Minggu, 11 September 2011

Selamat pengantin baru kakak Yanny @ Adriani Adnan yang cantik macam cinderella!!

10 September haritu kakak Yanny kawen dekat Dewan Seri Endon Putrajaya. Pergi dengan Kak Nani gojes dengan SS. Pengantin pakai baju warna pink. Yang lain pakai warna gold. Datang aku tetiba pakai baju merah mak ngah. Aku pulak rasa cacat disamping depa semua yang berwarna gold. huhuhu



Ni pelamin dia. Stylo kan? Aku dengar kak Fira Hanis cakap ni ala-ala moroccon style.Eh camtu ke eja moroccon?? ah bedall



Datang-datang terus lepak bilik pengantin. Aku tengok semua dah ada dalam tu. Masuk-masuk kakak Yanny cakap "ehhhhhhhh apasal you tak pakai GOLD cik epal??? ni marah ni"


hahahahaha eh tema warna GOLD ke? Sorry lerr kakak Yanny, tahu last minit. ngehngeh



Depa bertungkus lumus menyiapkan kakak Yanny punya baju. Masuk masuk je bilik ni terus berkata dalam hati. "cantiknya kakak Yanny. macam cinderella"





Depa semua selaku bridesmaid.Semua cantik-cantik kan pakai gold? tetiba rasa disisihkan sebab aku yang tetiba pakai baju merah menyala. huahuahuahua. Mana aku nak tahu pakai Gold, tak ada pulak orang bagitahu




Hampir siap. Baju dibuat oleh kak Jezmine. Cantik baju!



Pengantin masuk ke dewan. Kepakkk kepakkk kebummm kebummm




eh comel farah! :D



Sekarang orang dah tak guna kek dah kan? Pakai cupcakes lagi senang. Ambik sorang satu, terus ngappp. Tak payah pengantin susah-susah nak potong. Cupcake sedap!




Nice to meet u Warda! =)



Sila tag diri masing-masing :D



Maria Elena yang faymous amos ada memberi ucapan hari tu. Comel je bagi ucapan. Maria Elena pon akan berkahwin tak lama lagi. Itu pon kalau korang nak percaya lah muahahaha




Time ni kakak Yanny nak baling bunga. Sesiapa yang dapat bunga tu kira, dia lah akan kawen lepastu. Time ni dia tengah kira "oneee, twooooo, threeeeeeeee" balinggggggggggggggggggg




Masing-masing tak sabar nak kawen lettewwwwww~




Mungkin kakak Shea atau kakak Fira yang akan berkahwin tak lama lagi? Ehem ehem



Sesi bergambar bersama pengantin di atas pelamin. Havoc bebeno bila semua naik atas ni.



tetibaaaaaaaaaaaaaa


Aku kena balik cepat time ni pulak. Tak boleh nak lepak lama-lama lepastu sebab ada hal. Bila balek salam-salam peluk cium laga pipi muwah muwah dekat semua. Tetiba depa pulak "Selamat pengantin baru cik epal. hikhikhik. U guys baru lepas nikah ke hape ni?? Selamat pengantin baru!" apakah? Ouh tak perasan lak sama baju dengan Shaheizy Sam. Boleh baru nak perasan? pooodahhh nampak bebeno nipunye :D




Btw, Selamat pengantin baru kakak Yanny @ Adriani Adnan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga bahagia ke anak cucu ciut piut miut. Selamat menempuhi alam rumah tangga dengan jayanya. (ecececehhh. macam kan aku mak orang) Stay cute forever kakak yanny teletubbies yang cantik macam cinderella!! ngehngehngeh. Selamat pengantin baru kakak Yanny cantik!!! =)



Confirm kang ada yang tanya "cik epal bila lagi?" meh lah aku jawab awal-awal. Aku nak kumpul duit sendiri pakai porsche dulu baru boleh lansunggg. Berzaman lah nak tunggu pakai porsche guna duit sendiri.Kengkonon nak jadi wanita bekerjaya. kihkihkih =p



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar