Rabu, 28 September 2011

Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza =)

Memey Suhaiza jemput datang majlis kawen dia. weeee. Actually yang dekat Johor tu jugak, tapi dekat Johor tak dapat pergi pulak.Lagipon jauh sangat. So pergi yang dekat KL je lah kan. Dekat sikit. Majlis berlansung di Hotel Crowne Plaza =)



Gambar terlampau banyak. Nak upload satu-satu, kejung pulak laptop aku karang. Terpaksa dimampat-mampatkan gambar macam kuih lapis sekali gus.



Pergi dengan si Fatin Suhana yang gojes ni pulak. Dia punya baju punya lah vogue. Aku pulak yang segan jalan dengan dia. Aku pakai kain batik je ni haaa datang majlis orang kawen. Kain batik pon kain batik lah kan. Bedalllll


Tema putih dan hitam. Tapi aku ni memang suka merosakkan tema. Orang punya tema warna gold, aku selamba tenuk pi pakai merah menyala. Orang punya tema warna hitam putih, aku pulak bedal pakai gold. Ghasak lah tak reti bahasa.




Ramai gila artis yang datang. Ada Samuel Rizal yang dijemput khas lagi dari Indonesia. Suka tengok Sazzy Falak dengan husband dia. Comel lah depa dua tu :D




Marsha, Yasmin Hani, Sari Yanti



Kamera si SS pulak yang pegang. Memang konpom penuh kamera dengan gamba Kila Fairy ni.




Memey Suhaiza dengan bridesmaid






Mula-mula aku ingat bridesmaid ni semua orang biasa. Tengok dua tiga kali rupa-rupanya artis. muahahaha. Yang aku tahu tepi tu Julia Ziegler, then sebelah dia aku tak kenal pulak siapa. haha. then Mira Liyana kott tu. dengan Nur Fathia


Gambar atas tu Nur Fathia. Seksi gak eh Nur Fathia ni. Bawah pulak gambar pengantin tengah makan



Time ni Memey Suhaiza tengah tukar pakai baju ke dua lak. Kek dan cupcakes semua ada bunga Rafflesia. Rafflesia yang taja kan? Harus lah ada bunga-bunga Rafflesia



Sesi memotong kek



Gambar Kila Fairy punya banyak dalam camera ni. Dapat dekat SS camera ni, si KilaFairy ni je lah yang dia tangkap. hehhh. Gambar atas belah kanan tu Fauziah latiff



With Eja dan Marsha. Kemain tinggi depa ni. Aku malas nak pakai high heels. Sakit kaki wooo. Lenguh kaki pon ye jugak. Datang pakai selipar jamban je. Nasib baik tak kena halau sebab pakai selipar. Tak senonoh betul aku. Tapi ada aku kesah? kehkeh


With Neelofa and KilaFairy.


KilaFairly lagi. Banyak bebeno gambar dia ni. Ni je lah yang aku tepek



 Nampak Irma Hasmie!!! Comel gila Irma Hasmie!! suka tengok dia! =)


Teruja gila jumpa Irma Hasmie sampai muka pon kembang macam tempayan. kehkeh. Tapi dalam banyak-banyak yang datang tu, Irma Hasmie punya baju lah yang paling sedap mata memandang. Tak payah dedah-dedah pon still vogue apaaaaaa. kan?? Ayu je tengok si Irma Hasmie ni =)




Tapi agak kebaratan lah majlis kawen depa ni.Agak terkilan jugak ah sebab sensitiviti kita sebagai umat ISLAM tidak dijaga huhuhu. Bukan untuk menyalahkan sesetengah pihak atau berlagak alim ke apa, tapi untuk djadikan pengajaran dan pringatan bahawa walau ape pon yang kita buat, jaga lah nama kita sebagai orang ISLAM .Secara tidak langsung menjaga nama baik keluarga kita jugak.Maaf kalau ada pihak yang terasa ke hape. huhuhu



Btw, thanks for the invitation. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Past is past. Semoga berbahagia ke anak cucu cicit piut hendaknya. Amin =)


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar