Minggu, 20 Maret 2011

Menternak lemak secara pukal di Restoran Fruit Valley

Aktiviti menternak lemak secara pukal ini berlaku semalam pada 20 MAC. ni sempena nak celebrate bithday ayah aku lah pulak. hari tu celebrate birthday ibu aku dekat SINI


kitorang pergi menternak lemak di restoran Fruit Valley. makanan makanan dia memang terbaik dari ladang. sebab masakan kampung. serious terbaek! nak tengok apa yang berjaya diternak?



mempersembahkan .....


siput sedut masak lemak cili api

ikan sembilang/ikan keli

ikan baung

tempoyak/sambal belacan dan sebagainya

sambal belacan. perghh terbako makan!

tempoyak! teringat nenek aku. sebab tempoyak nenek aku sedap =)

kentang sambal

sayur

ulam ulaman

ayam goreng kampung

tempe goreng! i loikee tempe but tempe ini agak kurengg sikit


kerabu mangga

aku amek port baekkk punya. dekat dengan budak budak. sebab budak budak tak banyak makan. boleh aku cekik banyak sikit. lepastu dekat tempat budak budak ada ayam. tu paling best!

yeahhh tu diaaa tu diaaa pinggan ku penuh, sarat dengan lauk lauk

dah habes makan senang hati. muka kemain kembang

kemain tau depa ni. kalau bergambar.


depa ni kenal dekat facebook ni sebenarnya. depa ni lagi active facebook dari aku tahu? ibu aku tu lagi ah. balek kerja je menggagau cari laptop. nak online facebook. pulak pulak dah ada geng bas sekolah ni sekarang. kemain rancak ah ber facebook memasing


tapi semua panggil aku 'cik epal' sebab depa semua follower blog ni. ouh terima kasih nyah nyah ku sekalian. :D


sesi memberi hadiah bermula
ayah aku dapat hadiah from YB BUKIT JELUTONG woh!!



tu diaaa tu diaaa. makin godang hadiah

hadiah godang telah bertukar tangan

peserta pertama yang keluar AF. kalau AF dah start kang, mesti peserta ni tak ada sebab awal awal dah disingkirkan

budak ni kemain. macam tak kasi aku balek

muka nak nanges sebab kitorang nak balek dah. takpe nanti kita jumpa lagi ye dek nunnn




ni lah ghuper restoran Fruit Valley. dia ala ala resort sikit


kalau ada sesiapa yang nak tahu dekat mana restoran ni. restoran ni dekat Bestari Jaya berhampiran UNISEL. tapi UNISEL dekat KUALA SELANGOR la. jangan dok kalut kau pergi dekat dengan UNISEL SHAH ALAM pulak. mati hidup semua round doplohhempat round pon tak jumpa lak kang restoran ni kang


serious mula mula nak tunjuk hero amek tempoyak dengan sambal belacan kemain banyak. sekali hambeh lah berpija mulut aku. panasss. rasa macam tebal je bibir aku macam bibir NABIL. memang meletop wa cakap lu.


total up cekik punya cekik semua sekali rm270. ayam kampung satu rm5. aku tak tahu ah mahal ke murah sebab bukan duit aku yang keluar. aku tolong makan je. :D


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar