Kamis, 15 September 2011

Siapa yang tak suka shopping???

Lagi-lagi perempuan, pantang dengar ada SALE. Kemain menggelupur nak pergi shoppping. Tapi kalau OVER bebeno nak shopping,hari-hari nak shopping, memang rabak lah poket jawabnya.




Kan best kalau boleh shopping dengan FREE. Boleh beli apa je kita nak. Kaut berapa banyak baju yang kita dah lama aim nak pakai. Tapi siapa pulak kan tetiba nak bagi kita membeli belah dengan FREE? Banyak cantik muka kau nak shopping FREE bagai?




Cuba bayangkan tetiba ada orang nak bagi kita shopping dengan FREE? Ouh best nya. Dah beli, terus blahhhh je pergi kedai lain cari baju lain lagi. Dah kata FREE kan. Harus lah lepas beli terus blaahhh. Baru lah namanya membeli-belah



*berangan*

Tetiba bangun pagi esok tengok ghobok (read=almari) penuh dengan koleksi baju dari Topshop dan Forever 21. perghhh best woo. Pastu ruang tamu, tempat qada' hajat, dapur, bilik tidur semua di hias oleh barang barang dari IKEA. Kan best macam tu. perghhhh




Sebut pasal IKEA, memang aku selalu berangan-angan minah jenin pon kalau masuk IKEA ini. Kang tetiba dah kawen berangan nak dapur macam tu, bilik baby macam ni, bakal suami cenggini. eh! IKEA memang ada pakej bakal suami sekali ke hape ni?


Gambar-gambar berangan ketika di IKEA:



 Berangan menuang air tongkat ali walaupon NAN HADO je air nya




Kemain dok minum air. Cantik meja makan banggg. Siap ada price tag bagai. nak tunjuk barang dekat meja makan mahal lettew sampai price tag tak tanggal-tanggal. Propa tau!!




Dia ni kalau berangan dalam IKEA ni lagi OVER daripada aku. Kemain sangat lah kan tidur nyenyak di katil empuk itu



 Kengkonon rajin di dapur. Ciri-ciri menantu pilihan semua mak mertua



 Engkooo dah kenapa??  Muka memang meminta penyepak lapanploh kali laju-laju. Sampai baju perempuan pon nak tibau bergambo. Sengal!




 Ghasak lah sampai cermin nak mekap-mekap pon kalau boleh nak macam dekat IKEA punya



Mungkin ada yang pernah tengok gambar gambar berangan dalam IKEA ni sebab tu semua gambar dekat ENTRI INI dulu. Aku kalau pergi IKEA memang suka berangan amek gambar macam keluarga bahagia. muahahahaha



Tapi sekarang ni bukan takat berangan je wei. Aku dan korang yang membaca ini juga berpeluang nak dapat benda-benda tu semua kalau korang ni pelanggan Xpax, U.O.X atau SOX. Impian korang nak membeli dan blahhh dan mengaut barangan yang diidamkan selama ini boleh menjadi kenyataan!! YES!!!



Nak tahu macam mana untuk membeli belah secara PERCUMA ni?? Ha?? Nak tahu?? Yee. Nasib baik lah aku baik hari ni, meh sini aku bagi tahu cara-cara nya. ehem ehem



Adik-adik, akak abang, pakcik makcik, saudara saudari sekalian.



Sila lah join TALK-A-THON dan anda boleh membeli belah secara PERCUMA! Apa yang anda perlu buat adalah anda hanya perlu bercakap. Nampak macam best dan simple je kan? ye! sangat mudah! CAKAP BANYAK BANYAK!! :D





Kalau korang buat banyak panggilan, korang berpeluang untuk memenangi rm5000 baucar membeli-belah! wooohooo rm5000 tu baiiiii. Siapa nak bagi buta-buta je rm5000 suruh kau shopping bagai??



Kau call kawan kawan dalam phone list tu, kau gayut lah sampai lebam dengan siapa pon, ganjarannya akan dapat rm5000. wooo best best! ni terus aku nak cari calon yang gonjeng untuk ajak gayut gosip-gosip ni. :D



Korang kena buat tambahan 3 PANGGILAN setiap hari di atas panggilan purata harian yang dibuat pada bulan Julai 2011. Pastu korang boleh membeli-belah sampai pengsan. Tak kesah lah korang pelanggan baru atau dah lama. Lagi banyak panggilan yang korang buat, lagi besar lah peluang korang nak menang rm5000 tu.




Setiap hari, akan ada 5 pemenang harian yang dipilih. Mende alah ni berjalan dari 15 Ogos-30 November 2011!! woiii dah start woiii. Cepat-cepat join sebab peluang nak dapat rm5000 tu semakin besar!!!




Cakap banyak tak guna kalau tak tahu cara nak join TALK-A-THON ni. ye dak?




Bagaimana saya nak menyertai TALK-A-Thon ni? Macam best je bunyik nya. (Aku tahu dah mende alah ni kau nak tanya dari tadi)





• Untuk pelanggan Xpax, U.O.X. dan S.O.X:

-Buat tambahan 3 panggilan setiap hari di atas panggilan purata harian yang dibuat pada bulan Julai 2011:



@Apakah panggilan purata anda yang dibuat pada bulan Julai? Kalau nak tahu, sila dail *118# untuk maklumat lanjut.


@Untuk contoh: Jika anda mempunyai purata 5 panggilan setiap hari yang direkodkan pada bulan Julai, anda hanya perlu membuat 5 + 3 panggilan dalam sehari untuk layak mendapat ganjaran harian!


Contohnya. 5 + 3 = 8 / PANGGILAN HARIAN


• Kalau saya baru dengan Xpax, U.O.X. S.O.X camne pulak? :


Ouh dont worry be happy! :D


Jika anda hanya mengaktifkan pek prabayar anda SELEPAS 31 Julai 2011, semua yang anda perlu lakukan adalah:


Membuat SEKURANG-KURANGNYA 3 PANGGILAN DALAM 1 HARI untuk layak!

Anda juga layak jika anda seorang pengguna Celcom Broadband atau Instanet!



• Celcom Broadband


Hanya melakukan sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:

- Purchase additional data
volume (1GB @ RM15, 5GB @ RM50)

- Hantar 20 SMS (15 sen / SMS) dalam sehari dengan menggunakan Broadband anda

- Upgrade pakej anda (contoh Celcom Broadband Lite Asas Basic ke Advance, Advance kepada Pro)

• Instanet
Laggan mana-mana Instanet harian (RM5), Instanet Mingguan (RM18) atau Instanet Bulanan (RM50)




Korang nak tahu dekat mana je baucar yang korang dapat tu boleh digunakan?? Ni antara tempat-tempat yang korang boleh shopping:



Semenanjung Malaysia

Parkson, Giant, Cold Storage , Guardian, Mercato, Econsave, IKEA, Celcom Blue Cube, i-Study (Apple authorized reseller - Lembah Klang sahaja), Forever 21 (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja), Topshop (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja)

Sabah dan Sarawak

Parkson, Giant, Farley, H & L Supermarket


wooo menarik bukan??


Bersedia untuk TALK-A Thon-?


Pastikan anda mendapatkan baucar membeli-belah dan pergi kepada TALK-A-Thon-! Teruskan membuat panggilan kepada keluarga yang tersayang,insan tersayang, geng bas sekolah, ahli mesyuarat tingkap, dan sesiapa lah korang nak CALL. Anda boleh bergayut lama-lama sampai dahan patah dan bergosip sakan.



Anda juga boleh bawak depa shopping sama-sama nanti kalau menang! yayyy! Apa yang penting adalah untuk terus bercakap dan tidak lama lagi anda boleh pergi shopping sampai pengsan! weeee~









Jadi apa yang anda tunggu lagi?? What are you waiting for??
tell me what you what you waiting for?? (terus nyanyi lagu Mizz Nina)



Kalau anda bukan pelanggan Xpax, U.O.X. atau S.O.X.Anda boleh dapatkan starter pack anda sekarang!!!


Cepat! Cepat! Talk, talk, talk and get to shop, shop, shop!:D




Dapatkan maklumat lanjut di XPAX TALK-A-THON. Anda juga boleh menyemak senarai pemenang harian di sana!



*Tertakluk kepada terma dan syarat*

Orang nak bagi shopping FREE pon korang tak nak ke???? RM5000 pon taknak??



ok bye! =)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar