Jumat, 09 September 2011

Percayalah masih ada yang sayang


“Percayalah masih ada yang sayang” 



Tersentuh hati aku bila sampai dekat Rumah Nurul Qannah dekat Batu Caves, Selangor ni. Ada aku cerita dekat ENTRI INI sebab aku diberi peluang oleh Mamee Double Decker Group nak berbuka puasa dengan anak-anak yatim dekat sini. Ni aku pergi time bulan puasa hari tu


Oh ye. Jenama Mamee ni dah lama wujud dalam 40 tahun jugak lah. Selama ini produk MAMEE telah menjadi produk HALAL yang dipercayai. Kalau masih ada yang meragui, meh lah tengok website JAKIM.



@Add link to JAKIM page - KLIK SINI
@Taip PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD
@Pergi dekat tab syarikat
@Klik dekat ikon di sebelah tarikh untuk melihat senarai produk disahkan HALAL oleh Mamee


dan opkossss produk MAMEE dijamin HALAL!! =)



Aku pergi dengan Shaheizy Sam. Nak pergi kena bawak driver yang mempunyai kesukaan yang tinggi terhadap kanak-kanak. Dia ni memang rajin bab layan budak-budak ni.Sampai je Rumah Nurul Qannah , si SS terus serbu depa tanya “puasa ke tak hari ni?” 





Cehhh. apa tak ada soalan lain ke nak tanya??





Tah hape si Shaheizy Sam umpan budak budak ni . Semua dok kerumun dekat dia. Ni mesti umpan dengan game dalam iphone ni


Gembira depa ni dapat toys daripada pihak Mamee Double Decker Group







Suka bebeno depa ni kalau ada orang datang tengok depa. Bagus bagus! Tengok orang happy kita pon boleh rasa happy! =))




Bila dah azan , buka dengan kuih-muih dan kurma sikit. Lepastu solat maghrib berjemaah ramai-ramai. Dah selesai solat maghrib, baru sambung balek makan nasik




Meriahnya berbuka puasa ramai-ramai :D




Then maskot Mamee Monster berwarna biru yang godang  pon datang.Ada yang suka, ada yang terkejut, ada yang teruja, ada yang takut tengok mende alah ni. Macam-macam reaksi ada




“Hye saya lah Mamee Monster. Ngehngehngeh”







Godang nya Mamee Monster ni




Mamee Monster bergurau senda 



Group photo bersama Mamee Monster. Rasa macam nak tarik je gigi Mamee Monster  yang secoet tu bagi rongak terus. :D




Time untuk dapat duit raya. Weeehuuu. Semua kena beratur baru boleh dapat duit raya




Dah dapat duit raya dan goodie bag dari pihak Mamee Double Decker Group. Dalam goodie bag mungkin ada Mamee Sllrrrp dan Mamee Monster . Pastu depa dapat pelukan yang erat daripada Mamee Monster pulak. muehehehe




Nak jugakkk duit rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! :D





Dah dapat duit raya dekat pihak Mamee, depa pau si SS pulak suruh bagi duit raya. Semua dok kerumun dia pastu sebab nak duit . Tak sia-sia jugak aku bawak dia ni





Nak jugak tangkap gambo dengan Mamee Monster! Weeehuuuu~





Cuba carik siapa yang paling excited??






Time ni best. Yang pakai tudung hitam tu tanya aku, padahal aku nak balek dah time ni.

“eh akak ni NORA ELENA ea???”

“haa? Err. errrr” (lidah kelu tidak terkata)

“Muka akak macam yang berlakon NORA ELENA tu lah. Bukan akak ke?”

“dalam cerita tu NORA ELENA tu pakai tudung ea?” (aku tak tengok sangat NORA ELENA tu. Tu aku tak tahu)

“AAH. Tapi time dia sekolah je lah”

“eh bukan lah. Akak bukan NORA ELENA tu”

“yeke? Dah excited dah tadi ingatkan NORA ELENA tadi”




Wakakakakaka mesti hampa budak budak ni ingat Nora Elena yang datang. NORA ELENA sangattt lah muka belacan macam aku ni. Walaupun aku rasa macam tak masuk akal je samakan muka aku dengan NORA ELENA tu, macam langit dengan kerak bumi kottttt. Tapi aku tetap kembang hidung lapanplohnam cm dan hampir terkoyak spender kembang kembang punya pasal. (00) *kembang hidung*


Aku tengok depa ni, dalam hati kesian pulak rasa. Tapi kan, kalau korang tengok depa, depa macam happy je tak ada masalah. Lagi lagi kalau ada tetamu datang, semua kemain gembira. Depa kata hari-hari mesti ada yang datang untuk berbuka puasa dengan depa.Alhamduliilah. bila tengok depa jugak aku rasa bersyukur ibu dengan ayah aku ada lagi. Time ibu ayah kita ada ni lah, time kita nak balas jasa dekat diorang kan? Ye dak?



Dikesempatan ini, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat pihak Mamee Double Decker Group kerana sudi menjemput aku untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim dekat Rumah Nurul Qannah. Kalau ada majlis-majlis macam ni lagi, sila lah ajak saya lagi. Hehe. Thanks MAMEE!!! =)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar