Kamis, 10 November 2011

Kerana pekak restoran binasa

Haritu aku pergi makan dekat satu restoran ni. Nama restoran dirahsiakan sebab aku baik tak nak dedahkan. Aku mintak lah order, yang tukang amek order bangla, hidung macam Shah Rukh Khan, tapi muka tak ada lah sebijik macam Shah Rukh Khan. Macam Kublai Khan ada lah kot



Bangla: mau minum apaa? *loghat bangla*

CE: Limau ais

Bangla: Limau tadee ais adee.
hihihi *gelak mintak penampa*


hek elehhh loyar buruk pulak mamat ni. Apa kau ingat kau hensem gelak hihihi??



*cakap dalam hati*

CE: Bagi teh ais



Bangla: Teh tadeee ais adee hihihi
*gelak mintak penampa sekali lagi*


Aku dah hangin dah dengan bangla ni. Mahu jugak aku penampo dia guna kaki jugak ni karang

CE: loyar buruk pulakk. u jangan memain eh, ni air apa yang ada ni? Saya datang mahu minum



Bangla: ouh sorry sorry, limau ais ya? Adaaa Adaaa. Makan?

Ada pulak limau ais, tadi cakap tak ada, sengal punya bangla


CE: Mee goreng



Bangla: Ok tu je?



CE: ha'ah tu je



=======================


Bangla tu pon berlalu pergi. Time tu aku dah lah tak berapa nak ada mood. Bangla ni pulak boleh nak loyar buruk dengan aku. Lagi lah aku hangin. Sekali dia pon datang tertonggek-tonggek bawak makanan dengan air. Aku syak tu menu aku. Sebab area tu aku je yang duduk



Sekali dia bawak apa kau tahu??










ROTI CANAI dengan MILO AIS




LAAAAAAAAAAAAAAA. Aku order limau ais lah gilaaaaa, dia bawak nya milo ais. Aku order mee goreng dia pergi hantar roti canai. DEYYYYYY Roti canai dengan Mee goreng tu dah lah perkataaan lain-lain, bunyik pon lain,Huruf pon lain, bentuk pon lain hoi!




Roti Canai = Mee Goreng??


Apa ke benda bangla ni?? Serious hangin betul aku. Mahu je aku sumbat milo ais tu dalam lubang hidung dia.





Hadoiiii aku tak tahu lah dia baru kerja ke hape. Dah lah dengan customer dok main-main. Gurau-gurau. Kau ingat kau lawak?? Tak kelakar lansung ok. Lepastu aku mintak mee goreng, kau pergi bagi roti canai??? Sengal!






Pastu aku tanya dia


CE: Bila masa pulak saya order ni?? Saya order mee goreng dengan limau ais. Ini roti canai dengan milo ais. Kan lainnnn tu


Aku pandang dia slek je. Buat muka kerek. Dia pon macam


Bangla: Eh tadi u yang order ni.



Perghhhhh dia ni. Menguji kejantanan aku je. Aku dah hangin dah. Bangla ni sengaja cari gaduh dengan aku. Sebelum aku tonyoh roti canai ni dekat muka dia, aku pon bangun lah, pergi dekat cashier. sebab aku syak cashier tu macam boss


"I nak mee goreng dengan limau ais,ni u punya pekerja ni tak boleh pakai, i mintak lain, dia bagi lain.ni baru kerja ke apa dia ni?? Amek order pon main-main. "




Aku kalau tengah tak ada mood, jangan cari pasal. Last-last aku tak makan pon. Tapi aku tak usik apa pon lah apa dia bawak tu. Dia punya boss cakap sorry sorry. Pastu aku pon blah. Tak ada mood aku nak makan situ dan memang aku tak datang dah.



Terus pergi McDonald, layan fries. Nasib baik budak-budak McDonald ni tak pekak jugak macam bangla tadi. Kalau lah aku mintak fries dia bagi aiskrim mc flurry. Memang ringan je lah kaki aku ni nak naik ke muka engko






Kesimpulannya, sila lah korek telinga memasing yang banyak khazanah tu ye. Peribahasa terbaru untuk hari ini, KERANA PEKAK RESTORAN BINASA










ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar