Jumat, 04 November 2011

Mata yang kita ada ni jaga lah elok-elok. Kalau rosak, celah mana nak cari mata baru?

Haritu mata aku tetiba rasa macam something, ada rasa tak selesa sikit. Tah apahal pulak tah. Aku pon pergi eye test. Saja lah nak cek mata aku ni. Macam-macam benda orang tu cek dekat mata aku ni. Tapi Alhamdulillah, ok lah mata aku sebab aku risau jugak ada jadi benda apa-apa ke dekat mata aku sebab aku memang pakai contact lens pon. Kalau pakai contact lens ni , mata kena jaga elok-elok dan bersihkan lens betul-betul. Kalau pakai spek mata, ok je cuma aku yang malas nak pakai spek sebab rimas.




Power aku 225 je. Tak tinggi sangat . Ada sekali tu aku dah lambat pergi kelas, lupa pulak nak pakai lens. Serious tak paham apa bijik butir lecturer tulis dekat depan sebab tak nampak.Memang nganga je lah aku haritu. Dah nganga nganga, baik aku tidur jek terus.




Lecturer mengajar dekat depan, aku buat taik mata dekat belakang. Cantikkkkk. Mahu lecturer baling marker pen. Memang mahu marker pen masuk dalam lubang hidung karang.   Kalau pergi kelas, or keluar jalan-jalan memang kena pakai lens lah even power tak tinggi pon sebab kang aku tak nampak. Mahu teraba-raba orang kang bila jalan. Tak pepasal makan penampar




Salah satu lens yang aku pakai adalah from ACUVUE. Ni colourless. Korang kalau nak beli lens hati-hati ye. Sebab takut ada effect dekat mata. Lagi-lagi kalau beli online. Bahaya woo kalau salah beli. Kot tetiba mata kau ada kesan ke, tetiba gatal, tetiba merah, tetiba bengkak ke. Nak claim pon macam mana kalau dah beli dekat internet?? Pulak-pulak kalau korang tak tahu pon korang beli dengan siapa. Silap-silap boleh buta mata tau salah pakai lens. Jangan main-main.




ACUVUE® ADVANCE® PLUS



Kalau colourless lenses ni kadang-kadang bila pakai senang pakai terbalik. Kalau pakai yang ada warna senang sikit, sebab senang nak tahu mana depan mana belakang. Tapi jangan risau, nak tahu mana yang depan mana belakang senang je. Kalau korang letak lens tu dekat hujung jari, kalau dia jadi melengkung macam mangkuk ni. Haaa ni betul lah ni.Tapi kalau dia jadi macam mangkuk terkeluar tu, tu terbalik ye. Jangan pi pakai lak. Kang mata gatal. Sibuk pulak dok garuk kang. Tak pepasal mata merah.




Masa aku pergi eye test tu, orang tu cakap solution lens yang paling bagus adalah jenama dari SOLO CARE. Yang pek warna hijau tu. Solution pon korang jangan beli sembarangan ye. Nanti effect dekat lens. Bila nak bukak lens,gosok lens betul-betul. Gosok lens pon ada cara dia. Jangan main tonyoh tengah-tengah lens tu tapi bersihkan dari dalam lens ke luar. Then baru masuk kan dalam casing.






Tapi tu lah aku nak bagi tahu, nak beli lens, jangan main beli sembarangan lens, karang rosak mata. Mata kita ni ada sepasang ni je time kita hidup. So jaga lah mata elok-elok. Kang mata dah rosak, mana nak cari ganti mata baru??? Bahaya kalau beli lens yang bukan-bukan sebab ada kes yang kena kanser mata tahu??? Aku dengar KANSER MATA pon aku pulak yang seram sejuk.




Sebab sekarang dah macam-macam lens orang jual online dengan harga yang sangat murah.  Jaga lah mata kita elok-elok. Pilih lens yang betul kalau nak pakai contact lens. Jaga kebersihan. So far lens ACUVUE® ADVANCE® PLUS ni sangat selesa dekat mata aku. Selalu aku ada bowling tournament memang aku jarang nak pakai spek, sah-sah lah aku pakai lens ni. Kalau tak dapat strike pon, spare tu wajib. Mata kena sharp tengok arrow. Baru lah bola bowling tak ke longkang je manjang. Sebab tu aku selalu menang kalau ada tournament bowling . muahahaha riak pulak tetiba . Kesimpulannya pilih lah ACUVUE lens nescaya anda tidak menyesal dan lebih menghargai mata anda =)




Korang pon boleh dapat FREE TRIAL LENSES dekat SINI dan boleh join ACUVUE® Break Free Challenge. Mana tahu kalau ada rezeki menang boleh buat iklan komersial dekat HK!



Nak try contact lense FREE (click HERE!) YE. Memang FREE! Register je situ dan korang boleh dapat lens FREE! =)



Ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar