Minggu, 28 Agustus 2011

Budak budak toncet yang comel iaitu The Smurfs


First and foremost, thanks NUFFNANG for the free ticket. Sila beri lagi di masa-masa akan datang :D



Semua jakun nak tangkap gambar dengan tiket SMURFS. Aku dapat dua tiket. Tanpa segan silu aku ajak ANNE untuk teman aku. ANNE pon tak ada hal. Best sikit ada geng





Then terserempak pulak dengan Tia dan Akmal Hilmi masa dekat food court. Makin bertambah geng dan makin HAVOC nampaknya. Bergegar KLCC tu kalau kitorang berborak agaknya.si AKMAL HILMI ada update jugak. KLIK SINI nak baca apa dia membebel






Bersama TIA yang gojes yang bakal menjadi retissss tak lama lagi. Kena baik awal-awal ni. Kang dia dah jadi retis senang nak dapat tiket free =p







Hari apa tah aku pi tengok premiere screening THE SMURFS ni. Aku lupa pulak. Aku bab bab hari ni memang sentiasa nyanyuk. Meh lah aku cerita sikit pasal THE SMURFS ni. Ada lah ahli sihir yang jahat nama GARGAMEL dok carik mushroom village sebab The Smurfs ni duduk situ. Ahli sihir ni nak cari peluh, air mata, rambut atau apa apa lah smurf ni punya sebab kalau dia ada menatang menatang tu power dia akan lebih kuat.



Nak dijadi kan cerita, GARGAMEL ni jumpa lah pulak mushroom village depa tu. Depa enam orang terpaksa lah lari selamatkan diri, Six Smurfs - Papa, Clumsy, Grouchy, Gutsy, Brainy and Smurfette. Depa lari punya lari termasuk dalam satu terowong air yang tetibaaaa jek depa sampai dekat New York City. Masuk dalam alam manusia lah kira ni



Dan GARGAMEL dan kucing nya pon masuk jugak dalam terowong air tu sebab dia memang menggelupur nak carik budak budak toncet Smurf ni semua. yang Smurfs tu lari punya lari, CLUMSY termasuk dalam kotak Patrick (Patrick nimanusia). Depa semua ni nak cari CLUMSY dalam kotak tu, SMURFS yang lain pon ikut lah Patrick tu balek rumah dan masuk dalam kotak.




CLUMSY tah larik pergi mana tah. Sebab anjing Patrick ni dok kacau dia. Dia lari sampai masuk toilet. Yang SMURFS yang lain dok dalam kotak tu sebab nak cari CLUMSY. Tetiba Patrick bukak lah kotak tu. dua dua menjerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" lepastu??? lepastu apa jadik???? haaaa. pi lah tengok sendiri. Lemak ah semua aku nak cerita . kehkeh



THE SMURFS yang comel.

Nama nama depa semua ikut character masing masing. Pastu depa ni semua perkataan nak guna "SMURF" contoh nak cakap "I LOVE YOU" depa suka hati je bedal cakap "I SMURF YOU". Macam macam lah perkataan yang depa semua nak tukar kepada "SMURF"






time ni depa baru masuk dunia manusia. so agak jakun




ni lah yang part "AAAAAAAAAAAAAA" tadi aku cerita dekat atas tu






GRACE. wife patrick. comel gila woo minah ni. perwatakan dia pon cute =)





Aku menyampah tengok GARGAMEL ni. dah lah huduh!




Pelakon-pelakon yang menjayakan THE SMURFS ni dan yang alih suara THE SMURFS


Filem ni sesuai lah untuk kanak-kanak. Budak-budak mesti suka lah tengok THE SMURFS ni. bagi aku, ok jugak cerita ni, sesuai ditonton oleh ahli keluarga. Cerita ni komedi ringan. Jalan cerita dia pon ringan. Nak santai-santai boleh lah tengok cerita ni. Tapi THE SMURFS ni sangat comel tahu? Apa-apa yang depa buat pon nampak comel! =)




Kalau rasa nak tengok tapi ragu-ragu. Cuba tengok trailer dulu











Comel kan budak-budak toncet warna biru yang gelarkan diri depa THE SMURFS ni kan??? Comel kan? kan? kan?






ok bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar