lah ko bang. Kau ingat badan kau taff kau hensem? Mende alah ni gatal woooo. Pantang nampak perempuan. Mesti dia nak datang dekat ngorat ngorat



Makluk tinggi lapanpuloh enam kaki



Ni geng-geng dia ah ni. Aku rasa nak je sepak kaki dia masa jalan bagi jatuh.Kuis kuis sikit ke. Jalan pon terhenjet-henjet. Ketis sikit ni konpom jatuh sebab dia tak sestabil kita.  Nasib baik aku baik hari tu. Tak ada nak buat kerja keji. Kalau tak mahu duduk dalam lokap dekat Singapore. Baru feeling foreigner kejap kan




 BUKTI mamat ni miang keladi



Dah cakap dah. dia memang gatal. Pantang nampak perempuan. Dengan lelaki ilek je stedi tayang muscle. Siap pose macam Malek Noor lagi. Hek elehhh Aku lestik guna batu besor dok pecah-pecah kan muscle kau ni karang banggg baru tahu. Kau ingat badan kau taff macam Kim Jong Kook lah?? blah laaaa




haaa tu ada lah yang pi google KIM JONG KOOK tu karang tengok badan taff dia.


Tapi lepas aku naik roller coaster dekat Mummy ni, aku saja kenakan ibu aku suruh dia naik. Cakap dengan dia . "bestt ni buuu. tak ada mencabar sangat pon. dia goyang kiri kanan je . Tak ada tunggan terbalik pon. Tak takut sangat. Rugi bu datang sini bayar mahal-mahal tak rasa naik ni. Ce naik ce naik"


Ibu aku pon terpedaya dengan aku . YESS! pastu dia pon naik. Tapi part dia naik tu kena tunggu 25 minit lah. Sebab time tu orang dah mula kerumun port mummy ni. Dia keluar je dari roller coaster ni terus cekak pinggang pegang kepala tanda pening. Pastu dok gelak gelak


IBU: eeeeeeeeeee bertuah betul lah budak ni. Nasib baik ibu tak ada darah tinggi. Pening kepala naik. Ni dah agak dah mesti dok kenakan ibu ni. Pandai bebeno berlakon. Mula-mula ibu nak patah balek jugak sebab tengok macam seram. Tapi orang dah ramai dekat belakang beratur. Tu naik je tu. Tapi nasib baik best. Tapi memang ibu tak kan naik dah lah. hahahaha



huahuahuahuahuahuahuahua time ni memang aku gelak guling-guling. Siapa suruh terpedaya dengan muka innocent aku. kehkeh.



Lepas pergi port mummy. Ni pergi port fairytale pulak. Nama tempat ni "Far Far Away" . Yang ni roller coaster gak. Tapi budak-budak kecik boleh naik. Yang 3 roller coaster sebelum ni bebudak tak boleh naik. Disebab kan budak-budak boleh naik aku assume benda ni tak ah berpuaka sangat macam yang 3 sebelum ni



Lepas naik je benda ni, lagi sekali suruh ibu ayah aku naik pulak. Ayah aku tak try lagi.

CE: Ayah, naik lah benda ni. Tak ada takut pon. Ce tengok. ramai je budak budak kecik naik ni. Tak ada apa pon benda ni. Biasa je. tak laju macam yang tadi tu

AYAH: ye ke? ok ke ni?

CE: ok yahhhh. ok! Ce naik, mesti ayah kata tak mencabar sangat


Ayah pon naik lah sekali dengan ibu aku. Aku dengan adik-adik aku tunggu dekat bawah. Dia habis naik je. Guling-guling kitorang gelak.

AYAH: uihhhh pening kepala ayah. Mahu naik lagi darah tinggi ni karang. ayah pejam mata jeee. Tak tengok apa pon jadik. Laju betul

CE: hahaha ok yah?? terbaik tak yah? Tak ada lah mencabar sangat kan??

AYAH: tak mencabar apaaaaa . hahahaha. pening dah kepala ni.


Saja je nak soh ayah aku merasa naik roller coaster. Sebab dulu aku pergi Disneyland, galak dia dok kena kan makcik aku suruh naik benda-benda macam ni. Pastu dok gelak kan orang. hahahahaha



Dekat sini banyak gila natang natang ni. Kau jalan kang terserempak dengan itik. Jalan lagi terserempak dengan beruk. Jalan lagi terserempak dengan beruang. Jalan lagi terserempak dengan Shrek pulak. Memang ni tempat binatang-bintang dibebaskan dan pandai bergambo. Macam macam ada





Ok tak payah tanya lah mana datang penyakit suka bergambo aku ni kan?? Konpom dari genetik ni



Kalau aku rajin aku cerita lagi apa jadik dalam USS ni. Ni pon dah stok cecah lantai sangat dah punya entri ni


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar