Selasa, 01 November 2011

Aku bukan TOMBOY

Sambungan dari ENTRI INI. Yang dating dengan Shaheizy Sam tu. Dating lah sangatttt kan.Kalau boleh semua filem Shaheizy Sam berlakon aku nak tengok dulu boleh?? kehkeh Berpeluang untuk menjadi yang terawal tengok filem Aku Bukan Tomboy ni





Filem Aku Bukan Tomboy akan keluar di pawagam berhampiran anda atau pon di pawagam belakang/depan/sebelah rumah anda pada 17 November 2011 ni. Dalam dua minggu lagi ah lebih kurang


Filem ni Syamsul Yusof yang arah kan. Selalu kita tengok filem melayu ni banyak yang pasal rempit, gangster, bohsia bagai kan. Filem ni Syamsul Yusof bagi kelainan sikit. Di ketengahkan isu pasal tomboy dan budak-budak pengkid. Tapi serious tak boleh blah pengkid dalam filem ni. Muka masing-masing macam nak mintang pelempang lapanpuloh das je.



Zarina AF, Sheera dengan Salina Saibi jadi pengkid. Zarina AF cute pulak jadi pengkid sampai tak perasan tu dia mula-mula. Salina Saibi punya lakonan memang terbaik dari ladang ahhh. Dia jadi pengkid agak menjadi lah


Sedikit sinposis pasal filem Aku Bukan Tomboy ni. Filem Aku Bukan Tomboy ni sebenarnya pasal budak tomboy (Scha Al-Yahya). Dia dibesarkan oleh ayah dia (Harun Salim Bachik) sebab mak dia meninggal dah. Walaupun si Sha ni tomboy tapi hati dia normal lah gak sebab still suka dekat lelaki. Tup tup si Sha ni terlibat dalam percintaan 3 segi pulakk dengan Harry (Shaheizy Sam) dan Burn (Syamsul Yusof). Pada masa yang sama 2 orang pengkid (Salina Saibi dengan Sheera) pon minat dekat Sha ni jugak.Sampai bertumbuk-tumbuk nak kan si Sha ni. Kira Sha ni HOT lah




Sheera yang berlakon Halimah Jongang tu jadi pengkid pulak dalam filem ni. Time ni pon tengah nak bergaduh jugak dengan Shaheizy Sam pasal Scha ni. Sekali si Sheera ni bawak geng pengkid dia. haaa menggelupur si Shaheizy Sam tu tergagau lari. tau takuttt



Ni kira permulaan bibit-bibit cinta lah si Scha dengan Sam ni dalam filem ni. Muka si Sam tahan sabooo time ni



Review aku terhadap filem Aku Bukan Tomboy ni:


@ Aku rasa lakonan Syamsul Yusof agak kurenggggg sikit lah. Macam tak berapa kena sangat Syamsul Yusof ni nak berlakon. Mungkin dia lebih sesuai untuk jadi pengarah je. Dia berlakon watak budak nerd dalam filem ni.



@Agak geli tengok budaya pengkid dan lesbian ni. Tomboy tu boleh terima jugak kan. Sebab dia perangai je macam lelaki tapi still normal. Yang pengkid ni memang dah sah-sah lah songsang kan. Tapi depa bawak watak pengkid tu memang menjadi lah. Lagi-lagi Salina Saibi. Terbaik!




@ Cerita ni genre kelakar. Pulak-pulak bila part Shaheizy Sam, agak lawak lah (ouh mungkin aku bias sikit sebab Shaheizy Sam haha) Tapi tak dinafikan lah lakonan dia memang mantap lah kan. Watak Scha tu macam dia berlakon Awan Dania je aku rasa, tapi dalam filem ni ada kelainan sikit. bagi aku, Scha dengan Sam tu berlakon memang best lah




@Filem ni ringan, kelakar pon light-light je bagi aku. Tak serabut. Untuk chill-chill tengok tu ok jeee. Untuk release tension boleh lah. Kalau tengok cerita ni, setiap masa boleh tersenyum lah. Sebab dialog dan memek muka depa lawak. Lagi-lagi Shaheizy Sam punya memek muka. Sebab dia macam sengal,penakut tapi kengkonon berani,kuat emo pulak tu. sesikit nak nangis. Lempang kang


@Cuma aku tak puas hati nya, filem ni banyak tergantung. Ending habis macam tu jeee. Lepastu watak Sally (Eira Syazira) pon tak tahu apa jadi dekat dia. Cuba lah bagi penampo sikit dekat Si Sally tu. Biar bergegar sikit otak dia kasi centre balek. Perangai annoying gila, bagi dia sedar sikit perangai tu kasi ubah. Tapi Eira Syaziera tu kira berjaya lah buat watak gedik macam tu sampai aku pon naik menyampah dengan si Sally tu. kehkeh. Tapi mungkin lah ada Aku Bukan Tomboy 2 ke hape lepas ni kan



@ok tu je. Rating filem 3/5 bintang =)




Ni gambar-gambar time sidang media filem Aku Bukan Tomboy:


Dato' Yusof Haslam tengah bagi ucapan raya haji. eh tak tak. Dia tengah cakap pasal filem sebenarnya



Giliran Syamsul Yusof pulak. Tinggi gak Syamsul Yusof ni.



Para pelakon filem Aku Bukan Tomboy.

Eh comel je Scha tu posing aku tengok. Wondering macam mana si Salina Saibi yang kiri sekali tu jadi pengkid. Lepas jadi pengkid, semuanya flat kehkeh




Dato' Yusof Haslam pon join sekaki tunjuk 'good'




Ni Official Trailer Aku Bukan Tomboy. Filem ni memang agak aku tunggu jugak ah. Sebab tengok trailer dia cambest je. Kalau korang tengok trailer ni, mesti korang pulak tetiba rasa nak tengok cerita ni :D











wooo wooo hoooo gilaaaaa Awie dalam sembilu, jiwang siotttt aku. - Shaheizy Sam
kehkeh :D







Siapa cakap Shaheizy Sam serabai, siapppppp! Aku sumbat cabai doplohlapan bijik dalam mulut kau karang. Aku rasa dia tetap jambu, sebab lakonan dia menawan kholbuuuuu. Dia kata dia tengah dalam mood cuti, sebab tu begitu. Nak nampak bebas sikit lah kottt. Kang pergi memana orang dok kejar dia, payah pulak. Potong stim nak bercuti. muahaha memandai je aku. Tetiba pulak aku jadi PA tak berbayar dia pulak kann




Walau bagai mana pon rupa dia, aku tetap menyokong Shaheizy Sam dari belakang, dari depan dan dari tepi. Aku harap Shaheizy Sam menang Anugerah Skrin!!  *tetibaaaaaaaaaa*




Itu sahaja laporan dari saya, sekian terima kaseeyyyyyyyyyyyyyyy *terus jadi Alleycat, rambut pon dah jadi alfro*


ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar