Selasa, 27 September 2011

Menternak lemak di Pepper Lunch @ Pavillion

First time aku masuk Pepper Lunch ni dengan SS. Makanan dalam ni ala-ala jepun lah. Dok usha je menu dari jauh dulu. Usha punya usha nampak logo HALAL pulak. Apa lagiiii. Bedal je lah. Bau dari luar pon dah menusuk ke lubang hidung aroma nya.


Chicken pepper rice (add on- cheese and egg)


pergghhhhh *telan air liur balek bila tengok gambar ni*



Makanan dalam ni semua serve ala-ala claypot lah. Aku bukan tahu sangat pon cara makan dia. Main bedal je. Tapi waiter tu suruh kitorang gaul semua benda ni baru makan. Gaul je lah. Gaul pon nak guna chopstick. Konon jepun sangat. Lepastu makan letak dalam mangkuk masing-masing



Setelah digaul sebati . Nyum nyum



Sekali tengok ada tv besar dekat depan. Tv tu tunjuk cara nak makan semua menu dalam ni. Dalam tv tu depa suruh tambah sos. Sos ada dua pilihan. Garlic Soy Sauce dan Honey apa benda sos tah. Aku amek yang honey sos tu. Kemain sedap aku main taruk je dalam nasi tu. Pastu gaul balek. Nasib baik, hasilnya sedap gilaaaa





Tetiba rasa macam lapar lagi pulak. Dah dedua pon kuat makan. Niat di hati nak RASA je, sekali niat terpesong, terus jadi melantak. Tengok orang sebelah makan daging. Tengok dekat skrin tv tu pulak tengah tunjuk cara masak dan makan daging macam mana. Tengok daging tu terus aku ingat RUNNING MAN. Sebab depa kan kalau pergi camping selamba tenuk je makan daging panas-panas yang baru angkat dari api tu. Apa tak melecur ke lidah diorang kan? So aku pon feeling-feeling Running Man jugak walaupun Running Man asal Korea,pedulik lah kan jepun korea bagai. aku pon try lah ambik daging



Pepper Steak


Sampai-sampai je dia bagi daging mentah macam ni. Tapi panas lah mende alah ni. Nasib baik aku tak gelojoh sangat pergi pegang ke hape. Mahu menggelupur masuk hospital tangan melecur pulak kang. Dah satu hal. Cara nak masak dia. Kena sapu butter atas daging tu.Letak dua sos yang dekat atas tadi bagi rasa lagi umphhhh. Dalam 3 minit terbalikkan daging tu semua. Letak atas sayur, dan gaulkan semuanya, Dah siap, boleh lah kita balun



Hampir masak dah ni. Warna daging sudah bertukar. Sekejap je woo daging ni masak. Kau jangan dok termenung je pulak bila waiter hantar benda ni atas meja. Kalau kau buat dekkk je tak terbalikkan daging ni. Alamatnya hangus rentung lah daging kau. Apa pon tak boleh




Tadaaa! Siap dah. Sedap gila wooooo. Patut ah HAHA yang RUNNING MAN tu kalau makan daging lembu, menggelupur dia macam orang gila tak pernah jumpa daging. Serious ini memang terbaik dari ladang. Pepper steak ni di datangkan khas dengan nasi jugak. Depa bagi semangkuk nasi untuk makan guna daging tu.




Baru aku tahu nikmat makan panas-panas tu macam mana rasa dia. perghhh sedap hoiii.Sebab aku selalu layan cerita Korea/Jepun tengok depa makan panas-panas, muka konpiden je. Mungkin akan datang lagi ke sini. Sebab bila aku tengah taip entri ni cerita balek pasal daging ni pon. air liur hampir jatuh ke keyboard laptop. hehhh.




Daging tu lembut gila wooo. Bila makan memang syok habes lah.Baru makan 2-3 ketul, Sedar-sedar je daging dah habis si SS kerjakan masuk dalam mangkuk dia dan terus ke dalam perut dia. Dasar kuat mentekedarah betul lah dia ni. Patut lah dia gendut, aku slim. eh!




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar