Senin, 21 Maret 2011

style YUNA dikritik hebat ?? isu bertudung ?? tegur menegur ??

In my humble opinion, aku lagi suka style Yuna begini. dari pakai turban. no offense





alaaa YUNA dah delete her tumblr. dah lah aku salah sorang yang suka stalk tumblr dia. hehh



mungkin lah ramai kan yang dah tahu pasal kes YUNA ni. but bagi aku mungkin dua dua ada salahnya. biasalah manusia. tak lari melakukan kesilapan




Yuna ni macam perempuan permpuan lain jugak nak bereksperimen dengan dia punya style tapi dalam masa yang sama Yuna adalah IDOLA or role model kepada banyak gadis/remaja dekat luar sana. apa yang Yuna pakai or apa yang Yuna buat lepas ni kena berhati hati. berhati hati dalam memilih pakaian sebab dia public figure. biasalah orang kita ni. mana yang buruk nampak dulu. yang jelik tu lah di perbesarkan kasi meletop letop




mana ada manusia yang tak buat silap? semua ada buat silap. nak cakap pasal bertudung ni pon. in fact aku pon mengaku jugak, aku belum sempurna nak menutup aurat. but aku cuba untuk menutup aurat. bila kita cakap pasal menutup aurat, orang selalu fikir tutup rambut and kepala je. tapi sebenarnya kena tutup dada, tengkuk, leher, telinga tu semua WAJIB DI TUTUP.





Mungkin benda ni jadi HOT sebab Yuna public figure. but aku rasa banyak je aku jumpa lagi teruk dari tu. even kalau jalan jalan dekat KL tu pon berlambak pakai tudung tapi pakai lengan pendek, pakai tudung tapi nampak leher and so on.



aku kadang kadang hairan dengan blog gossip ni. kenapa perlu ada iklan TEGANGKAN ZAKAR, BESARKAN PAYU DARA, SUAMI POWER, BERAKSI TAHAN LAMA AND WHATSOEVER YOU NAME IT. tak dinafikan blog gossip menyumbang huge trafic, a lot of readers, biasalah semua kepochi. but perlu ke nak IKLAN BENDA BENDA TU? nak generate profit pon biarlah benda senonoh sikit



about entry pasal Yuna tu. why dont you tutup je section komen? what your intention actually? nak nasihat Yuna kan? FINE. yuna dah baca dah pon. why dont you remove that post? seriously komen komen dekat entri tu sangat sangat HARSH. kalau Yuna nak berubah pon nanti, bukan sebab dia nak berubah, but sebab mulut mulut puaka komen tu







menegur ada cara nya. kalau betul kita nak dia berubah, tegur dia personally dan guna bahasa yang sopan dan halus.



kadang kadang kita sebok nak jaga tepi kain orang yang sometimes tak ada kena mangena dengan kita but kita selalu terlepas pandang dekat ahli keluarga kita yang terdekat or kawan kawan kita. why not kita nasihat kawan kawan/ keluarga kita dulu supaya jadi lebih baik?



Kalau kita tutup aurat. Tapi  tak terus baiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa. Kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk di sampaikan. tak payah  la nk tengok salah orang je. Islam tu bermula dari diri kita sendiri. Tutup aurat tu WAJIB. Tapi dalam masa yang sama. Baikilah diri dari masa ke semasa.




Buang da la perangai suka mengumpat…berdengki…berbangga..ego..riak…dan lain lain penyakit hati. apa apa pon. setiap wanita Muslim WAJIB menutup aurat. tak kesah la akhlak kau baik ke tidak itu antara kau dengan Allah. Amat tidak wajar kalau kita kata si polan ini..si minah ni…pakai tudung..tapi tetap buat kemungkaran..




buat kemungkaran adalah satu dosa. tidak tutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau dah start tutup aurat tu. Elak kan lah diri dari suka bertengkar. Hiasilah diri dengan tolak ansur. sentiasa bermanis muka. Senyum sokmo la kata org ganu =)




jgn la biar lelaki kutuk kutuk perempuan. sedap sedap selamba badak je dok mengata perempuan. tahu tak penghuni neraka banyak golongan mana?? agak agak lelaki ke perempuan??
opkos..4sure..perempuan banyak menjadi ahli neraka...



first of all...kesalahan yg common..
"tidak menutup aurat"
belom lagi campur dosa mengumpat+mengata belakang+wat fitnah+tak solat...
nauzubilahiminzalik. Harap kita semua tidak menjadi ahli neraka.



mari kita lihat firman Allah dalam satu surah dalam Al-Quran :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….."



pada yang menegur. Faham dan dengarilah dia sebelum kita menegur. Dan TEGURLAH DENGAN CARA BAGAIMANA DIRI KITA SENDIRI MAHU DITEGUR.Mungkin kau bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan . Jadikan diorang orang tengah kau. Jika orang lain lebih pandai menegur dari kau




Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.



Kalau nak cakap pasal menutup aurat, alahh artis artis yang free hair tu taknak pulak tegur?? tak dapat hidayah lagi ke?? tak sampai seru lagi ke?? Menutup aurat WAJIB for those yang dah AKIL BALIGH. tak payah lah bagi alasan tak dapat hidayah, tak sampai seru and so on.



yang pasal artis pakai seksi nampak nipple, pakai baju terdedah bahu, pakai baju sleeveless terdedah ketiak. haa artis artis macam ni yang kena tarbiyah lebih sikit. kasi pegang kepala depa kasi azan dekat telinga. sembur air zam zam ke kat muka depa ke hape. bagi ok sikit pakaian masing masing. depa tu lagi menyakitkan mata uiiiii~




i am not perfect either. kalau salah tolong tunjukkan. jolok kan lah mana yang patut. pasal isu pemakaian aku sendiri pon, tengah dalam proses perubahan sikit demi sedikit. biasalah girlsssssssssss kan. pulak pulak time remaja ni. semua benda rasa nak pakai kalau dah berkenan.






p/s: kalau bertudung tapi cukur kening. it a little bit turned-off for me. sorry to say

Tidak ada komentar:

Posting Komentar