Senin, 19 September 2011

Popcorn Oprah Winfrey yang terbaik dari ladang!

 Haritu pergi raya dengan family Shaheizy Sam (Shaheizy Sam lah sangattttttt. muahaha) Depa pergi rumah abang si SS ni. Si SS ni angkut aku suruh jumpa family dia sekali. Aku pon on je lah. Lagi-lagi bab makan kann. Laju jek aku. Buat-buat muka selamba tenuk je depan family dia walaupun dalam hati dup dapp dup dappp gak ni jumpa mama dia. First time lah borak lama sikit




Nasib baik sempat merasa seketul ayam ni. nak amek kali ke dua. Licin sudahhh. Pinggan si SS je dah lapan ketul ayam dia tibau. Buruk lantak betul


Popia ni pon laju bebeno kadar kehabisannya. Terbaik dari ladang! Daging banyak gila. Puas aku makan. Tapi aku makan dua ketul je. Walaupun dalam hati rasa nak amek lapan ketul. But cover lah sikitttt depan mama dia kan. Kang tahu lak awal-awal perangai keji kuat makan. Kena reject lak awal-awal kang. Eh reject apa lak ni? eh? eh? eh?







NEXTTTTTTT!


Budak cenonet si Adam Aisy yang comel ni pon ada. Hyper bebeno dia. Kejap kang dia wrestling dengan kucing. Kang kejap lagi dia lari keliling pusing satu rumah. Kang kejap lagi dia main campak-campak kucing. Dia dapat cekelat, mula lah hyper. Terlebih glukosa dalam badan ni si Adam ni. *tetibaaa




Sopan tak aku? Haruslah menunjukkan ciri-ciri perempuan melayu terakhir.Minum air sopan-sopan. Walaupun NAN HADOOO je lah aku sopan bagai. Stok suara je dah memekak. Tu pon awal-awal dah FAIL




Si Adam tengah peras ugut kucing suruh keluar dari bawah meja. Kucing tu pon takut nak main-main dengan dia. Gangster sangat, Suka hati dia je dok main tarik-tarik tangan kucing tu. Dia ingat main tarik tali ke apa? hehh Adammm Adamm. Nasib baik lah kau comel. Kau buat apa-apa pon automatically nampak COMEL :D



Kucing, bersama tuan kucing. Ni abang Shaheizy Sam. Brad Pitt nama dia. (Brad Pitt sangattt tau. kemain)



Pura-pura sayang kepada haiwan peliharaan. Padahal dia ni penakut kucing. Ni hanya berpura-pura depan lensa kamera. Sila jangan terpedaya. Pegang kucing macam nak patah-patahkan kan tangan kucing je aku tengok.



Again. Jangan terpedaya dengan gambar ini. Dia ni penakut kucing. Kau tengok muka kucing tu.Muka kucing tu pon selenge je tak ada perasaan. Kalau dia boleh bercakap mesti dia cakap




"Orang gila mana pegang aku ni?? Rimas mak nyahhh."


Agak nya lah kan.



Adam menganggap kucing sebagai kawan baik dia. Bila cakap je dekat dia. "Adammm sayang kucingggg" terus dia pi ciom kucing tu. Nak ciom, pi ciom  mulot je . Siapa lah ajar dia cemolot-cemolot ni.



Dok raba-raba paws kucing pulak



Dah ciom kucing, peluk pulak. alololololo



Dedua ni akak-akak ipar SS. Kak Sab tengah pregnant, pasni Adam ada lah geng. muehehe. haa Kak Wani ni lah mak Adam. Kak Wani ni lecturer. Haaaa ni lecturer siapa ni??? Angkat tangan!



Dok soksek-soksek. Sekali depa kasi keluar popcorn ni. Hape mende tah nama popcorn ni. Girette,grenade,giratte ke hape tah. tapi abang si SS tu cakap ni popcorn kegemaran Oprah Winfrey. So aku panggil popcorn ni "popcorn Oprah Winfrey" lah senang eh



Budak terlebih gula. Semua benda dia nak panjat



Tah hape cerita lah depa dua ni. Malas layan



DISASTER! Dah macam daging lembu gantung-gantung dekat pasar lah pulak depa buat ADAM macam ni. :D



Dah pegang kucing, pastu dok pegang "popcorn oprah winfrey" memang kena babap dengan Own lah jawabnya. Basuh tangan dulu baru makan. Lilo dok curi popcorn lettewwww~



Cakap dekat Adam. "Adammm tunjuk gigi" terus dia buat "grrrrrrrrr" Jadik lah macam ni. Nasib baik dia tak gigit aku






haaa ni lah dia "popcorn Oprah Winfrey" (suka hati je aku bagi nama popcorn Oprah Winfrey. ahh lantakk) Sedap gila popcorn ni. Makan sekali, mesti nak lagi. Dia gabungan rasa cheese dengan caramel. Yang warna coklat tu caramel, warna kuning tu cheese. Cara makan dia, kena makan sekali serentak caramel dengan cheese. baru rasa dia ummmphhhh. Dok ulang alikk buat muka tak malu amek mende alah ni atas meja nak ngaapp. Sedap wooo.Mana pulak aku nak carik mende alah ni.





Mesti tersedak-sedak Oprah Winfrey ni karang sebab selamba je aku tetiba buat nama dia jadi nama popcorn! Cerita pasal popcorn Oprah Winfrey sikit je. Melalut benda lain pulak yang lebih. kehkeh


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar