Kamis, 24 November 2011

First time aku main softball dekat Batting Cage @ One Utama

Dulu masa kecik-kecik aku suka main rounders. Bila petang balek sekolah je, cepat-cepat tukar baju main rounders dekat padang. Nak tentukan geng, lat tali lat tali tamplom je. Selalu pakat awal-awal dengan budak-budak yang terror supaya dapat satu geng. Tapi kitorang main tak ada pon pakai bat. Jumpa je mana-mana kayu, kitorang bedal je jadikan kayu tu bat kitorang.



Hari tu pergi One Utama dengan si gendut ni. Lepas makan rasa macam nak bagi kurus balek. Nak bakar lemak. (konon nya lah) Nak tengok wayang bosan pulak,asyik tengok wayang je. Apa kata kita main softball pulak. Adik-beradik rounders jugak tu. Mula-mula aku ingat si gendut ni menipu , dia kata ada Batting Cage dekat One Utama ni, puas lah dok carik satu OU. Penat ok. Ke hulu ke hilir turun naik tangga. Akhirnya, nasib baik jumpa jugak menatang ni punya tempat





Kalau first time main, nanti ada brader datang ajar. Kalau tak reti main pon jangan risau. Pukul je lah bola tu bila datang. Apa susah






Brader ni rileks je main. Banyak jugak bola dia pukul. Tapi tak ada lah terror sangat pon. Ada jugak yang miss. Sempat pulak aku usha dia main





Si gendut dengan bat nya.  Ececececeh kengkonon terror lettewwww



Gaya je lebih. Pukul tah kemana-mana jugak. Sama je macam aku main. Tapi dia terror sikit lah. Tak banyak. sikit je. Tu pon nasib je tu aku rasa kalau dia dapat pukul bola




Natang ni ada dua. Satu softball, satu baseball. Kitorang main yang softball. Natang biru ni pulak tempat menetukan kelajuan bola. Brader yang mula-mula ajar kitorang tu suruh aku guna yang "softball slow" tu sebab dia kata aku perempuan. Tapi bola dia punya lah slow gila. Slow sangat, kura-kura lagi laju. Aku up sikit naik yang 40 MPH.






Kengkonon terror letteww. Tapi harammm . Laju mana pon bola. Aku je yang terbang, bola nya tak kena-kena jugak. Menyampah




Susah jugak nak pukul ni. First time pukul guna bat. Sepatutnya kaki dalam kotak tu je. Biasa lah aku kan over. Nak jugak lepas kaki dari kotak tu. Kengkonon terror. Sekali elok je bola tu landing menuju dekat badan aku. Aku elak, sekali pappppppp . Elok je bola tu landing kena dekat tangan aku pulak. Terloncat aku. Terkejut + sakit wooo. Lebam tangan aku. Dah lah aku tukar speed dia time tu. Tu lah orang suruh main yang slow tu, berlagak pergi lajukan speed. Kan dah lebam tangan. Padan muka aku.





Haaa sepatutnya kaki dalam kotak ni je. Nasib baik lah dia ni terror sikit dari aku. Alaahh boleh cerita lah. Tangan aku dah lebam kena bola. Cuba tak lebam, mahu aku riak tak habis-habis depan dia ni yang aku bekas pemain softball.





Bagi aku, nak main natang ni, tak ada lah mahal sangat. RM15 untuk 5 token. Satu token boleh belasah 15 bijik bola. Kalau pakai student card dapat lah rm15. Kalau tak, rm20. Kalau nak main suka-suka syok jugak lah. Main sekejap pon dah berlecak ketiak ok. Peluh jantan habis semua keluar





Kengkonon gangster lettewww nak tumbuk-tumbuk?





Yang benar,

Bekas (tupperware) pemain baseball yang diterbangkan khas dari Zimbabwe



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar