Jumat, 05 Agustus 2011

First time jumpa PORORO. Siapa pernah tengok RUNNING MAN. tahu lah menatang PORORO ni hape

Hari ni berbuka puasa dekat luar lagi. Alhamduliiah rezeki murah ni, boleh lah berbuka puasa sedap sedap :D


ni berbuka dengan family Shaheizy Sam pulak. Tapi tak ada lah family sangat. Abang dengan akak ipar dia je yang ada.Yang lain dekat Taiping. Lokasi pilihan adalah di restoran VIVO dekat Times Square. VIVO ni dekat level bawah sekali. Tersorok sikit. Dekat sini serve Western Food



carbonara linguine

breaded scallop.  aku suka ni! :)

honey baked chicken wings. ni aku tak sempat nak makan. Si Shaheizy Sam dah bedal sorang.


ADAM ada. yayyy suka suka! Time ni tak buka puasa lagi

ADAM : makteh. adam nak air

CE: Adam tak puasa ke? *sambil hulur air

ADAM: adam tengah puasa lah ni

menipu je Adam ni. Puasa jenis hape selamba badak minum air . ni pakteh dia lah ajar ajaran sesat ni


New York Fish n Chips. aku punya.
sedap hoii. Coleslaw banyak gila. Tapi aku tak habes makan. half je. sebab aku DIET. half lagi aku pas dekat Alen dengan SS. Depa tu kuat makan


budak tak sabo nak buka

kemain gelak besar Alen. yang si SS tu tak payah layan. Dia peel memang gilo banyak

buat muka sebab taknak duduk kerusi budak budak. Dia nak jadi orang besar nak duduk kerusi besar jugak

ni kak wani punya. air chocolate masmallow hape benda tah nama. sedap gak ni. kemain sedap je aku tengok kak wani tu hirup. sedap ah ni :D

NZ mussels with prawns. yang ni kalau sesiapa baru first time nak masuk VIVO. tak payah lah nak order mende alah ni. Tak sedap.

Kalau nak makan pasta. aku suggest SEAFOOD SPAGHETTI AGLIO OLIO. haa yang ni sedap. tapi tak sempat nak snap. dah buka. semua fokus dekat makanan masing masing untuk dilahap.


"maktehh. nak air lagi"
time nak air pandai lah cari aku, pastu dia main loncat loncat. aku tengok dia loncat, aku pulak yang penat menengoknya. dia meloncat lah sampai ke sudah. tapi tak penat penat pon. aku tengok dia loncat, aku pulak berpeluh. hehh



blueberry pizza with ice cream. yang ni sangat recommended!! sedap hoiiiii.ni dessert

Alen tak melepaskan peluang tangkap gambar nak show off dekat rakan rakan fb beliau. haha. ADAM pose maut


camni cara makan. amek mende alah tu letak aiskrim atas dia. tengok ADAM, dia nampak aiskrim. dia lari bawah meja pergi dekat pakteh dia pulak



Volcanic Chocolate with Ice cream.
yang ni panas lawan sejuk. yang kek tu panas. kau korek je meletop letop coklat melting. tapi aku suka blueberry pizza tadi lagi



ni hape mende tah. si Shaheizy Sam tu main belasah je sebut hape hape benda

pizza ni Chef's favourite. aku tak larat nak makan dah. depa kata sedap. aku tengok pon macam sedap sebab topping dia meriah

muka muka sesuci lebaran sempena bulan RAMADHAN =p


Yang atas ni mukadimah sahaja. Yang PORORO ni sebenarnya aku nak cerita

(wakluuuuuuuuuuuuuu mukadimah dah lapanpuloh minit baca,baru nak cerita tajuk)










Siapa kenal menatang PORORO??? Kalau sesiapa tengok RUNNING MAN. tahu lah kot menatang PORORO ni. Aku tahu pon sebab aku tengok RUNNING MAN. Sebab depa panggil HAHA, HARORO.Ada haritu aku keluar dengan awek KOREA yang duduk rumah Kak Wani tu. Dia punya family dari KOREA datang Malaysia pulak. Family dia hadiahkan Adam ni PORORO from KOREA. pastu Adam dapat dua kasut NIKE original from KOREA pulak tu. perghh untung bebeno budak ADAM cenonet ni


ni lah PORORO.Comel kan PORORO?? hahaha
Adam tengah layan SMARTIES. dia tak nampak benda lain. tapi kejap je lah. Lepastu dia pergi baling smarties. habes bersepah kereta dengan Smarties. pastu dia gelak "hikhikhik" dia buat salah dia buat muka tak bersalah



mulut habes comot dengan coklat smarties

bergaduh dengan pakteh nya


pakteh dia ni pon tak sedar diri dah besar godang gedabak . dah berbulu dah pon. nak main PORORO jugakkk. macam budak kecik.


"PORORO PORORO" muka tak boleh blah bila dapat PORORO

kak wani pasang battery. PORORO ni bercakap.
sepatah haram aku tak paham hape bijik butir PORORO ni cakap. Sebab dia cakap bahasa KOREA.



Adam dan PORORO nya

Adam : adam dah ada kawan

CE: siapa kawan Adam?

Adam: RORO! RORO!

RORO pon bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~






CE: Adam sayang kawan Adam tak?

Adam: *terus cium PORORO sekuat hati takut Pakteh dia curik PORORO :D






Anda berminat mahu dengar PORORO cakap KOREA?? Anda mahu dapatkan PORORO di pasaran berdekatan anda??  tapi tak dapat lah jeppp. Ada dekat KOREA je. Malaysia tak tembus lagi pasaran. Tapi tak tahu lah kalau ada sesat dekat Toys R us ke hape.



Haaa comel tak PORORO??? Dah habes dah cerita PORORO.*tepuk tepuk tangan*
itu je subjek utama entri aku ni sebenarnya. Harap anda terhibur dengan kecomelan PORORO boleh cakap KOREA. muahahahahaha


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar