Jumat, 16 September 2011

BUAT PEMINAT DRAMA KOREA , JOM TENGOK CITER " THE PRINCESS MAN "

Assalamualaikum 
hai semua bertemu lagi kita...hehe..sukanya aku..bukan apa dah jumpa maknanya aku ni hidup lagi la kan...tu yang suka tu..dan terima kasih sebab sudi baca blog aku ni...T_T

ok lah...aku ada la tertengok satu drama korea ni pastu aku tertarik dengan jalan citer dia..so aku pon apa lagi melekat la kat depan TB tu..
erm nak tau tak citer apa yang dah tarik perhatian aku nie?? tajuk dia THE PRINCESS MAN... citer ni ditayangkan kat channel ASTRO 391 (KBS WORLD)

seronok tau citer nie..sebelum aku citer sikit jalan citer dia kat korang aku nak show la wallpaper citer nie..
...tada...

hah!!! tengok sikit sikit jer gambar yang kat bawah tu..jangan tengok lama lama pulak...hehe...jangan marah ar nanti kena jual... 

ok jom baca sikit sinopsis pasal citer ni sikit...meh meh meh....

citer dia macam ni...tentang satu famili raja yang pada mulanya memerintah dengan aman la kan....pastu raja ni mati sebab sakit tua..dia meninggalkan sorang anak laki sorang anak perempuan...anak pompuan dia ni dah kawin dah...yang anak laki dia ni pulak still bawah umur lagi...diorang pun macam negara kita gak kalau raja kena lantik laki kan...so, perlantikkan tu telah menjadikan anak raja yag laki tadi tu sebagai raja...tapi 
memandangkan dia masih muda, so dia ni dibantu la oleh pak cik dia ni..tapi pak cik dia ni gila kuasa...

pembantu raja yang baik-baik semua dia pecat..yang dia lantik sorang jahat macam dia gak la..so negara tu jadi la huru-hara sebab ada pemerintah yang jahat kan...kebetulan anak salah seorang pembantu raja ni bercinta la dengan anak pak cik raja ni..faham tak?? ok ok pak cik raja yang jahat tu nama dia 
RAJA SUYANG(RS) , RS ni ada anak pompuan nama SERYOUNG... yang anak pembantu raja ni pulak nama KIM SEUNGYU...diorang ni la yang bercinta...lepas ja RS ni dapat memerintah negara tu dia bunuh semua pembantu raja yang baik-baik tadi..diorang bunuh dan pancung kepala pembantu-pembantu raja tu...termasuklah bapa KIM SEUNGYU... macam gambar yang kat bawah ni...


sebelum ni dia tak tau yang SERYOUNG ni anak kepada RS...so, masa dia nak bunuh RS dia ternampak SERYOUNG...terus tak jadik...pastu dia kena tangkap dengan askar-askar RS...RS dah banyak kali cuba bunuh KIM SEUNGYU sampai upah orang untuk bunuh...tapi KIM SEUNGYU tak mati-mati lagi..diorang ingat KIM SEUNGYU dah mati masa dia kapal karam tapi sebaliknya SEUNGYU terselamat...

SERYOUNG pun ingat SEUNGYU dah mati..dia pun jadi sakit jer manjang sebab dok teringat kat pakwe dia tu...

aku tengok citer ni sampai aku sendiri pun nangis tau..sebab penderitaan yang dialami oleh kapel ni...lepas satu satu masalah yang diorang hadapi..sob~ sob~...kalau korang nak tau kesudahannya korang kena la tengok citer ni sampai habis tau...


korang boleh tengok citer ni kat : 

kat KBS WORLD CHANNEL ASTRO 391
hari : RABU DAN KHAMIS
jam : 9.03 MALAM 
ulangan : AHAD
jam : AROUND 2.30 PM

kat bawah ni hero dan heroin citer nie...



ni gambar masa diorang still bahagia lagi...sebelum keadaan kacau bilau
arghhhhhh.....how romantic T_T erm....


 MOON CHAE WON aka SERYOUNG

 PARK SHI HOO aka KIM SEUNGYU

bbbbllllllrrrrrrr....comel dan romantik

 wah tengok diorang pegang tangan la pulak....erm..tak sama padan sama cantik kan...mata bertemu tu....

dua senyum nampak cantik..korang nak tengok diorang senyum tengok sekarang kalau tangok citer tu jangan harap nak dapat tengok senyum macam ni....

kat bawah aku ada listkan lagu tema citer ni jom tengok :

1. HA DONG KYUN & LEE JUNG - WAITING (AKU SUKA LAGU NI)
2. LEE YOUNG HYUN - GOODBYE MY LOVE
3. SHIN HYE SUNG - RESENT YOU,LOVE YOU
4. MI - THE DAY COMES
5. BAEK JI YOUNG - I'M LOVING YOU TODAY
6. LEE SUNG YEOL - TEAR
7. PARK JUNG MIN - MISSING YOU

suma lagu dalam citer ni sedih sedih belaka..so jangan harap la nak dengar lagu yang rancak rancak ok....
so..kepada yang berminat nak tengik citer ni boleh mulakan langkah korang untuk berada dihadapan TB setiap hari rabu and khamis pukul 9 malam ok....
jom join kau tengok citer ni tau..

selamat menonton citer  " THE PRINCESS MAN "

terima kasih kerana sudi membaca...

ssseeeeuuuuooooolllllssss next time

...bye bye...

sarangae(LOVE)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar