Rabu, 31 Agustus 2011

Misi mengumpulkan duit raya. kehkehkeh

 Mempersembahkan wajah  ibu aku, dan adik-adik aku di pagi raya. Warna-warni paddle pop betul depa ni. Kemain semangat tunjuk peace. Tengok peace ibu aku. Tak senonoh betul peace nya. peace ke hape tu??


Gambar aku next entry. First entry malas nak interframe. muahahaha.




 yayyyyyy! Duit raya yang telah dikumpul di pagi raya hari pertama. Ni baru pagi-pagi raya punya duit raya time salam-salam mintak maaf tu. Belum lagi keluar raya ni. Misi tahun ni ada lah berlakon seperti kanak-kanak ribena supaya dapat duit raya lebih daripada biasa







kuih cornflakes kegemaran

Aku suka bebeno kuih cornflakes ni. Tapi aku suka yang macam ni lah. just ada badam-badam sikit. Aku tak suka banyak sangat benda merapu macam ceri lah, kismis lah. Serious kalau aku nak makan pon aku buang ceri, kismis merapu semua tu. Buat cornflakes macam ni je sudah. Simple dan senang nak dimakan tak ada lah membazir. Kang kerja aku dok buang ceri, kismis je kan dah jadi kawan syaitannirajim sebab membazir. haaaa.


Kuih ni ada satu balang tinggi dekat rumah nenek aku. Dapat dekat aku. Orang tak datang rumah raya lagi, aku dah habis kan. Siapa suruh sedap sangat mende alah ni. Kan dah habis aku mencekik.



ok tu je lah. Aku nak kutip duit raya ni.Aku busy nak kutip duit raya ni tahu? Yang korang main-main internet raya-raya ni apahal??? Orang sibuk raya-raya ni pon nak update blog jugak ke? Bukan ada yang baca pon. Aku je syok sendiri menaip sensorang tapi ada aku kesah? muahahaha



selamat hari raya kawan-kawan!!!


ok bye!


Senin, 29 Agustus 2011

Yayyyy esok raya. Selamat hari Raya AidlilFitri semua!! =)




Dikesempatan ini aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa hati dengan entri aku, penulisan aku, gambar aku, video aku dan apa apa lah yang aku buat. yang aku pernah terlaser  di blog,twitter, or facebook ke. Pulak pulak time aku tengah hangin kan, semua kemain sedap je aku sembur. ayat tah pape yang bedal keluar. Dah tak ada filter dah time tu. Harap diampunkan.Mulut aku ni kadang kadang tak ada insurans sikit. Bukan kadang-kadang lah tak ada insurans. selalu jek laser macam tu. huahuahua




Yang nak balek kampung malam-malam raya ni. Sila pandu dengan berhemah. harap anda semua sampai ke destinasi yang mahu ditujukan. Pandu cermat jiwa selamat. Ingat lah orang-orang tersayang (bajet iklan raya Petronas)




Bagi budak budak hingusan macam aku, selamat kutip duit raya dengan jayanya pada tahun ini. Semoga duit raya tahun ini lebih banyak daripada tahun tahun lepas

Dok syok syok bedal ketupat rendang lemang bahulu semua tu. Jangan makin gendut sudah lah ye. Makan makan jugak tapi jangan sampai overload . Kang time puasa turun 8 kg, raya kang naik lapanbelas kg apa cer ni kang? *peringatan untuk diri sendiri*




Btw, Selamat Hari Raya Aildil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Mintak maaf banyak banyak kalau tersalah cakap, tersilap buat, terlaser sana sini , tergurau kasar, terpekik terlolong harap diampunkan.  =)



Selamat Hari Raya!!!! yayyyyyyyyyyyyyy esok raya!!!!!!! kepada abang-abang kacak dan kakak-kakak cantik yang baca entri ini sila pos duit raya dekat budak gonjeng ini. sekian terima kasih





ok bye!




Menu-menu di Hari Raya . Segmen berkecah di dapur

Yeahhh PART 1 dah settle. Tu kerja orang laki. Mari kita lihat kerja-kerja orang perempuan yang dibantu oleh ibu aku, maklong aku, dan cousin-cousin aku. Teraju utama dalam menjayakan menu-menu hari raya ini, opkos lah tak lain tak bukan nenek aku yang gojes cun melecun







kerja senang. potong-potong bawang




gunting daun kunyit.

Nenek aku dekat dapur dah siap dah dia punya kuah kacang dengan sambal ikan bilis. Tengok pon dah mejejer jejer air liur.Kuah kacang dengan sambal ikan bilis nenek aku jangan buat  main woo . Nenek aku letak dadah lah aku syak. Makan sekali mesti nak tambah 3 pinggan lagi. (mengikut pengalaman raya tahun-tahun lalu)






kuah kacang nenek aku terbaik woooo




Sambal ikan bilis yang umppphhhh

Tu benda-benda yang buat dalam rumah. Ni menu-menu yang masak dekat luar pulak







Rendang daging berempah yang tengah menggelegak




dah nak masak dah ni




rendang ayam nogoghi sembilan tengah menggelegak blup blup




tengah nak masak




ketupat-ketupat yang telah direbus




ini lah hasilnya ye tuan tuan dan puan puan




depa ni kita kasi gantung je. Dalam 150 jugak lah ketupat yang ada ni. kacak kacak betul ketupat ni semua

Dan mari kita lihat hasil rendang yang digodeh-godeh tadi






rendang daging berempah yang telah siap!! nyummmayhhhh!!




ni kegemaran aku ni. Rendang ayam nogoghi sembilan. Nenek aku yang buat. Serious terbaik dari ladang!


Semua ni nenek aku yang buat dan resipi dia. Yang lain lain tukang potong-potong bawang, kacau kacau rendang, tolong tangkapkan gambar <---- ni kerja aku la


eh tak sabar pulak nak raya aku rasa bila dah tengok ketupat tergantung bagai, rendang pon dah memanggil manggil dah suruh makan depa.Menggegarkan nafsu syahwat betul lah tengok  kuah kacang dan rendang ayam nenek aku ni. hehh.  Nasib baik aku still lagi berpuasa ni.



yayyyy esok rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Malam kang nak main meriam. kasi bom kampung orang sebelah. muahahaha *gelak setan


ok bye!

Minggu, 28 Agustus 2011

Di sebalik tabir persiapan Hari Raya Aidil Fitri 2011

Kemain persiapan hari raya pon ada di sebalik tabir bagai. Ingat ni filem ke hape?




Ketupat handmade




ketupat yang dianyam oleh ayah aku




kemain tekun buat kerja macam anak dara sunti tengah anyam ketupat





ketupat comel-comel by Ayah ku yang comel lote juga *ayahh duit raya kasi lebih sikit tahun ni dah puji comel lote dah ni. ehem






habiss lah kau ketupat. nak kasi kau kena rebus hidup-hidup. rasakan! RASAKAN kena rebus!




pak long aku dengan cik Safwan dok memotong daging ayam/daging





eh paklong dari tepi hensem macam dato' K kepunyaan Siti NurHaliza laaaaahhhh *ehem, harap pak long double-up bagi duit raya dua ratus untuk tahun ni. ehem ehem






mengeluarkan siput sedut dari plastik




berlumpur berlemuih habis siput sedut ni.

 Dah basuh siput sedut lebih kurang bagi hilang lumpur tu. Then buang pakai playar bontot siput  sedut ni baru senang nak sedut menatang ni. Kang kalau tak buang hujung dia, sampai esok pagi raya kau nyonyot nyonyot sedut memang tak keluar isi perut siput ni. Kejung lah kau di hari raya.Mulut pon herot herot muncung kang. Dah jadi satu kes pulak.




 Siput sedut menatang eksotik. Kalau nak masak kena campur dengan keladi baru kawwwww








nampak nya 3 ekor siput sedut cuba melarikan diri. Even dah kasi spanar bontot dia. Tapi siput sedut ni still hidup . degil bebeno lah kau ni siput. dah lama hidup?




Dua ekor siput yang cuba nak larikan diri. Hoiii mana kau nak lari siput hoiiii. Tapi lawa pulak gambar aku tangkap ni. Boleh lah buat walpaper desktop lepas ni. ehem


Yang pelik nya, mana pulak kaum-kaum wanita ni?? Tak buat kerja ke?? Membuta ke?? buat taik mata ke depa ni?? ouh kaum wanita punya cerita next entry pulak. entry ni saja je lah bagi kaum lelaki tunjuk skill masing masing.


kita berjumpa lagi di sebalik tabir persiapan hari raya Aidilfitri 2011 part 2. tu pon kalau aku rajin nak menaip. yang tanya kampung aku Johor dekat mana kat ENTRI INI. Kampung aku dekat Kluang dengan Segamat. Tapi sekarang ni dekat KLUANG :D





ok bye!

Budak budak toncet yang comel iaitu The Smurfs


First and foremost, thanks NUFFNANG for the free ticket. Sila beri lagi di masa-masa akan datang :D



Semua jakun nak tangkap gambar dengan tiket SMURFS. Aku dapat dua tiket. Tanpa segan silu aku ajak ANNE untuk teman aku. ANNE pon tak ada hal. Best sikit ada geng





Then terserempak pulak dengan Tia dan Akmal Hilmi masa dekat food court. Makin bertambah geng dan makin HAVOC nampaknya. Bergegar KLCC tu kalau kitorang berborak agaknya.si AKMAL HILMI ada update jugak. KLIK SINI nak baca apa dia membebel






Bersama TIA yang gojes yang bakal menjadi retissss tak lama lagi. Kena baik awal-awal ni. Kang dia dah jadi retis senang nak dapat tiket free =p







Hari apa tah aku pi tengok premiere screening THE SMURFS ni. Aku lupa pulak. Aku bab bab hari ni memang sentiasa nyanyuk. Meh lah aku cerita sikit pasal THE SMURFS ni. Ada lah ahli sihir yang jahat nama GARGAMEL dok carik mushroom village sebab The Smurfs ni duduk situ. Ahli sihir ni nak cari peluh, air mata, rambut atau apa apa lah smurf ni punya sebab kalau dia ada menatang menatang tu power dia akan lebih kuat.



Nak dijadi kan cerita, GARGAMEL ni jumpa lah pulak mushroom village depa tu. Depa enam orang terpaksa lah lari selamatkan diri, Six Smurfs - Papa, Clumsy, Grouchy, Gutsy, Brainy and Smurfette. Depa lari punya lari termasuk dalam satu terowong air yang tetibaaaa jek depa sampai dekat New York City. Masuk dalam alam manusia lah kira ni



Dan GARGAMEL dan kucing nya pon masuk jugak dalam terowong air tu sebab dia memang menggelupur nak carik budak budak toncet Smurf ni semua. yang Smurfs tu lari punya lari, CLUMSY termasuk dalam kotak Patrick (Patrick nimanusia). Depa semua ni nak cari CLUMSY dalam kotak tu, SMURFS yang lain pon ikut lah Patrick tu balek rumah dan masuk dalam kotak.




CLUMSY tah larik pergi mana tah. Sebab anjing Patrick ni dok kacau dia. Dia lari sampai masuk toilet. Yang SMURFS yang lain dok dalam kotak tu sebab nak cari CLUMSY. Tetiba Patrick bukak lah kotak tu. dua dua menjerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" lepastu??? lepastu apa jadik???? haaaa. pi lah tengok sendiri. Lemak ah semua aku nak cerita . kehkeh



THE SMURFS yang comel.

Nama nama depa semua ikut character masing masing. Pastu depa ni semua perkataan nak guna "SMURF" contoh nak cakap "I LOVE YOU" depa suka hati je bedal cakap "I SMURF YOU". Macam macam lah perkataan yang depa semua nak tukar kepada "SMURF"






time ni depa baru masuk dunia manusia. so agak jakun




ni lah yang part "AAAAAAAAAAAAAA" tadi aku cerita dekat atas tu






GRACE. wife patrick. comel gila woo minah ni. perwatakan dia pon cute =)





Aku menyampah tengok GARGAMEL ni. dah lah huduh!




Pelakon-pelakon yang menjayakan THE SMURFS ni dan yang alih suara THE SMURFS


Filem ni sesuai lah untuk kanak-kanak. Budak-budak mesti suka lah tengok THE SMURFS ni. bagi aku, ok jugak cerita ni, sesuai ditonton oleh ahli keluarga. Cerita ni komedi ringan. Jalan cerita dia pon ringan. Nak santai-santai boleh lah tengok cerita ni. Tapi THE SMURFS ni sangat comel tahu? Apa-apa yang depa buat pon nampak comel! =)




Kalau rasa nak tengok tapi ragu-ragu. Cuba tengok trailer dulu











Comel kan budak-budak toncet warna biru yang gelarkan diri depa THE SMURFS ni kan??? Comel kan? kan? kan?






ok bye!


Wuhuuuuu dah sampai kampung tercinta!! :D


Alhamdulillah. Selamat jugak aku sampai dekat kampung aku dekat Johor. Ada siapa siapa kampung dekat Johor?? Mehhh seppp meh! :D



Timing nak sampai kampung, haruslah nak dekat-dekat buka. baru lah AFDHAL katanya. Dekat Johor ni buka awal berbanding dekat KL/Selangor. Dekat sini 7.14pm dah selamat dah berbuka. Dekat sini dah habes buka, nak solat maghrib dah, kalau aku dekat KL baru terhegeh hegeh nak bukak beg plastik makanan


Sampai sampai cousin aku tengah buat sandwich. Aku memang rajin bab bab tolong ni. Tapi tolong ambek gambar lah aku rajin. Tolong rasa kang batal pulak puasa aku karang.Meh aku ajar sikit cara cara nak buat sandwich dari apa yang aku tengok cousin aku campak-campak bahan dalam mangkuk ni lah.




Mula mula, potong lobak dengan timun. Potong dadu kecik kecik. Nak potong besar bersar pon suka hati lah. Jangan timun besar gedabak tu kau tak potong potong sudah lah. Dah potong, rebus semua. Then rebus telur pulak. pastu letak geram secukup rasa. Garam sikit je. jangan banyak sangat. Kang kencing masin kau karang. Ni nak raya dah ni



Hancur-hancurkan dan stone cold depa semua dalam satu mangkuk bagi sebati




Letak kan mayonis secukup rasa.




Gaulkan dan taraaaaaaaaaaaaa! siap dah. Pastu boleh selet-selet atas roti. Buka puasa pon makan sandwich. Barat sangat depa ni. Jom kita lihat calon-calon makanan lain pulak



Ketupat palas dan nasi impit





Aku dok sedap ambik gamba. Sekali nampak muka kau tennnn. Sian kau tennn, nenek aku letak suratkhabar ada muka kau ni buat alas meja je tennn. muahahahaha.Takpe ten. kang aku kemas balek. aku frame kan gambar kau dekat dinding bilik nenek aku ni ea :D




Sup tulang



Asam pedas nenek aku yang terbaik dari ladang!



Tempe weiiiiiiiiiiiiii. perghh kegemaran aku ni. 




Cempedak goreng kesukaan semua orang



ni lah jadik sandwich tadi tu.menjejer jejer lah depa ni buat kerja




Sambal goreng. Aku suka jugak mende alah ni sebab ada tempe!





Tengok pinggan aku. Aku punya pakcik dah pelik-pelik dah aku makan cempedak goreng dengan nasi. ahh pedulik hape lah aku pelik ke hape ke. Sedap woo makan cempedak goreng dengan nasi. Memang terbaik dari dalang kelapa sawit wa cakap lu! ce tryyy makan. ce tryyyy testtt.



Banyak betul kuih nenek aku ni. Ni baru sikit. Yang dalam ghobok ada lagi ni. Kemain sakan nak raya ni




Nak tunggu esok ni. Esok best sikit. Nenek aku nak buat kuah kacang, rendang ayam, lontong dan tah hape lagi lah nenek aku tu. perghhhh. Memang semangat waja aku nak tolong esok ni. tapi tolong amek gamba je lah. kehkeh. Mahu aku kena pelangkung dengan nenek aku ni karang sok ni. Orang sibuk buat kerja, aku sibuk amek gambo. ahh ghasak lah.





Debaran untuk kutip duit raya semakin dekat. dup dappp dup dapppp dup dapp kebabomm *bunyi jantung berdegup nervous nak kutip duit raya tahun ni. harap lebih lumayan dari biasa.



ok bye!