Rabu, 02 November 2011

Apa masalahnya dengan tudung ala-ala Hana Tajima dan Yuna???

Kena tengok dulu video ni! Tak lama. Sekejap je dalam 2-3 minit











Baru-baru ni dekat facebook ada lah orang ambil gambar Yuna dan disamakan dengan paderi wanita/sister. Tengok Yuna macam paderi kristian wanita. Sekali ustaz tu cakap apa





"eh apahal lah yang hang mangkuk hayun sangat? dok kira apa yang pakai tudung tu? selagi mana dia nak bertudung, pakai lah macam mana pon. Kenapa tak tegur yang tak bertudung tu?? Itu tanda orang kita hari ni. Dah hilang fokus, dia tak tahu yang mana menjadi keutamaan dan yang mana yang tidak menjadi keutamaan"




Setempek kena mangkuk hayun. kehkeh. Ustaz ni cam sempoi-sempoi je aku tengok dia bagi tazkirah. Dan ada dia bagi contoh artis-artis yang dah tutup aurat macam Diana Amir, Wardina, Irma Hasmie. Alhamdulillah, bagus lah depa dah berubah ke arah kebaikan kan. Boleh pulak dia cakap




"Siapa Irma Hasmie ni. Irma bekas awek Nabil. Nabil dah kawen, dia tak kawen-kawen lagi. Siapa nak selamatkan dia ni? Akuuu jugakkkk."



amboiii hahahaha sempat pulakkk ustaz ni. up to date woo. tahu pasal gosip. :D


Konklusi yang aku dapat selepas tengok video ini, mudah je


Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan.


JOM TUTUP AURAT!



ok bye! :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar