Selasa, 08 November 2011

Apa masalahnya dengan lirik lagu melayu?




Aku selalu tengok video MatLuthfi. Tapi ni antara video dia yang 'berani' lah bagi aku. Sesiapa peminat lagu

@ KRU- 3 kata
@ Forteen - Berdua bersatu
@ Sofaz - Terasa di Syurga
@ Alif Satar - Lelaki seperti Aku

Kepada peminat-peminat lagu di atas, sila jangan butthurt selepas tengok video ini


Dia kupaskan pasal lirik lagu melayu yang hiperbola sangat nak tunjuk kan rasa cinta. Aku agak setuju jugak lah sebab kadang-kadang lirik lagu melayu sekarang agak mengarut. Macam si MatLuthfi ni cakap lah "sebenarnya ada beza antara pengorbanan dan kebodohan, seriously" yang part ni memang betul pon


Actually, lirik lagu dalam sesebuah lagu ni memainkan peranan penting kottt. Cuba tengok lagu Lady Gaga



"Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)"


 " Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Kita dengar lagu Lady Gaga ni catchy je kan? best je kepala dok layan kan? Tapi dalam video klip dia gagah dok puja-puja dan menyeru syaitan. Lagu Lady Gaga ni lagi tak boleh pakai. Siapa-siapa yang buat ringtone lagu Lady Gaga, hentikanlah. Sila lah remove lagu-lagu dia dalam henpon engko


Lagu indonesia lagi hampeh lirik dia aku rasa berbanding dengan lagu melayu. Naik muak aku dengar lagu Indonesia ni, banyak sangat dekat corong-corong radio Malaysia. Ingat lagi lagu Irwansyah, Ku tunggu jandamu??

"Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Sakit aku cinta padamu
Kau janda pun aku mau"

Kau kenapaaaa nak tunggu tunggu janda orang?? perempuan bersepah lagi dekat luar. Pergi lah ngorat.


Lagi satu, lagu Rossa, Ku Menunggu


"ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu"


Lagi tak boleh blah, nak tunggu orang putus pulak dah.



Tapi tak semua lagu melayu, lagu Indonesia, lagu inggeris yang merepek. Ada sesetengah lagu je. Kalau nak diikutkan yang peminat k-pop tu, aku rasa lagu depa agak jiwang gak, cuma kita tak paham maksud dia kan. Tu korang rasa best je . Pulak-pulak mamat korea jambu batu pulak. Lagi korang syok je.


Aku tak ada masalah pon nak dengar lagu melayu, sebab bagi aku atleast lagu melayu tak ada yang lirik merapu raban nak ajak pergi sex or puja-puja syaitan. Cuma lagu Mizz Nina dulu lah ada kontroversi sikit kan. Dan lagi satu lagu melayu ni kita paham apa bijik butir dia nak sampaikan. Kalau lagu Lady Gaga tu lagi lah banyak bebeno maksud tersirat. Lagi parah. Nak kata lagu melayu merapu pon tak boleh jugak, sebab aku rasa sama je, lagu inggeris ke, lagu indonesia ke, melayu ke, korea ke, jepun ke, ada je yang merapu. Tapi tak semua lah kan



Kesimpulannya, nak dengar lagu apa, dengar lah, janji lagu tu tak bercanggah dengan agama sudeyhhhhh.Music ni salah satu teraphy minda tahu?


Btw, thumbs up Matluthfi!! Sampai tepuk-tepuk lantai aku gelak (hiperbola) part MatLuthfi dok miming lagu-lagu dalam video tu. Terbaik! Sila lah hasilkan video-video yang best lagi di masa akan datang :D


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar