Minggu, 20 November 2011

Demam BOLA

Tahukah anda malam ni FINAL Malaysia menentang Indonesia di Sukan SEA??? Dulu aku ni tak ada lah minat sangat bola-bola ni. Pedulik hape lah aku kan yang korang nak gila-gila sampai mati kejar bola bergolek yang satu tu buat apa kan? Lepastu dah kalah, maki-maki, sampai bakar bendera negara Malaysia. Eh negara mana yang buat tebiat macam ni nih? tetttttttttttt




Semenjak si SS ajak aku tengok bola dekat stadium haritu. Ada aku cerita dekat ENTRI INI. Tetiba aku pon tak faham kenapa aku boleh minat pulak dekat bola ni. Padahal dulu kemain kutuk orang yang suka tengok bola. Tu lah cakap orang-orang lama, jangan benci-benci,jangan kutuk-kutuk, nanti satu hari dah sayang baru tahu. (ada dua maksud. kuikuikui)




Tapi aku tengok bola ni kalau Malaysia lawan je lah. Pulak-pulak ada sukan SEA sekarang ni pulak kan dekat tv. Hari-hari dok layan Astro ARENA. Lagi best dari layan blog. :D



Ni aku nak cerita ni, masa Indonesia lawan Malaysia yang kita menang 1-0 haritu tu, macam bengang lak dekat pengadil yang bagi kad kuning dekat Baddrol Bakhtiar tu. Tah apa-apa. Bukan kena apa-apa pon. Lepastu masa Ong Kim Swee diarah keluar tu. Lagi tah pape, lepastu kena gantung satu perlawanan pulak. Kesian dia kena tengok dari atas je. Keputusan pengadil banyak berat sebelah. Masa Syahrul Azwari (eh betul ke nama dia ni?) kena tackle, tak ada pulak pengadil nak bagi kad kuning pon dekat player Indonesia. Nasib baik aku tak ada dekat situ, mahu aku sumbat bola dalam mulut pengadil tu.




Masa semi-final. Malaysia lawan Myanmar. Seram-seram jugak, takut Myanmar menang sebab player Myanmar main agak laju jugak. Nasib baik awal-awal dah dapat satu gol!! Tak sia-sia aku jadi pom-pom girl tidak dibayar dekat depan tv. Sakit tekak dok jerit tengok orang main bola ni wooo. Dia punya semangat nak menang tu lain macam. Serious emosi tengok bola ni. Kalau pergi stadium, lagi stress. Brader-brader yang tengok bola, dia punya emosi mengalah kan perempuan normal datang bulan pulak aku tengok. Tapi tak apalah semangat tu yang penting kehkeh



Dan aku berharap untuk malam ni MALAYSIA MENANG!! Tak kira lah jadi apa-apa pon, depa nak main kotor ke, pengadil berat sebelah ke, berat tepi ke, berat badan ke. Harap-harap skuad Harimau Muda kita ni menang! 1-0 pon jadik lah. Janji menang!! Teruskan perjuangan anda wahai pemain-pemain bola Malaysia dan pertahankan MARUAH NEGARA kita!! yeahhh!! (aku pulak yang over tetiba pulak kan)







Sesiapa nak tengok MALAYSIA vs SYRIA ataupun MALAYSIA vs BAHRAIN, boleh lah KLIK SINI. Kot-kot ada rezeki nak menang :D





Akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara. MALAYSIA BOLEH!!!!! OK. Kita kembali ke sri pentas. Sekian terima kasehhhhhhhhhhhhhh *gaya Alleycats*



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar