Sabtu, 21 Mei 2011

(review movie) NUR KASIH THE MOVIE . macam AYAT AYAT CINTA lah =)



pelakon utama : Tiz Zaqyah ( Nur Amina ) , Remy Ishak (Adam),  Fizz Fairuz (Aidil)


@ mula mula tengok cerita ni rasa macam tengah tengok AYAT AYAT CINTA . mungkin dari segi teknik sinematografi yang memukau mata yang menonton. tapi plot cerita tak sama lah macam AYAT AYAT CINTA.



@ CGI masa letupan keretapi di awal cerita tu tak best sangat ah. nampak FAKE.



@ dari segi muzik, Nur Kasih The Movie memang tebaik ! lagu lagu dalam ni semua best best



Tiz Zaqyah lawa lah pakai tudung. seriously !


@ aku tak suka dengan ustaz yang kerek tu. tah hape nama pon tak tahu. semua benda nak haram. dan aku suka dengan konsep ADAM. dia cakap lebih kurang macam ni ah


"ilmuan, ustaz ustaz ni nak tazkirah orang orang yang dah pandai agama dan cerdik pandai je ke? habestu budak budak yang rosak akhlak ni siapa nak tegur? siapa nak bimbing? "


lebih kurang macam ni ah ayat dia. but betul gak apaaa. tak kan kau nak nasihatkan orang, kena tengok fizikal orang tu dulu ?? lepastu ni nak haram, tu nak haram. semua benda nak haram



@ aku suka kasih sayang yang terjain kuat antara ADAM dengan NUR AMINA. ouh romantiknya. sweet gilaaa dowhh. dua dua setia gila. bila ADAM hilang, punya la NUR AMINA menggelupur nak cari bagai nak rak. sampai jumpa jugak. masa cincin NUR AMINA ni hilang pon, adam beria dok carik cincin tu sampai jumpa. pergghh best gila ah depa ni


aku pulak yang rasa bahagia tengok gambar ni

time ni sweet. lepastu lagu AIZAT pulak berkumandang. double sweet!



@ Ayu raudhah dalam cerita ni cantik. dan Norman Hakim dalam cerita ni nampak handsome ! :D




@ cerita ni ada elemen saspens jugak. ingat kan orang ni yang meninggal dunia. sekali orang lain pulak yang meninggal dunia. nak tahu siapa yang meninggal dunia? haaa cer tengok cer tengok filem ni




@ banyak jugak pelakon dalam cerita ni sebenarnya. aku tertanya tanya lah siapa ea yang jadi budak perempuan yang belajar dengan ADAM yang free hair hisap rokok tu? muka dia macam EKIN MAWI tu. tapi bukan EKIN. ke adik EKIN ?? comel jugak awek tu =)



@ tengok cerita ni membuatkan aku berangan "kalau lah aku dapat seorang suami sebaik dan se setia ADAM kan best. bahagia je hidup. sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya yang tercinta, NUR AMINA." phewwww bestnya. (berangan)

ouh aku suka lelaki suka budak budak. dan aku cepat cair tengok lelaki suka budak budak ni. ngeee =)



antara pelakon pelakon NUR KASIH THE MOVIE. Mia Sara Nasuha dan budak yang jadi ILYAS tu comel !!



Mia Sara Nasuha !! come to mama !! haha :D

time ni comel =)







auwww cute and adorable ! Mia Sara Nasuha dan Tiz Zaqyah =)


dah lah tu aku cerita sesikit. korang pi lah tengok. cerita ni aku bagi 3 bintang dari 5 bintang. dan ada dua part air mata aku berjujuran jugak. part mana tu aku tak nak bagi tahu lah. maluwww pulak rasa nangis nangis tengok movie ni. dah tak macho dah. muahaha



eh ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar