Jumat, 02 September 2011

Chacha bukan sebarang chacha. Yang pasti ini bukan bubur caca


Dalam seminggu jugak aku ngadap mende alah ini untuk aku review.Sebelum puasa lagi dapat. Tapi aku tengah dalam mood raya ni. Nak mengupdate nya lambat sikit. kehkeh




Mempersembahkan keluaran terbaru HTC iaitu HTC ChaCha!!! comel je bunyik handphone ni. HTC ChaCha :D




Macam ni lah bentuk nya. Comel bukan???

Disebabkan aku suka makan. Aku akan amek gambar gambar makanan terlebih dahulu menggunakan HTC ChaCha yang comel ini. Gambar gambar dekat bawah ni yang ada watermark aku tu, semua aku amek guna HTC ChaCha. Tak ada ejas brightness, tak ada edit guna software apa pon. Semua tersegar dari ladang dengan menggunakan camera HTC ChaCha 5 megapixel









couple terhebat abad ini.




ni time tengok premiere SMURF hari tu



Ni gambar buka puasa dekat kampung. Nenek aku punya menu. Sedap wooooo





Tempe goreng kegemaran





siput sedut slurppp slurppp




sotong masak kunyit kegemaran ramai

Ni semua gambar guna camera HTC Chacha






Apa yang aku suka pasal HTC ChaCha ni adalah sebab mesra facebook. muehehehe. Perhatikan gambar di atas. Kalau nak update apa-apa tekan je button "F" tu, terus direct akan pergi dekat facebook kita , taip sepam dua situ. dah siapppp! Semua akan muncul dekat wall facebook korang nanti





Keypad HTC ChaCha ni sangat comel-comel tahu? Bukan setakat comel, tapi senang aku nak taip mesej sebab keypad sebijik-sebijik. Bentuk HTC ChaCha ni melengkung sikit tau , senang dan sedap untuk dipegang.





Ada lagi best, HTC ChaCha ni touch screen tahu?? Ha?? tak tahu?? Takpe aku nak bagi tahu lah ni. Kira HTC ChaCha ni 2 in 1 lah. Ada keypad dan touch screen. Nasib baik nak tulis mesej tak guna touch screen. Sebab aku pernah try guna phone member yang nak taip mesej guna toucscreen, susah bebeno. aku tekan huruf lain. huruf lain yang keluar.arghhhh tension aku wooo. Jadi lembap aku nak taip mesej. Dah lembap sangat aku rasa macam nak baling je handphone tu. Menyusahkan aku.



Tapi HTC ChaCha ni kalau bab nak taip-taip semua guna keypad.Cuma kalau bab nak cari application dekat screen ke hape guna touch screen. So aku suka HTC ChaCha ni sebab benda alah ni menyenangkan hidup aku. :D




Disebabkan aku tak pernah dapat pakai handphone yang boleh ber facebook ni. Kalau dapat rasa tu pon hanya 3 minit sebab sku merasa dekat phone member jeeeee. Bila dah dapat HTC ChaCha ni tetiba jadi jakun. Nak gak tengok apa jadik bila upload gambar dekat facebook guna HTC ChaCha ni





Ouh tapi ni masa puasa hari tu. muehehe. Dah upload gambar, cerr update status pulak






ouh ada yang cakap comel lah VIA aku sebab HTC ChaCha. muahaha :D


Sedikit info pasal HTC ChaCha ni, kalau ada yang nak tahu:

Operating System: Android 2.3 with HTC Sense
Memory: ROM: 512 MB and RAM 512MB
Processor: 800 HMZ
Weight: 2.6"
Camera: 5 megapixel


yang lain lain tu ada:
@3G/HSPDA
@GPS
@Bluetooth
@Wi-Fi
@MicroSD
@G-Sensor


Nanti kalau aku jumpa application best lagi dalam ni, nanti aku update ye ye ye.Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok depat page HTC ChaCha.  Yang aku tahu, HTC ChaCha ni comel. Secomel nama nya! muehehe :D


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar