Selasa, 02 Agustus 2011

Perempuan senang nak masuk SYURGA. senang juga nak masuk NERAKA

*ENTRI SEKADAR PERKONGSIAN DI BULAN-BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

Comelnya awak. heee =)



Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.



Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan.


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” -(riwayat Al Bazzar)



KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:


"Doa ibu itu lebih cepat makbul." 


Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?"  



Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


lembut wanita kerana senyumannya..
cekal wanita kerana beraninya..
patuh wanita kerana kesetiannya..
sabar wanita kerana imannya..
kasih wanita kerana belaiannya..
lemah wanita kerana airmatanya..
ikhlas wanita kerana simpatinya...
pendam wanita kerana cemburunya..
sayang wanita kerana sikap keibuannya..
tanpa wanita LELAKI MENJADI LEMAH..
kerana wanita jugalah LELAKI MENJADI KALAH...


"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



=============

Aku ingat lagi ustaz dekat sekolah selalu cakap. Perempuan ni sangat senang nak masuk syurga dan sangat senang jugak nak masuk neraka. 



Nauzubillahiminzalik. Aku harap kita ni tak tergolong lah dalam golongan perempuan yang "senang masuk neraka". Sama samalah kita mencapai redha Illahi di bulan Ramadhan yang mulia ini




MOOD: INSAF. Insaf sekejap je. Karang buat perangai lama balek. hehh


Renung-renungkan dan selamat beramal. Tapi jangan lah renung lama sangat. Amalkan terus lagi bagus =)


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar