Jumat, 22 April 2011

Akhirnya impian aku nak naik PORSCHE tercapai dengan header baru aku yang gerak konon konon driving dengan senyum kerang busuk! yayyy !!

kereta idaman aku PORSCHE

Perghhh aku selalu berangan satu hari nanti aku jadi seorang businesswoman yang berjaya. Tapi business apa aku tak tahu lah. Just berangan je. Tapi aku malas nak kerja penat penat. Kira aku macam banyak ah amah amah dekat bawah aku. Aku dekat rumah goyang kaki je sambil makan tempe goreng cicah sambal kicap. The rest amah amah aku buat kerja macam orang gila. Tapi duit masyukkkk dekat aku. wahhhh best best! tapi macam keji lah pulak siapa dapat majikan macam aku ni. Orang lain penat penat kerja macam kerbau kena cucuk hidung, aku yang goyang kaki dekat rumah rileksss je pastu duit kemain masyukkk. serious macam haram. Hehh



Lepastu aku selalu berangan aku ada kereta yang mewah mewah. Banglo ada lapanbelas bijik. Setiap negeri mesti ada satu rumah banglo aku. kereta pulak ada berpuluh puluh  bijik. PORSCHE lapan. FAIR LADY lima. MERCEDES tujuh. BMW tujuh. MINI COOPER enam



Tapi suami aku nak satu je lah. Jangan aku dapat suami yang gatal nak mampus nak pasang empat sudah lah. Pasang dua pon aku dah gila meroyan. Mahu aku sodok penumbuk lesung batu tu dalam lubang hidung kau kang. Kalau tak muat, aku sumbat sumbat tonyoh tonyoh bagi muat dalam lobang hidung dia. Haaa nak gatal sangat kan banggggg???


Tapi suami aku haruslah kacak bergaya handsome macho. dan yang paling penting dia WANGI. Wajib WANGI ! Kalau muka handsome, ketiak bau bacin, boleh jalan lah derrrrrr~



Tapi berangan je lah. dah nama pon berangan dowhhh.

ni header lama aku

Sobsss sobssss babaiiii header lama. Aku sayang dekat kau. Sebab kau ada status twitter. sobss sobsss. Tapi aku telah berhijrah.


header baru

Tengok tengok! aku naik PORSCHE dowhhhhhhh. Kau hado??? hado????? NAN HADOOOOOOOO~


Akhirnya impian aku nak drive PORSCHE tercapai jugak!!!! Yayyyyy!!! Mak suka nyah!! Walaupun dekat header je. Jadi lahhhh. daripada lansung tak hado kan??



Terima kasih AYEEM AYAM yang membuat impian aku jadi realiti, walaupun hanya dalam mimpi je lah aku nak pakai PORSCHE tapi ada aku kesah??? Aku memang suka berangan pon.



BERANGAN TU BAGUS SEBAB BOLEH BUAT KITA BERSEMANGAT UNTUK MENCAPAI CITA CITA KITA - Cik Epal


sesuka hati aku buat quote sendiri. mentang mentang lah dah pakai PORSCHE sekarang. berlagak tak hengat derrrr~


weeeiii korang, kalau korang nak header cantik cantik, pergi lah order dekat AYEEM AYAM ni. Serious kerja dia tip top. Mesra, cepat dan BETUL. Hari ni aku nak, esok dapat dah. Best best! aku suka! Mula mula aku ingat kan dia ni "bapak ayam" . sebab nama dia AYEEM AYAM. tapi tak lah. dia handsome kacak lagi bergaya orangnya. Terima kasih AYEEM AYAM yang handsome. (handsome keewwww?) muahahaha :D


ok handsome. janji baik hati. itu paling penting. Thanks again AYEEM AYAM. sebab buat header kitewwww gerak gerak lepastu buat kitewww macam bawak PORSCHE. thanks!!!! =)



p/s: Dont forget to vote me HERE. Search "Cik Epal" and vote now! =)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar