Rabu, 04 Mei 2011

MENTOR 5 vs Akademi Fantasia 9

30 things in 30 days challenge 
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to. (ok aku tukar tajuk untuk day15 ni)


Tv show ??? alahhh yang tengah HOT sekarang pon Akademi Fantasia 9 and Mentor 5. Dah dua ni pon yang tengah running sekarang. ok ini just personal opinian aku je lah ye


@ Dua dua pon tak ada la best mana. Tapi Akademi Fantasia 9 sangat tak best dan tak menarik untuk ditonton. Aku tak pernah tengok Mentor sebelum ni. Aku tengok Mentor 5 pon sebab SALMA je . SALMA je yang best bagi aku. Yang lain, biasa biasa je


@ Aku layan semua season Akademi Fantasia. Yang paling best bagi aku AF2. Dan aku rasa AF9 ni yang paling teruk dalam sejarah. Akademi Fantasia 9 hanya diselamatkan oleh Aznil Nawawi dan AMY SEARCH je. Aku rasa biar je lah si Ahmad Dhani tu yang jadi pengetua. bukan apa, lagi best sikit nak mengkritik dan menonton. Ni nak kritik Amy Search pon tak sampai hati. Kalau AF9 bosan pon boleh salahkan Ahmad Dhani. muahaha keji gila. Tapi betul lah. Kesian dekat AMY SEARCH. Menjatuhkan reputasi dia je


@ AF9 punya stage apasal kecik nak mampus??? IDOLA KECIL punya stage pon lagi besar tahu?  Sound system and lighting pon ya ampunnn. sangat tak best untuk didengar dan dilihat. Ini ke yang konon konon nya Akademi Fantasia yang paling gempak sekali?? ye lah yang last kan. Mesti lah orang expect more than before. Sound system serious macam dekat karaoke jamban je bunyiknya. kata KONSERT. KONSERT buat lah cara KONSERT.


@ Mentor 5 pulak. haa yang ni dari segi stage, live band, lighting, camera angle best lah sikit untuk dilihat. Rasa lah jugak macam KONSERT and pertandingan. Pihak produksi TV3 ni boleh lah dibanggakan sikit. but aku rasa slot NAS AHMAD tu tak perlu pon tak apa kot. Macam yo yo oooo je Nas Ahmad tu tauuu. Aku malas nak kutuk lebih lebih. dah lah NAS AHMAD follow blog aku ni. Kang tak memasal aku kena terjah dengan MELODI karang. Hye abang NAS AHMAD. terima kasih lah follow blog Cik Epal Gonjeng. kehkeh


@ kenapa AF9 tukar konsep?? buat je lah macam dulu dulu tu. depa semua dikuarantin kan. Aku tak berapa nak berkenan depa dok kurung dalam rumah kaca tu. Walaupun alasan pihak ASTRO untuk mendedahkan pelajar kepada REAL WORLD konon nya. Tapi bebudak tu macam hilang fokus. ye lah apa tak nya, dok tengok orang lalu lalang, Then if ada keluarga yang datang emosional pulakkk dah. Kalau ada peminat bawak banner dok lambai llambai teruja. Macam mana nak fokus???



@ nasib baik lah Akademi Fantasia 9 ni AF yang last. memang patut pon yang last. Sorry to say, AF9 paling worst dari AF AF sebelum ni. Kata lah konon paling gempak, tapi pelajar nya semua biasa biasa je. Kalau bukan Pak Nil lah yang host. memang harammmm aku nak tengok. Dulu kemain tunggu kot. Now, macam tak payah tengok pon tak ada hal. Diari AF pon cam haram. tak menarik lansung. Diari AF2 yang paling best.


@ Akademi Fantasia ni lebih pada rupa dan popular semata mata. Tapi ada jugak yang tak ada rupa dan suara biasa biasa je. :D


@ Yang MENTOR ni pon aku bukan tengok sangat. Tengok sebab ada SALMA je. yang lain tu just so-so je bagi aku. Suara yang lain tu dah ada dalam market. Yang salma ni makkkkk oiii suara meletop. High Note tu selamba badak je dia tarik. Nyanyi pon selamba dia je. Kalau aku tertinggal nak tengok tu, memang gigih lah aku cari dekat youtube video SALMA. ada dia nyanyi lagu AGNES MONICA. perghhh selamba dia je dia nyanyi main bedal. Agnes Monica nyanyi live pon pancit. Agnes Monica pon kadang kadang miming kalau nyanyi. Memang meletop lah SALMA ni.





Agnes Monica

Ni video Salma nyanyi lagu Agnes Monica. Bukan Milikmu lagi. aku ni memang ah suka dekat Agnes Monica ni. Suka tengok Agnes Monica menari sambil menyanyi. Aku suka baju Salma dalam ni. Nice outfit. Dah kata ERRA FAZIRA pulak Mentor dia. mesti lah baju harus meletop. But suara Salma best dalam video ni:







Bukan Milikmu Lagi - Agnes Monica (penyanyi asal)



Tapi yang ni lagi best. perghhh memang terbuai buai bulu ketiak aku dengar suara dia nyanyi lagu JERITAN BATIN ku ni. Gila ahhh. semua bulu naik meremang dengar suara si SALMA ni. tak caye? ceee tryyyy dengarrr ce tryyyyyyyy:








Salma Feat Azlan and The Typewriter - Jeritan Batinku


Ni paling best lah selepas aku dengar suara dia nyanyi lagu BERTAMU DI KALBU. Kalau SALMA ni tak menang MENTOR 5 ni memang kontroversi betul lah. untung lah ERRA FAZIRA. kalau menang, dapat duit lagi. perghhh


For me. She's already the WINNER


Tapi sebenarnya dua dua tak ada faedah pon nak tengok. muahaha tapi dah disebabkan dah terpampang dekat tv tu. kita tengok je lah.


"BERHIBUR TIADA SALAHNYA KERNA HIBURAN ITU INDAH. TAPI PABILA SALAH MEMILIHNYA MEMBUAT KITA JADI BERSALAH" - Raihan

Lepas ni nak review IMAM MUDA pulak :D


eh ok bye!


Jangan lupa Vote blog Cik Epal ea =)





VOTE ME HERE . Sila lah vote hari hari ye. Hari ini dah vote, esok pon vote lagi, nanti lusa pon jangan lupa vote jugak!  :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar