Jumat, 18 Maret 2011

(resipi) begedil ala ala cik epal gonjeng

Pagi pagi bangun. apa salahnya mengintai makanan di bawah tudung saji *ala ala Kemawas



sekali tak ada hape pon untuk di cekik. mesti ayah aku lupa beli breakfast hari ni. selalu rajin bebenau membelinya. so terpaksa lah berdikari. dah kebulur dah ni.



tengok dekat dapur ada kentang, ada bawang, ada telur. haa boleh dah lah ni. tiba tiba muncul mentol di kepala. dan terasa nak buat BEGEDIL. ni sebenarnya first trial aku ni. aku main hentam je ni. before ni tak pernah buat pon. main bedal je apa nak taruk


ok mula mula tuan tuan dan puan puan. dah kata nak wat begedil kita kena memerlukan kentang. tak kan lah nak guna durian pulak kan.tu nak buat tempoyak. gheti?


kentang tu uolsss rebus dulu. dah rebus angkat




ni lah ghope kentang aku yang dah direbus. lepastu kena lenyekkan kentang ni. perghh punya la payah. aku tak tahu ah depa ni wat begedil lenyek pakai hape. kalau ikut cara aku. aku tumbuk kentang kentang ni dalam lesung batu. settle masalah. itu pon lebam lebam gak tangan aku nak lenyek kan kentang ni semua



bahan bahan yang lain diperlukan adalah


@ bawang besar
@ garam secukup rasa
@ ikan bilis (dah ini je yang ada kat rumah aku, kalau letak ayam lagi best kot)


bahan bahan terhad, so itu je lah yang aku taruk dekat begedil aku ni. nama pon masak main terjah je. tu barang barang semua tak ada tu.



lepastu kau gentel gentel lah kentang tu. part ni kot yang best. boleh main gentel gentel. jangan sambil sambil gentel lain sudah lah ye. kang tak jadi lak kang begedil ni. hasil aku buat jadik macam ni





mangkuk kiri tu telur. putih telur je ea yang diperlukan. kuning telur buat main jauh jauh. yang belah kanan tu. begedil yang siap digentel gentel. kau nak buat bentuk LOVE pon boleh. suka hati lah. ikut kretiviti masing masing


dan inilah hasilnya begedil aku ni selepas digoreng.



TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!








macam rupa cekodok pulak aku rasa




lepastu aku masak nasi sikit. goreng telur. dah settle. ini lah yang berjaya aku cekik





tapi begedil aku sebenarnya sedap. tapi terlebih garam doh. ni turun penyait mak aku la ni kalau masak. nama nak masak je mesti masin. dalam pada masin masin tu. empat bijik jugak aku bedal sekali makan. dahsyat tak dahsyat lah kan. tengah lapar mungkin. lepas ni nak buat begedil lagi aku malas dah ah letak garam. aku letak sos tiram pulak. aku memang suka try and error ni




lepastu ibu balek, ngamuk. membazir makan tak habes. alaa first time try memang ah kan. lepas ni mesti menjilat jari. bukan takat jari. pinggan pinggan nanti jilat tahu



selamat mencuba. ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar