Senin, 14 Maret 2011

Paling banyak banyak solat, SOLAT SUBUH LAH SOLAT YANG AKU PALING SUKA ...

Apa itu SOLAT ??


Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.


Semua sedia maklum lah kan. solat ada 5 waktu. dalam banyak banyak solat. SOLAT SUBUH LAH YANG AKU PALING SUkA ..






































































SUKA TINGGAL !!



adeh! awal awal hari dah tinggal solat. memang FAIL lah jawabnya nak jaga yang lain. Kan kalau tinggal Solat SUBUH umpama diselimutkan dengan selimut babi. tu lah syokkk gila tidur tu sebab dok melekat dengan selimut babi agaknya. kemain liat nak bangun untuk solat SUBUH




Kadang kadang SOLAT ni kita buat remeh je kan? padahal benda ni WAJIB, bukan HARUS or SUNAT pon. benda benda WAJIB orang buat sambil lewa je.



Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat?

Camni, ko kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat…Dalam solat 5 minit ko taat segala perintah Allah, maka ko kena bawak ketaatan dalam solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan ko…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana ko taat dalam 5 minit solat, dalam solat ko jaga mata, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat macam ni, bila ketaatan dalam solat macam ni di bawa ke luar solat maka automatic ko punya life pun insyaAllah 24 jam macam 'solat'…



Sebab tu perempuan yang solat tapi tak pakai tudung adalah wanita yang tidak bawa ketaatan dalam solat keluar solat..bukankah masa solat habis tutup?..kenapa jadi macam tu? Sebab tak faham maksud solat…



Orang lelaki pun sama, pakai seluar pendek..kenapa? sebab tak faham dan tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat sebaliknya kehidupan 24 jam di bawa masuk ke dalam solat 5 minit, rosak solat cam tuh…masa solat fikir melayang-layang..mula-mula solat kat Malaysia, lepas tu terbang ke Mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu ingat baca apa kat blog tadi, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni..mana kunci kereta, cd aku sape yang ambik bla bla bla last-last dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya…



CREDIT HERE. kalau nak baca selebihnya, pergi dekat link tu. nice entry anyway


Selalu kan kita dengar alasan orang free hair cakap "aku belum dapat hidayah nak pakai tudung, tapi SOLAT insyaAllah aku jaga"


Aku yakin ah depa yang cakap macam ni dah akil baligh dah. dah tahu kan benda tu WAJIB. kenapa nak tunggu dapat hidayah? Sebenarnya bukan kena dapat hidayah mana pon, pucuk pangkal hati dan iman. dah hati kata tak nak, memang tak pakai lah tudung.


bukan nak kata yang pakai tudung ni suci gila pon. BUKAN! aku sendiri pon rasa aku tak sempurna bertudung, tak sempurna menutup aurat, banyak lagi benda yang aku kena betulkan. but aku harap aku dapat perbaiki dari masa ke semasa untuk menjadi manusia yang berguna. bukan sahaja dari segi perangai malah dari segi pakaian juga. InsyaAllah~



Kalau nak cari bakal suami pon lah lepas ni. Aku harap dia seorang yang menjaga solat. Lagi lagi solat Jumaat. sebab aku selalu jumpa dengan lelaki yang suka sangat memberi alasan


" alahhh baru sekali tinggal, kan limit boleh tinggal 3 kali. kalau hari ni je tak apa tinggal"


amek remeh je kan? padahal benda WAJIB! sebab aku sangat yakin kalau lelaki tu bagi alasan macam ni. memang dia tak take serious dengan solat dia.


padahal dulu sekolah agama ke. sekolah maahad ke. ada apa pon lah title sekolah agama tu kan? kalau tak prektikkan benda benda yang WAJIB oleh ALLAH ??


Ibu aku selalu pesan "jaga solat jaga solat. solat je lah benda yang boleh buat kita tenang sebab diri kita dekat dengan Allah. itu yang buat pendinding kita"


Aku harap aku dapat jaga solat aku. sebab aku tahu kalau aku nak dapat bakal suami yang baik, jaga solat semua. aku pon kena buat benda sama jugak. ni diri sendiri pon banyak lagi khilaf.


dan sesiapa yang membaca ni, hope anda semua menjaga solat anda. Solat itu TIANG AGAMA, kalau tiang pon dah senget benget, memang runtuh lah jawabnya. benda first nak hisab depat Padang Mahsyar nanti pon SOLAT. marilah kita sama sama menjadi individu yang soleh dan solehah =)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar