Rabu, 24 Agustus 2011

Jajan kegemaran

Aku tahu korang mesti ada list jajan jajan kegemaran korang kan? Ingat korang je ke ada? Aku pon ada jugak hapeee.Aku suka gila makan Mamee Monster!




Benda benda yang kita suka ni, mesti kita kena tahu dia HALAL ke tak. Baru sedap sikit nak mencekik.Apa kata kita cek dulu, Jajan Mamee Monster ni HALAL ke tidak.


Mula mula pergi JAKIM PAGE


Taip PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD

Then pergi dekat syarikat tab


Klik dekat ikon cenonet kecik sebelah tarikh untuk melihat senarai produk disahkan Halal 













ok . ada dalam list. jajan ni memang ditanggung HALAL



Memang kita tak payah ragui lah dengan produk ni HALAL ke tak. Memang dijamin HALAL. Siapa kata tak HALAL. meh sini aku rebus kau hidup hidup





BBQ flavour




Chicken flavour

Kenapa aku suka Mamee Monster?? Sebab-sebab nya adalah:


@Sedap

@Rangup. Bila makan je bunyi "krunch" "kriukk" krokk" "krekkk" macam macam lah bunyik rangup keluar

@Senang nak cari mende alah ni. Pergi je kedai kedai yang jual jajan, mesti ada punya jual jajan Mamee Monster

@Harga yang berpatutan. Tigaposen je. Tak ada nya kau jumpa jajan ni orang jual tiga hengget. Kalau ada yang jual tiga hengget satu paket. Kau hempuk je dia guna lesung batu lapan bijik. Sesuka hati lak nak cekik darah ambil kesempatan jual jajan Mamee kegemaran sampai tiga hengget.




@Aku terpengaruh dengan ibu aku. Masa zaman aku kecik kecik dulu,kalau habes sekolah je ibu aku suka belikan aku Mamee Monster. Tengok sampai aku dah besar godang gedabak ni pon still suka jajan ni. Terima kasih lah dekat ibu aku sebab memperkenal kan jajan ni dekat aku



Dulu time zaman muda muda dulu aku balek sekolah agama je mesti aku beli Mamee Monster ni. Tak pon ayah aku akan belikan sorang satu agih agih kan kepada adik beradik yang lain



Tak caya, tanya adik aku yang dekat sebelah yang toncet tu ada tak ayah aku belikan MAMEE MONSTER time ni. Time ni baru balek sekolah agama. tudung senget benget. Dari jauh nampak serkop dulu baru muka. kehkehkeh






@Dulu zaman sekolah sekolah, cikgu ajar dekat depan. Aku sedap dok "krokk" "kreeekk" "krookk krekk" makan Mamee dekat belakang. Cikgu nampak, kena baling duster, nasib baik sempat elak. Kena pulak dekat kawan belakang. Hakhak padan muka. siapa soh duduk belakang aku



@aku memang suka lah beli jajan ni. Even kalau aku beli je, mesti pokcik yang jual tu tanya


"suka ye makan Mamee ni. dah besar besar pon suka ea?"


"huehuehuehue" aku sengih kambing tanda setuju. Setuju sebab aku suka makan Mamee bukan setuju sebab aku besar. Sila paham ayat. Terima kasih



Sedap nya Mamee Monster. “krokk krekk” “krokkk krekk” bunyi rangup



Tu baru cerita pasal jajan dia. Korang pernah tak makan MAMEE  SLLRRRP??  Memandangkan kehidupan aku sebagai seorang student memang tak lari lah dengan mende alah ni.


Ni dah berapi tapi ada lagi berapi




Haaaa hamekkk. ni lagi kaw kaw punya berapi depa bagi




But seriously, yang MAMEE SLRRRP perencah AYAM KAMPUNG ni paling terbaik dari ladang bagi aku.Actually aku tengok roomate aku makan mende alah ni. Sebab tetiba aku bau sesuatu yang enak. Hidung aku ni kalau bab bab bau makanan memang mempunyai sense yang kuat. Rupa-rupanya dia makan mende alah ni. Terus aku pergi dekat meja dia, rasa sikit.Sebab bau dia menyengat gila kot. Perghh terbaik dari ladang woh.




Terus aku pergi kiosk bawah menggelupur carik perisa AYAM KAMPUNG ni. Mamee ni rasa ayam (of course lah kan rasa ayam. Tak kan rasa lembu lak kan) and pedas sikit. Tapi tak pedas sangat but nice lah dia punya rasa. Lagi satu aku suka sebab mee dia kenyal. Tak muak lah nak makan. Memang kalau aku tengah lapar, malas nak pergi cafe, memang benda ni lah bahan aku lahap. Bersusun stok mamee AYAM KAMPUNG aku ada atas rak. This is my favourite lah!


Sedar tak sedar dah 35 tahun dah Pihak Mamee Double Decker Group ni ada dekat pasaran. Memang semenjak aku belum lahir lagi dah ada dah jajan jajan ni semua. Tiba-tiba aku terasa muda.



Mamee Double Decker Group juga menawarkan produk dari Snek hingga minuman, seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Yummayyhhhhh!



Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi, yang aku pon tengah nak reka ucapan hape dekat ibu ayah aku ni, nak mintak maaf. ayat mesti baikk punya, baru dapat duit raya lebih sikit :D



Pihak Mamee Double Decker Group nak buat kebajikan kepada anak-anak yatim.Aku dari dulu teringin nak lawat anak-anak yatim ni. Sebab dalam hidup kita ni,aku rasa cara terbaik nak bagi kita belajar bersyukur adalah dengan kita tengok kehidupan orang yang susah lagi daripada kita. So that kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang kita makan, apa yang kita dapat. Kadang kadang kita tak puas dengan apa yang kita ada, nak yang lagi hebat, nak lagi power., nak yang lebih. Tapi kita tak pernah nak tahu ada orang yang teringin nak berada dekat tempat kita, nak makan apa yang kita makan dan nak ada kehidupan yang better dari kita


Aku teringin jugak nak diberi peluang untuk berborak dengan anak-anak yatim ni. Sebab kadang kadang depa ni mental dia lagi kuat daripada kita tahu? Aku boleh lah jugak tahu pengalaman dorang and share dengan pengalaman aku jugak. Best jugak ni kalau join benda benda macam ni. Boleh bagi depa semua goodie bag yang ada  pelbagai jenis barangan daripada Mamee Double Decker Group. Mesti depa suka. Buka puasa dengan depa pon best jugak ni. :D




Aku tahu budak budak mesti suka punya jajan Mamee Monster ni. Sebab aku time kecik kecik dulu pon memang suka gila kot jajan ni. Bukan takat time kecik. Zaman zaman godang besar gedabak sekarang ni pon masih menikmati jajan Mamee Monster ni




Pihak Mamee Double Decker Group telah merialisasikan impian aku (ececececeh) untuk jumpa depa semua dekat


Rumah Nurul Qannah
No 34A/34B Jalan 10, Taman Batu,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan,



26th August, hari jumaat ni. Wehuuuuuuuuuu (loncat loncat) best best!!! Dapat jugak jumpa depa ni face to face nanti kan?


Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Mamee atas peluang ini!! Sebab aku memang dari dulu lagi nak buat benda ni tapi tak berkesempatan lagi. Btw, Thank you so much MAMEE!! =)


Ada sesiapa nak join aku tak pergi rumah anak-anak yatim ni?? Meh lerr join.



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar