Rabu, 02 November 2011

Alamak ...... TOYOL !!

 Semalam aku pergi premiere screening Alamak Toyol. Dekat MBO Subang Parade. Selalu aku pergi event mana-mana, si SS tu tangkap kan gambar. Semalam dia tak ada pulak. Tergagau jugak lah aku. Aku ni buta dslr sikit. Gambar semua meraban-raban je aku amek semalam dan tak banyak. Reti sangat lah pulak aku nak guna natang dslr ni. Dah ah kena guna manual. Auto focus pulak rosak.



 Sebab aku rasa wartawan GALAKSI ni cute. Asal dia tengah interview artis je aku snap. Ni dia tengah interview Along



 Dengan David Teo pulak. Bukan janjii tapi pastiiiiiiiiiiiii. Cuba la korang tengok GALAKSI. kot kot ada tersesat muka aku ke hape. tapi memang tak ah kan. Retis sangat lah aku kan sampai nak masuk tv



Sebab aku lagi syok makan. Perghhh terbaik betul makanan yang ada time ni. Nasi goreng kampung tak menahan, sampai termimpi-mimpi nasi goreng kampung tu punya kesedapan. Sandwich pon sedap. Ni aku suka pergi pratonton MIG ni. Memang save duit aku. Mencekik dekat situ je dah kenyang. Staff MIG pon friendly gila. Lagi ah best







Aku sebenarnya penat time ni, entah macam mana bila tengok filem ni aku boleh tertidur. Filem ni kelakar. Satu panggung gelak terbahak cam orang gila. Tapi aku boleh sedap pulak buat taik mata. Sebab aku tertidur, aku tak dapat full gambaran cerita ni. So aku cilok review Ujang lah ye



=============


Filem ini merupakan percubaan pertama yang menjadikan Along Raja lawak dan Angah Raja Lawak menjadi watak utama..(memang menjadi)

Selain itu lakonan adik afiq dan juga Adeline Tsen tidak mengecewakan..hehe

Review Filem

- Filem ini lain dari yang lain kerana BOB berjaya membuatkan TOYOL yang kita anggap sebelum ini mengerikan tetapi diubah menjadi comel bak kata along ini bukun toyol ini tolol..hehe

- Filem ini sesuai untuk tontonan umum kerana tiada aksi seram yang di tampilkan kecuali permulaan sahaja seperti video di atas..

- Kekuatan filem ini selain dari Along dan Angah ialah kehadiran pelakon veteran iaitu Harmid Gurga yang bagi gua memang lawak gila..!!! trade mark ayat dia dalam filem ini ialah "BONGOK..!!!" hahahaha

- Bagi gua gandingan Along dan Angah memang sangat sesuai dan memang lawak gila terutama ALONG..!!, Dari borak gua dengan along semalam, katanya skrip yang dia buat nampak lebih spontan tetapi tetap dikawal oleh bob,terbaik kau ALONG.

- Satu kekurang yang ada dalam filem ini yang agak tidak menjadi lawaknya bila scene TOYOL joget sambil layan musik di rumah yang dirompak., scene itu kurang menjadi lawaknya tetapi yang lain tetap OK...

- Jalan cerita alamak toyol juga ringan dan memang boleh untuk menghilangkan tension, aksi penyayang ANGAH terhadap toyol dan aksi menyampah ALONG dengan toyol memang best lawak dia..



Nak tahu siapa tuan punya TOYOL selama-lamanya..???

Saksikan Filem ALAMAK TOYOL dipawagam pada 3 November 2011



============



Korang boleh lah tengok filem ALAMAK TOYOL ni. Esok keluar dah. 3 November 2011. Yang best nya pergi premiere MIG ni. sebab dapat popcorn. Bila aku terdengar orang gelak kuat gila. Aku terjaga, pastu makan popcorn, disebab kan aku penat gila, aku tertidur balek. Pastu aku dengar lagi orang gelak. Aku bangun balek makan popcorn. Kerusi sebelah ada 3 kosong. Semua ada popcorn dekat kerusi. Sampai popcorn kerusi sebelah pon aku curik bedal jugak. Siapa yang TOYOL sebenarnya ni??












Yang benar,
TOYOL popcorn



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar