Rabu, 16 November 2011

Coke dan Coca-Cola adalah benda yang sama =p

Apa-apa hal pon layan dulu video pasal Coca-Cola aka Coke ni











Bila tengok video ni, rasa macam best pulak lagu dalam video ni. Rupa-rupanya Tomok yang nyanyi. Hye Tomok! (tetiba hye dekat Tomok kenapa pulak)


Dan agak jakun, rupa-rupanya ada bangunan Coke yang bercahaya dekat PWTC. Eh sejak bila? Aku pon baru tahu sebab jarang lalu PWTC time malam-malam.


Disebabkan aku baik hari ni, aku nak buat mini contest. Contest ni mudah je.Tak payah buat entry, tak payah susah-susah nak link kan aku ke apa. Cuma KOMEN ENTRI INI SAHAJA untuk menang! Ye KOMEN je. Soalan nya berbunyik. *ehem ehem ehem*


Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)


*bajet macam soalan SPM*


 Komen anda haruslah kurang daripada 100 perkataan.Komen yang paling best akan menang!! Bukan ada satu je pemenang. Aku memerlukan 2 orang pemenang. 2 orang pemenang akan dapat limited edition heritage bottle set!!!


Oh! Inilah botol nya. Eh tak berapa nampak pulak.



Haaa camni lah. Tak nampak sangat? Nak lagi jelas??




Macam ni lah rupa nya




BUKA COCA-COLA BUKALAH SEMANGAT!! Tapi jangan pergi bukak benda lain pulak. Tu cari nahas namanya. teeeeeettttttttttt



Berbalik pada soalan tadi.








Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)



Kot lah time birthday ada orang hadiahkan kau Coke lapan dozen ke sampai kau terharu nak menangis.Ada kenangan dengan member ke. Apa-apa lah kenangan kau. Ce citeee ce citeee.  :D



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar