Selasa, 23 Agustus 2011

Thanks Najwa Latif !!! muahahaha :D


Muka aku ni kalau nak baca surat khabar memang harammm lah. Blog rajin lah aku baca. Surat khabar ni ada sedikit malas. Tetiba Zack post dekat fecebook dia cakap pasal Najwa Latif cakap pasal blogger "cik Apple" . Terus menggelupur aku bukak Metro online. Hape lah budak Najwa Latif ni mengumpat aku ni.







hye Najwa Latif. muehehehe


Tapi secoet je lah dia sebut pasal aku. yang lain of course lah pasal dia.Lemak berkrim lah pulak kalau nak dok cite pasal aku yang tak ada faedah ni


“Tanpa disangka seorang blogger bernama Cik Apple buat reviu untuk video lagu Bila Cinta nyanyian saya dan penonton lain muatkan video ini dalam blognya. Bermula dari situlah orang mula tengok video nyanyian saya. Selepas itu saya dapat panggilan dari NAR Records untuk sesi uji bakat. Saya nyanyikan lagu Bila Cinta, One In A Million dan lagu ciptaan sendiri, Carta Hati."


Nak baca yang lain lain pasal Najwa Latif. KLIK SINI

Tapi apahal lah wartawan tu tulis cik epal jadi "Cik Apple"?? review jadi "reviu"?? apakah??


Aku rasa sebab ENTRI NI kot.ENTRI INI jugak.Tapi dua entri ni aku ada cerita pasal Najwa Latif. Tapi lama dah lah. Sebelum dia jadi artis lagi. Mungkin sebab dia jadi artis ni ramai dok search nama dia. Memanjang je dok jadi top post dekat blog aku ni. Padahal lama dah punya entri



Btw, thanks lah Najwa Latif sebab boleh pulak sebut nama cik epal time kena interview. muehehehe. Tahniah sebab lagu Cinta Muka Buku tu meletop letop di corong corong radio sekarang ni haa. Carta Hot Fm pon dapat nombor satu wooo. Semoga lebih berjaya di atas bidang apa pon adik ceburi . Good luck! Selamat Hari Raya!  Sekarang adik kan dah kaya raya. Nak duit raya! muahahaha :D


ok bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar