Jumat, 04 November 2011

First time tengok filem hindustan RA ONE dekat wayang woh

Lately, dah banyak tengok premiere screening (filem mat saleh) dan pratonton filem (filem melayu) So bila sampai wayang, agak tergagau nak tengok cerita apa.

Real Steel - tengok dah
Paranormal Activity 3- tengok dah
In Time - tengok dah. cerita ni best! Justin Timberlake berlakon
Alamak..Toyol - tengok dah
Shark night - tengok dah. cerita ni agak kureng sikit



Tetiba stress tak tahu nak tengok cerita apa. Sekali nampak poster Shah Rukh Khan terpampang megah


Filem RA ONE. Kalau sekali baca jadi RAWAN. Nasib baik tak SAWAN.  Adakah aku membuat pilihan yang bijak untuk menonton filem hindustan di panggung wayang? Dah lah 3 jam hoiiii, sebab ada natang nari-nari joget-joget bagai. Memang lah lama kan. Tapi selalu aku perasan filem Shah Rukh Khan je yang masuk market Malaysia. Kalau filem lain jarang ada. Aku pon balun je lah beli tiket. Bajet Shah Rukh Khan berlakon, mesti agak best jugak kan


Masuk-masuk wayang ada 3 orang je dalam panggung. Nasib baik ni bukan cerita hantu. Mahu terkincit aku dalam tu karang. Tetiba rasa macam ada benda lain pulak yang duduk sebelah ke karang. Tak memasal je. Lagi pon aku pergi ni weekdays, kemungkinan tak ramai tu agak besar lah kan. Sekali layan cerita ni TERBAIK DARI LADANG wooo! 3 jam pon tak rasa 3 jam. Bila habis je rasa macam "aik?? dah habes dah ke?? cepat nya" sekali tengok jam, memang betul dah 3 jam.



Serious aku pon tak percaya aku boleh tengok filem 3 jam ni dalam panggung. Dalam cerita ni Shah Rukh Khan ada 2 watak. Watak first macam nerd sikit, jadi suami Kareena Kapoor, lepastu dia mati. Aku pon pelik-pelik jugak, tak kan lah hero mati awal kot?? Siapa nak jadi hero pulak lepas ni. Rupa-rupanya nanti Shah Rukh Khan jadi robot nama G ONE. Robot baik lah. Sebab nak lawan RA ONE yang macam puaka tu.


Kadang-kadang ada babak yang rasa macam cerita Real Steel pulak. Tapi best ah cerita ni. Kira kalau nak download tu memang tak rugi ah. Serious dah lama tak layan hindustan. Aku agak terkejut dengan diri aku layan Shah Rukh Khan ni balek. Nasib baik cerita berbaloi untuk ditengok




Hari ni aku pemalu. Tak nak pandang kamera. ecehhh pemalu sangatttt. Baru balik event sebenarnya. Tapi kalau aku rajin, aku update ler pasal event tu, tapi aku rasa aku malas.




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar