Jumat, 25 November 2011

Pantang larang orang tua-tua dulu




@Jangan makan ubah-ubah tempat. Nanti kahwin banyak.



Perghhh. Best betul dapat kahwin banyak-banyak hanya dengan makan tempat lain-lain. Ni kalau lelaki suka la ni. Boleh cukupkan kuota katanya. WALAUPUNNNN


Maksud tersirat: Nanti makan banyak banyak tempat. Kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup nak kutip sebutir-sebutir nasi yang jatuh tu. Takut makan bersepah sebenarnya




@Jangan menyanyi dekat dapur. Nanti dapat laki tua.




Maksud tersirat: Dah asyik sangat goyang garuda nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak ikan kembung ke apa. Tak ke hangus rentung masakan di masak tu. Sebab asyikkk bebeno menyanyi. Ikan hangus pon kau tak perasan. Letak garam pon mahu seguni sebab ralit sangat menyanyi habis semua kencing masin makan makanan kau




@Jangan main dekat luar time senja. Nanti ada momok.


Eleeeeeeehhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu ye la aku cuak jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pon. Panggil MOMOK ni lagi cute sikit daripada panggil HANTU. Panggil hantu nampak macam seriau sikit



Maksud tersirat: Time time senja. Masuk la rumah. Syaitan banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik dok dalam rumah diam-diam. Lagi pon dah nak Maghrib. Depa suruh solat Maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak,galah panjang atau polis sentri dekat luar




@Jangan potong kuku waktu malam,nanti mak ayah meniggal kita tak sempat jumpa


Benda ni menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolah pon rela kena denda sebab kuku panjang. Sebab takut mak ayah meninggal tak sempat jumpa. Takut nak potong kuku time malam. Petang tak sempat nak potong sebab dok main galah panjang hari-hari dekat luar masa lepas sekolah. Kalau bagi alasan macam ni. Memang free-free kena pelempang dengan cikgu disiplin




Maksud tersirat: sebenarnya zaman-zaman dulu diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke hape. (over tau sampai terbakar) Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. So kalau tak nampak boleh luka kan kuku.



@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.


haaa yang ni aku tak tahu apa maksud tersirat dia. Kenapa tangan kudung ke hape. Ada sesiapa tahu?



@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul.


Tapi best sebenarnya duduk atas bantal ni. Empuk dan best. (eh cam selalu buat je. Tahu pulak empuk dan best)



Maksud tersirat: Tak elok lah kan benda yang kita letak dekat kepala dipunggungkan. Kot lah terkentut ke hape atas bantal tu. Kita pon elok je sedap krohh krohh tidur atas bantal tu.



@Time baring, jangan meniarap angkat ke dua-dua kaki naik ke atas. Nanti mak ayah cepat meninggal


Maksud tersirat: Aku rasa sebab nampak tak sopan kot pose mende alah ni. Lagi-lagi perempuan kan yang buat. Nampak cam kwanghajar lah pulak kan. Tapi aku TER buat jugak kadang-kadang. TER ok. Bukan sengaja pon. Lepas tu selalu kena piat telinga dengan mak aku. muahahahaa











HOT tak granny granny di atas??. Ini siapa punya kerja lah ni menjahanamkan gambar ni




Tapi ada satu pantang larang orang tua yang paling lah aku pelik-pelik-pelik-pelik-pelik- pelik sangat-sangat









@Jangan tangkap gambar 3 orang. Nanti salah seorang yang dalam gambar akan mati!


Yang tangkap gambar 3 orang ni sampai sekarang aku tak faham apa relevan nya. Ke korang tahu sebab apa tak boleh tangkap gambar 3 orang dalam satu gambar?




Ini je lah yang aku selalu dengar. Ada lagi tapi aku tiba tiba lupa pulak. Banyak betul "jangan" orang dulu-dulu ni kan.? Macam ni lah orang dulu-dulu nak educate anak-anak. Lebih smooth walaupun bila dah besar godang ni kita tahu ni semuanya kelentong. PROPA tau depa ni tapi dulu aku percaya bulat-bulat jugak sampai takut nak nyanyi dekat dapur sebab takut dapat laki tua. Tua yang depa maksudkan bukan tua 2-3 tahun or 4-5 tahun dengan kita. Tapi tua yang jenis memang tua gila. muahaha. But sebenarnya depa nak jadikan kita ni anak-anak yang sopan dan tak kwanghajar. Kan budi bahasa itu budaya kita? ecehhh



Korang pernah dengar yang selain daripada ini tak??? Apa lagi ea orang tua-tua selalu kata?? =)




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar