Kamis, 24 November 2011

Siapa nak tiket bola MALAYSIA VS BAHRAIN???



Cakap banyak pon tak guna, tendang pon tak kena. Straight to the point, siapa nak tiket bola Malaysia Vs Bahrain?? Ahad ini, 27th November 2011 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil,  8.45 malam.




Aku mencari 2 orang readers untuk menang tiket ni. Sorang dapat 2 tiket. Sorang dapat sepasang lah kira. 4 tiket ni aku nak let go. Simple je. Tak payah buat entry, tak payah link back aku, tak payah letak banner bagai. Just komen entri ni je. Soalan nya berbunyi



"Sebutkan salah seorang skuad Harimau Muda yang anda suka? Berikan sebab kenapa anda suka dekat dia?"


Skuad Harimau Muda je eh, sebab nanti kau tengok ni pon Harimau Muda yang nak lawan. Tak kesah lah Fakri ke, Khairul Fahmi ke, Nazmi Faiz ke, Fandi ke. Bagi reason kenapa korang minat dia.


Tinggalkan emel jugak sebab senang aku nak contact. Pastikan emel yang aktif ok! Kalau betul-betul korang nak pergi dan BOLEH pergi je sila komen. Kalau rasa-rasa tak boleh pergi, tak payah komen sebab kesian dekat orang yang betul-betul nak pergi tapi tak dapat.


Btw, thanks SAMSUNG and Nuffnang for the tickets! =)


Siapa nak pergi, boleh komen dan tinggalkan emel anda!!


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar