Kamis, 15 September 2011

Susah cari Allah. Senang cari hiburan. Apebenda?

Assalamualaikum WBT

Duduk termenung didepan laptop melihat keluar jendela. Terasa angin sejuk bertiup, mengigil, dirasai hingga ketulang. Dipandangnya kedinding sambil mengusap rambut yang semakin hari semakin panjang. Dibukanya pautan Facebook, refresh, refresh, refresh, hampir berpuluh kali diulangnya benda yang sama. Right click dan refresh lagi. Menggosok gosok mata dan merungut kecil didalam hati "datang lagi penyakit hati, uughhhh."



Seketul darah hitam yang beku dikurniakan Allah diletakNya disebelah kiri dada. Sangat signifikan nilainya. Apabila dirasakan diri aku sedikit tergelincir dijalan tarbiyyah, hatilah yang bisa memberi isyarat. Bila mana titik titik hitam kembali menapak dan ingin menebal kembali, akan ada perasaan yang sukar digambarkan. Seolah perasaan kosong dan resah itu mahu kembali menunjukkan diri.



Aku kira ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendakinya. Mesti akan ada saat saat segala benda dirasakan tidak kena. Saat saat begini, mulalah kalut mencari Al Quran dan berdoa bagai nak rak. Pointnya disini, tidak kiralah ape sahaja cara untuk menyembuh kan hati itu akan muncul juga rasa tidak senang itu. Berulang, penyakit hati. Yang membezakan antara kita, seberapa cepat rasa itu muncul, dan seberapa kerap ia tiba.



Ada orang, rasa ini muncul hampir hari hari. "Oh hari ni tersentuh wanita bukan muhrim", terus rasa resah (hati). "Oh hari ni terlihat aurat seorang wanita bukan muhrim, lagi" (gagal lagi). "Alaaa hari ni satu muka surat pun tak belek Al Quran". Makin terkumpul dosa dosa dan segala macam maksiat makin cepat hati rasa resah. Terlebih gurauan, tergelak tak ingat dunia "ahhh hati makin kotor!". Hati perlahan lahan mengeluarkan isyarat tidak senang. Bagi yang cepat sedar akan rasa itu, Alhamdulillah. Masalah yang besar bila rasa ini tidak timbul timbul. Ditunggu tunggu, tak muncul muncul.



Membimbangkan dan malah mengejutkan, rasa tidak senang itu muncul enam bulan sekali, iaitu bila nak final exam. Time ni tunggang terbalik, rajin solat hajat. Solat selalu ontime. Iye lah nak result gempak. Malah lagi teruk, setahun sekali, ketika Ramadhan tiba. Nauzubillah. Mulalah, bercakap pasal agama, status facebook pun nak share tazkirah je memanjang. Eh nak mati ke ni tiba tiba macam ni? Ini lah tindakan tindakan refleksi bila hati kesakitan. Dan Allah itu maha pemurah. Bila hati sakit, hambaNya pasti meminta. Dan biasanya Allah akan bagi. Secara perlahan akan rasa tenang kembali. Seminggu kemudian, habis exam, Ramadhan berakhir, mula balik tabiat lama. Keluarlah segala macam lagu mengarut di wall. Tweet pun segala benda yang cacamarba. Itu sudah menjadi cycle. Bagi manusia yang normal.



Tapi bukan itu yang ku mahu. Aku tak mahu jadi normal. Aku tak suka cycle ini. Jenis tarbiyyah, taubat mee segera. Susah cari Allah. Senang cari hiburan. Apebenda? Nilai iman yang tinggi ku kira bila waktu paling gembira dan bahagia tapi masih ada iman dan agama yang kukuh disisi. Apetah lagi waktu bersedih, Allah lah menjadi tempat mengadu. Oleh itu ape yang aku perlu lakukan? Jeng jeng jeng. Kuncinya, tarbiyyah kan diri sendiri. Bangun malam, tahajjud? Check. Solat diawal waktu? Check. Menjaga batasan pergaulan? Check. Al Quran disisi 24/7? Check. Oihhh susah nih. Mana pergi life aku? Awak, hidup hanya sekali. So live life to the fullest, be happy. Salah! Hidup hanya sekali, sebab itu kena beribadah ibarat mati itu keesokan hari (monolog dalaman). Ingat, awak diciptakan sebagai seorang hamba. I repeat, hamba.



Courtesy of Google Images


"Allah rindukan aku", bisik hati kecil, merintih. Nauzubillah, mungkin aku sedikit terlena hampir terlupa tugasku. Hamba apekah aku ini?


===========================


Bukan aku tulis. Kamal Effendi yang tulis.Sejibik sejibon aku amek entri dia. lantakkkk. Rasa macam nak share dekat sini. Kang aku share dekat facebook,tak banyak yang baca sangat pon. Tekan LIKE je lebih. kehkeh. Manusia ni memang macam ni kan? Bermusim.




Aku ingat lagi musim yang orang sibuk boikot barang-barang yahudi. Now?? Apa macam? Boikot lagi tak barang yahudi?? Bukan nak cakap orang lah. Aku pon macam tu jugak. Masa tengah hangat nak boikot-boikot tu je boikot. Beli jugak barang tu kengkadang sebab dah memang selalu guna. Benda bila dah menjadi kebiasaan tu, memang susah kan nak ubah?


Niat di hati kadang-kadang nak jadi baik. Kang dah join benda lagha-lagha ni jadi balikkk perangai lama. Bila senang dok  huha huha enjoy sini sana. Bila dah susah, bila putus cinta,bila sakit rasa macam nak mati, bila hilang orang yang kita sayang, time tu lah baru terhegeh-hegeh nak cari sejadah. Kita ni selalu sedar bila ditimpa musibah sebenarnya kan?



Bila baca apa yang Kamal Effendi ni tulis insaf lah kejap aku ni, karang kang esok lusa lagha balikkkk. hehhh


Ouh lupa pulak, aku kan manusia NORMAL *sarkastik*




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar