Sabtu, 01 Oktober 2011

Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Epal gonjeng :D


Aku tahu trafik blog aku ni sikit je berbanding dengan korang




Kadang-kadang tengok 10k UV visitors masuk blog aku hari-hari, seram sejuk aku dibuatnya. Rasa macam tah siapa-siapa je kan yang baca. Aku tahu korang punya trafik lagi mencanak. Tapi ni kira banyak lah bagi aku.Aku tahu blog aku tak ada lah berilmiah mana, tak ada lah berinfo mana, tak ada lah hebat mana macam blogger lain.Aku update pon mende bodoh-bodoh je selalu.Benda-benda yang jadi dekat aku je. Siapa yang dah lama follow blog aku, masa zaman-zaman jahiliyah tu lagi ahhh, memang tahu lah betapa merepeknya semua entri aku. Bukan kata zaman jahiliyah je, sekarang pon entri aku merapu meraban jugak. muahaha



Nak update sekali sehari tu larat lah aku. Paling banyak pon 3 kali sehari. Tu pon kalau rajin lah kan. 3 entri sehari tu pon mengah-mengah buat. Kalau nak update doplohlapan kali entri sehari tu memang bukan aku lah. Tak berkemampuan nak buat sampai macam tu.



Dan aku tahu blog aku ni personal. Sebab ada yang cakap "jangan buat blog personal, susah nak NAIK, lagipon orang tak nak baca sangat" pedulik hape lah susah nak naik ke apa.Aku buat blog sebab aku suka bercerita. Aku memang suka pot pet pot pet. Daripada aku pot-pet pot-pet memekak dekat luar, baik aku tulis dekat blog.Biar bernanah sikit mata orang yang baca kalau tetiba terbukak blog ni. muahaha niat keji.




Buat blog ni best jugak lah bagi aku. Tempat meluahkan pendapat kita lah lebih kurang.  Kalau orang tak suka tu benda biasa. Wellllllllll dalam hidup ni memang kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Ada yang memuji, tak terlepas jugak ada yang mengeji. Tapi kadang-kadang banyak yang aku belajar daripada orang-orang yang tak suka aku ni. Dan aku percaya dengan satu benda ni




"Orang yang berjaya bukannya orang yang MENGKRITIK tetapi orang yang DIKRITIK"






Actually, everyday is a learning process.Hari-hari kita kena belajar dan perbaiki diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik. Btw, terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca blog cik epal yang tak semenggah ni. Sebab aku tahu blog aku ni biasa je. Tak ada benda menarik pon, benda merapu meraban banyak lah. tapi bila tahu ada yang setia dok baca blog ni. tetiba terharu. sobss *lap hingus guna cadar katil*


Terima kasih! =)



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar