Senin, 14 November 2011

KLEBANG bukan gebang

Haritu aku pergi hantar adik aku dekat UTeM, Melaka. Ada warga UTeM dekat sini?? Selalunya aku malas nak ikut hantar adik aku ni, tapi TER tajin pulak, ikut je lah kan. Aku je yang selamat. Dari sekolah, matrik, universiti semua dekat area Selangor dengan KL je.So nak hantar pon tak ada lah jauh sangat kan? Adik aku ni sesat lak dekat Melaka. Jangan adik aku yang bongsu tu ke Sabah/Sarawak sudah. Tapi bagus jugak, boleh naik kapal terbang. :D



Ibu aku dengan adik aku. Jangan tanya lah kan mana datang penyakit suka bergamba aku ni. Penyakit keturunan barangkali



Penyakit keturunan suka bergambo sudah menurun :D


Tidur satu malam dekat Holiday Inn, Melaka. Dekat jugak lah dengan Dataran Pahlawan tu.




2 jam je FREE. Lepastu kena caj sejam rm6



Dekat bantal depa ada siap tag "soft" dengan "firm". Aku ingat natang tag tag ni memain hanya hiasan je. Rupa-rupanya yang soft tu memang lembut gila bantal tu. Yang "firm" tu aku tak suka. Sebab bila landing kepala, bila kita bangun, elok je berlekuk ikut bentuk kepala. Lepas tu kalau press je bantal tu, dia terus tukar bentuk sepertimana kita press. Walaupun nampak cam canggih tapi aku tak berapa nak berkenan sebab tak berapa best. Tapi nyenyak jugak aku tidur malam tu guna bantal ni. hehh



Ni adik aku yang bongsu punya tebiat. Dia ni memang ada satu tebiat. Kalau pergi mana-mana hotel, kalau jumpa note ni, mesti dia akan tulis suasana hotel tu macam mana. Line bawah paling tak boleh blah. Pekerja lelaki hensem???



Tapi memang hensem pon. Muka iras-iras Galang yang Randy Pangalia tu


Randy Pangalia aka Galang


Lebih kurang macam ni ah muka pekerja lelaki dekat situ. Tapi tak sempat pulak nak tangkap gambar Galang palsu itu


Di keesokan hari nya, pergi KLEBANG. Aku terkebil-kebil je bila dengar nama KLEBANG ni. Orang Melaka tahu lah kot KLEBANG ni dekat mana. Pergi Klebang ni sebab nak rasa coconut shake. Orang kata coconut shake dekat sini terbaik. Terbaik sangat ke kan? Apa kata kita rasa.


Punya lah semangat waja nak cari coconut shake, last last menonong sampai ke mana tah. Terlepas lah pulak. Ramai pulak yang jual mende-mende alah ni. Ibu aku pulak nampak kuih piring. Apa lagi, berhenti lah kejap


Nak apa? Belacan? Cencalok? Ikan Masin? Semua ada


Ibu aku rambang mata nak pilih apa. Semua murah gila.



Hasil rembatan jajan-jajan. Uihhh dah lama aku tak makan mende alah ni semua. Lagi-lagi kuih piring tu. Sedap tahu?? Makan pon kunggg krappp kunggg krappp je layan



Sebab susah nak carik mende alah ni area Selangor/KL , kita rembat lah banyak-banyak. Sepaket RM1 pulak. Memang tak disia-sia kan lah peluang ini untuk bawak balek rumah sebanyak lapanbelas paket



Sebab dah sesat, tanya lah orang-orang situ, dekat mana coconut shake yang terbaik tu. Rupa-rupanya dekat sebelah CALTEX. Kalau nampak CALTEX tu, betul lah tu tempat ni. Sebelah je



Banner punya besar sampai 3 bijik. Boleh pulak sorang pon tak perasan. Depa tak jual coconut shake je, ada lah jugak makanan sampingan. Tapi signature depa, coconut shake lah




Karipap Sardin/ kentang. 3 seringgit. Boleh lahhh rasa dia



Mee/mihun/nasi lemak. Sebungkus RM1.20. Ni pon boleh lahhhhh rasa dia. Tak ada lah sedap sangat. Tak ada lah tak sedap sangat. So so je. Tapi masih boleh diterima tekak



Ibu aku jadi model coconut shake kejap. Haaaaa yang coconut shake ni memang terbaik dari kebun!! Yang tengah-tengah tu coconut shake biasa, kiri kanan coconut shake special. Yang biasa rm1.80, yang special rm2.00. Murah gila kan?? Baik beli yang special, beza doploh sen je. Pastu ada aiskrim lagi. Terbaik!


Sedap wehhh. RM2 je. Kalau dekat KL celah mana kau nak dapat coconut shake rm2 kan?




Siap bungkus lagi. Tapi kalau nak bungkus pon beratur ok. Ramai pulak yang bungkus mende alah ni. Kena mempunyai kesabaran yang tinggi lah kalau nak bungkus coconut shake ni bawak balek rumah. Minum mende ni time panas-panas lagi syokkk. Layan je masuk anak tekak



Sebab tak sabar, dalam kereta sebelum sampai rumah pon dah bukak kuih piring ni. Habis bersepah kereta berhabuk kuih piring



Jakun



Ibu aku lagi best, satu paket tu terus dia habis kan dalam kereta. Di sebab kan dia buat sepah dekat depan. Kita pon boleh lah buat sepah dekat belakang pulak. Yeahhhhh best. Tapi dah sampai rumah, kena kemas habuk-habuk bersepah tu balik. ouhhh tak bestttt =,=





MOOD: Nak melantak kuih piring lagi sepaket.




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar