Selasa, 17 Mei 2011

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

Day 16 – Something you don’t leave the house without. ( 30 things in 30 days challenge )

Entri ini boleh kata macam WHAT'S INSIDE YOUR BAG lah lebih kurang. sebab kalau tak ada menatang menatang ni semua, kalau dah kata aku nak berjalan, keluar jugak aku. hape aku pedulikkk.


Aku tak suka handbag. sebab handbag kecik. susah aku nak sumbat semua benda dalam tu. kalau handbag tu besar aku suka. sebab aku ni memang jenis bangsa yang selagi ada benda nak sumbat dalam beg aku tu, selagi boleh aku sumbat.Semua benda aku nak bawak kalau nak keluar. Benda benda yang memang selalu ada dalam beg aku adalah:



perfume

Sampai dua pulak tu perfume dalam bag. yang MISS DIOR tu aku jarang pakai. hanya jumpa orang orang tertentu je aku pakai sebab mahal. dah ah guna duit aku beli sendirik. original pulak. kalau orang hadiahkan sedap jugak lah aku nak sembur kat aku hari hari. but yang kecik tu aku beli dekat ETUDE HOUSE. time tu on SALE. dapat dalam rm30 kot. aku pon lupa. bau dia macam baby. tapi perfume Baby Bubble ni aku pakai time pergi kelas je. bau dia macam baby. aku suka bau dia. sebab aku suka feeling feeling macam baby. tapi kawan aku kwanghajar dia cakap bau macam MUNTAH BABY. <==== boleh????



Benda ni memang aku selalu bawak kalau keluar. Spek bedah dan Plasters. Kegunaan spek bedah adalah untuk bergambo kalau boring semasa keluar. spek bedah tu tak ada power pon. but aku memang pakai spek pon sebenarnya. tapi aku malas. aku lebih prefer contact lens sebab contact lens selesa dan tudung tak jadi kembang. kalau pakai spek, aku rasa muka aku macam makin membesar je. dan plasters memang aku selalu bawak in case tetiba sakit kaki. sometimes aku pakai flat pon kaki boleh melecet. apatah lagi kalau pakai high heels. so mende alah plasters ni memang selalu ada.



barang mekap saya


aku bukan kaki mekap. lagipon kulit muka aku bermasalah. so aku tak boleh nak lenjan je apa apa mekap. ni just aku ikut nasihat doktor kulit aku. dia tak kasi aku pakai any mekap, brand apa sekali pon. kalau nak bubuh bedak pon, boleh pakai Johnson n Johnson je. and dia kata mekap boleh dekat part  mata and lips je. so sebab aku baik, sopan santun lagi berbudi bahasa. aku pon tak melawan cakap doktor kulit aku tu. aku ikut je lah apa dia cakap. ni je pon barang yang selalu aku pakai kalau keluar:

1- bedak Johnsons and Jonhsons
2- maskara from COSWAY. maskara ni best doh.
3- lipstik fromm ELIANTO - 05 Pastel Pink
4- lip balm from SEBA MED - SPF 30
5- Eyeliner Pencil from ELIANTO


aku pakai barang barang murah je. barang barang murah ni je lah yang selesa dekat muka aku. lagi pon bagus jugak. jimat duit aku. siapa jadi laki aku pon tak payah nak beli mekap mekap sampai lapan ratus hengget. itu part muka je dah lapan ratus hengget. belum campur lain lain. untung siapa jadi laki aku ni. aku pakai barang barang murah je. aku tak banyak cikadak.  wakakakakaka


ni je lah benda yang selalu ada dalam beg aku. beg korang ada apa? mesti ada lipas dan taik cicak. euwwwwww~


eh ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar