Jumat, 25 November 2011

Pantang larang orang tua-tua dulu




@Jangan makan ubah-ubah tempat. Nanti kahwin banyak.



Perghhh. Best betul dapat kahwin banyak-banyak hanya dengan makan tempat lain-lain. Ni kalau lelaki suka la ni. Boleh cukupkan kuota katanya. WALAUPUNNNN


Maksud tersirat: Nanti makan banyak banyak tempat. Kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup nak kutip sebutir-sebutir nasi yang jatuh tu. Takut makan bersepah sebenarnya




@Jangan menyanyi dekat dapur. Nanti dapat laki tua.




Maksud tersirat: Dah asyik sangat goyang garuda nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak ikan kembung ke apa. Tak ke hangus rentung masakan di masak tu. Sebab asyikkk bebeno menyanyi. Ikan hangus pon kau tak perasan. Letak garam pon mahu seguni sebab ralit sangat menyanyi habis semua kencing masin makan makanan kau




@Jangan main dekat luar time senja. Nanti ada momok.


Eleeeeeeehhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu ye la aku cuak jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pon. Panggil MOMOK ni lagi cute sikit daripada panggil HANTU. Panggil hantu nampak macam seriau sikit



Maksud tersirat: Time time senja. Masuk la rumah. Syaitan banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik dok dalam rumah diam-diam. Lagi pon dah nak Maghrib. Depa suruh solat Maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak,galah panjang atau polis sentri dekat luar




@Jangan potong kuku waktu malam,nanti mak ayah meniggal kita tak sempat jumpa


Benda ni menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolah pon rela kena denda sebab kuku panjang. Sebab takut mak ayah meninggal tak sempat jumpa. Takut nak potong kuku time malam. Petang tak sempat nak potong sebab dok main galah panjang hari-hari dekat luar masa lepas sekolah. Kalau bagi alasan macam ni. Memang free-free kena pelempang dengan cikgu disiplin




Maksud tersirat: sebenarnya zaman-zaman dulu diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke hape. (over tau sampai terbakar) Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. So kalau tak nampak boleh luka kan kuku.



@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.


haaa yang ni aku tak tahu apa maksud tersirat dia. Kenapa tangan kudung ke hape. Ada sesiapa tahu?



@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul.


Tapi best sebenarnya duduk atas bantal ni. Empuk dan best. (eh cam selalu buat je. Tahu pulak empuk dan best)



Maksud tersirat: Tak elok lah kan benda yang kita letak dekat kepala dipunggungkan. Kot lah terkentut ke hape atas bantal tu. Kita pon elok je sedap krohh krohh tidur atas bantal tu.



@Time baring, jangan meniarap angkat ke dua-dua kaki naik ke atas. Nanti mak ayah cepat meninggal


Maksud tersirat: Aku rasa sebab nampak tak sopan kot pose mende alah ni. Lagi-lagi perempuan kan yang buat. Nampak cam kwanghajar lah pulak kan. Tapi aku TER buat jugak kadang-kadang. TER ok. Bukan sengaja pon. Lepas tu selalu kena piat telinga dengan mak aku. muahahahaa











HOT tak granny granny di atas??. Ini siapa punya kerja lah ni menjahanamkan gambar ni




Tapi ada satu pantang larang orang tua yang paling lah aku pelik-pelik-pelik-pelik-pelik- pelik sangat-sangat









@Jangan tangkap gambar 3 orang. Nanti salah seorang yang dalam gambar akan mati!


Yang tangkap gambar 3 orang ni sampai sekarang aku tak faham apa relevan nya. Ke korang tahu sebab apa tak boleh tangkap gambar 3 orang dalam satu gambar?




Ini je lah yang aku selalu dengar. Ada lagi tapi aku tiba tiba lupa pulak. Banyak betul "jangan" orang dulu-dulu ni kan.? Macam ni lah orang dulu-dulu nak educate anak-anak. Lebih smooth walaupun bila dah besar godang ni kita tahu ni semuanya kelentong. PROPA tau depa ni tapi dulu aku percaya bulat-bulat jugak sampai takut nak nyanyi dekat dapur sebab takut dapat laki tua. Tua yang depa maksudkan bukan tua 2-3 tahun or 4-5 tahun dengan kita. Tapi tua yang jenis memang tua gila. muahaha. But sebenarnya depa nak jadikan kita ni anak-anak yang sopan dan tak kwanghajar. Kan budi bahasa itu budaya kita? ecehhh



Korang pernah dengar yang selain daripada ini tak??? Apa lagi ea orang tua-tua selalu kata?? =)




ok bye!

2 pemenang tiket bola MAS vs BAHRAIN!

Perghhhh. Ramai nya komen dekat SINI nak menang tiket bola. Dah confused dah nak pilih pemenang. Semua komen punya lah bersungguh-sungguh. Malangnya ada 2 je pemenang tiket tu.


Tahniah kepada owner emel ni:



ismailjamal89@gmail.com


gitar1512@yahoo.com







Tolong cek emel anda dengan segera untuk RSVP tiket! Tahniah kepada pemenang! Sesiapa yang tak dapat,sorry sangat. But its ok, kalau ada lagi, boleh cuba lagi ok. Rezeki depa dua lah ni. =)


ok bye!

Kamis, 24 November 2011

Siapa nak tiket bola MALAYSIA VS BAHRAIN???



Cakap banyak pon tak guna, tendang pon tak kena. Straight to the point, siapa nak tiket bola Malaysia Vs Bahrain?? Ahad ini, 27th November 2011 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil,  8.45 malam.




Aku mencari 2 orang readers untuk menang tiket ni. Sorang dapat 2 tiket. Sorang dapat sepasang lah kira. 4 tiket ni aku nak let go. Simple je. Tak payah buat entry, tak payah link back aku, tak payah letak banner bagai. Just komen entri ni je. Soalan nya berbunyi



"Sebutkan salah seorang skuad Harimau Muda yang anda suka? Berikan sebab kenapa anda suka dekat dia?"


Skuad Harimau Muda je eh, sebab nanti kau tengok ni pon Harimau Muda yang nak lawan. Tak kesah lah Fakri ke, Khairul Fahmi ke, Nazmi Faiz ke, Fandi ke. Bagi reason kenapa korang minat dia.


Tinggalkan emel jugak sebab senang aku nak contact. Pastikan emel yang aktif ok! Kalau betul-betul korang nak pergi dan BOLEH pergi je sila komen. Kalau rasa-rasa tak boleh pergi, tak payah komen sebab kesian dekat orang yang betul-betul nak pergi tapi tak dapat.


Btw, thanks SAMSUNG and Nuffnang for the tickets! =)


Siapa nak pergi, boleh komen dan tinggalkan emel anda!!


ok bye!

First time aku main softball dekat Batting Cage @ One Utama

Dulu masa kecik-kecik aku suka main rounders. Bila petang balek sekolah je, cepat-cepat tukar baju main rounders dekat padang. Nak tentukan geng, lat tali lat tali tamplom je. Selalu pakat awal-awal dengan budak-budak yang terror supaya dapat satu geng. Tapi kitorang main tak ada pon pakai bat. Jumpa je mana-mana kayu, kitorang bedal je jadikan kayu tu bat kitorang.



Hari tu pergi One Utama dengan si gendut ni. Lepas makan rasa macam nak bagi kurus balek. Nak bakar lemak. (konon nya lah) Nak tengok wayang bosan pulak,asyik tengok wayang je. Apa kata kita main softball pulak. Adik-beradik rounders jugak tu. Mula-mula aku ingat si gendut ni menipu , dia kata ada Batting Cage dekat One Utama ni, puas lah dok carik satu OU. Penat ok. Ke hulu ke hilir turun naik tangga. Akhirnya, nasib baik jumpa jugak menatang ni punya tempat





Kalau first time main, nanti ada brader datang ajar. Kalau tak reti main pon jangan risau. Pukul je lah bola tu bila datang. Apa susah






Brader ni rileks je main. Banyak jugak bola dia pukul. Tapi tak ada lah terror sangat pon. Ada jugak yang miss. Sempat pulak aku usha dia main





Si gendut dengan bat nya.  Ececececeh kengkonon terror lettewwww



Gaya je lebih. Pukul tah kemana-mana jugak. Sama je macam aku main. Tapi dia terror sikit lah. Tak banyak. sikit je. Tu pon nasib je tu aku rasa kalau dia dapat pukul bola




Natang ni ada dua. Satu softball, satu baseball. Kitorang main yang softball. Natang biru ni pulak tempat menetukan kelajuan bola. Brader yang mula-mula ajar kitorang tu suruh aku guna yang "softball slow" tu sebab dia kata aku perempuan. Tapi bola dia punya lah slow gila. Slow sangat, kura-kura lagi laju. Aku up sikit naik yang 40 MPH.






Kengkonon terror letteww. Tapi harammm . Laju mana pon bola. Aku je yang terbang, bola nya tak kena-kena jugak. Menyampah




Susah jugak nak pukul ni. First time pukul guna bat. Sepatutnya kaki dalam kotak tu je. Biasa lah aku kan over. Nak jugak lepas kaki dari kotak tu. Kengkonon terror. Sekali elok je bola tu landing menuju dekat badan aku. Aku elak, sekali pappppppp . Elok je bola tu landing kena dekat tangan aku pulak. Terloncat aku. Terkejut + sakit wooo. Lebam tangan aku. Dah lah aku tukar speed dia time tu. Tu lah orang suruh main yang slow tu, berlagak pergi lajukan speed. Kan dah lebam tangan. Padan muka aku.





Haaa sepatutnya kaki dalam kotak ni je. Nasib baik lah dia ni terror sikit dari aku. Alaahh boleh cerita lah. Tangan aku dah lebam kena bola. Cuba tak lebam, mahu aku riak tak habis-habis depan dia ni yang aku bekas pemain softball.





Bagi aku, nak main natang ni, tak ada lah mahal sangat. RM15 untuk 5 token. Satu token boleh belasah 15 bijik bola. Kalau pakai student card dapat lah rm15. Kalau tak, rm20. Kalau nak main suka-suka syok jugak lah. Main sekejap pon dah berlecak ketiak ok. Peluh jantan habis semua keluar





Kengkonon gangster lettewww nak tumbuk-tumbuk?





Yang benar,

Bekas (tupperware) pemain baseball yang diterbangkan khas dari Zimbabwe



ok bye!

Rabu, 23 November 2011

Congratulations!!! :)


Aku baru dapat natang ni. Seb baik senang je nak bukak. Macam bukak buku



Tadaaaaa! Ini lah dia limited edition heritage bottle set!!!





Aku rasa dua-dua botol ni cantik. Tapi aku paling suka yang warna merah. Sebab nampak unik sikit. Aku ingat yang warna merah tu kosong je tak ada air. Kemain sedap aku gongcang.Rasa macam ada air. Pastu saja je lah bukak, nak test power. Sekali amekkk kau. Abes sofa rumah dibanjiri air coke. Tak memasal kena piat telinga dengan ibu aku ni karang kalau dia balek kerja lepas ni. Mati lah aku ni karang. Macam mana aku nak buat ni? Ouh tak pe. Ada idea. *pura-pura pengsan*






Bukti memang dah ada dekat tangan aku. Sebab ibu jari aku, tang kuku tu ada warna sikit. Sebab darah beku. tersepit pintu masa kecik. Sampai sekarang tak hilang-hilang. Yang pasal kuku aku ni, mungkin akan aku cerita di entry lain kalau rajin



kau hado kuku macam ni?? Sebelah warna lain, sebelah warna lain??? Nan hadooo



Haritu aku ada buat mini contest dekat SINI. Macam-macam pengalaman aku baca . Lawak-lawak pulak tu kenangan korang dengan coke. Tergelak sekor-sekor baca depan laptop. Dah aku pulak yang susah nak pilih pemenang ni sebab semua komen best-best. Kalau boleh sesiapa yang komen, aku nak semua menang. Tapi malangnya, aku hanya boleh pilih 2 orang saja pemenang. sobss =(


Tahniah kepada Martina dan Amyra !!! Nanti mungkin ada orang Nuffnang yang call korang cerita pasal hadiah korang ni nanti. Sesiapa yang join contest tu, terima kasih diucapkan! Sebab mula-mula aku bajet macam tak ada yang nak join. 



Yang pasal contest aku num 2 dengan num 3 tu, aku tengah mencari date yang sesuai. Mesti ada ingat aku lupa janji. Tapi aku tak lupa lah. Cuma nak cari date yang semua FREE. Mungkin aku gabungkan. Sorry sebab tunggu lama sangat . huhuhu


Btw,thanks Coca-Cola for sponsoring the prizes!! :)



ok bye!


Senin, 21 November 2011

Tahniah skuad HARIMAU MUDA!!!!! MALAYSIA BOLEH!!

Perghhhhhh seram aku tengok FINAL (SEA GAMES) Malaysia vs Indonesia ni. Lagi seram dari tengok cerita hantu kuntilanak. Berderbar-debar tengok. Jantung pon rasa nak terpelot jatuh (over). Padahal masa di awal game dok carik jugak mamat jambu. Jumpa lah Nazmi dengan Yong. Jambu batu rupanya. Eh niat dah lain. Kena tukar niat. Tengok bola bukan nak usha mamat hensem woiiii, semangat nak mempertahankan maruah negara ni lagi penting. Nak main tak boleh, jadi pom-pom girl tidak berbayar je lah yang mampu



Dok jerit-jerit "hoiiii BAKRIIIIII. Apahal lah kau ni BAKRIIII" Dok jerit-jerit nama Bakri. Padahal rupa-rupa nya nama dia FAKRI. Eh silap pulak. Mintak maaf lah pada sesiapa yang nama BAKRI kalau tersedak



Dok sokong. "yeahhhh FAKROLLLLL. GOALLLLLLLL. Bagus lah kau ni FAKROLL. Seb baik masuk bola kau FAKROLLL" Sekali nama dia BADROLL. Bukan FAKROL. Sekali lagi, mintak maaf kalau sesiapa nama FAKROL tersedak dekat rumah tetibaa



Ghasak lah habis semua nama player sesuka hati aku je nak tukar-tukar.




Aku bukannya kenal sangat depa ni. Game ni aku dah kenal, karang game lain, aku lupa balek nama depa. Yang aku tahu Khairul Fahmi je. Ouh tapi Khairul Fahmi memang terbaik dari ladang! Nasib baik dapat tepis satu bola. Masa penalti tu, sipi-sipi je bola BADROLL tu tak lepas. Tapi nasib baik lepas, terloncat-loncat aku atas kerusi. Entah bila aku TER panjat kerusi pon aku tak sedar. Emosi yang berlebihan ok masa tengok bola ni. Pengulas bola ni pon kadang-kadang cakap kemain over. Kadang-kadang macam nak terbalikkan tv ni sebab rasa macam taknak tengok. Tapi nak tengok jugak. Paham tak macam mana rasa dia? Nak tengok, tapi tak nak tengok.



Tak faham tak pe. Tak suruh pon faham








Apa-apa pon. TAHNIAH untuk skuad HARIMAU MALAYA!!! Aummmmmm!! Alhamdulillah. Pingat EMAS lagi untuk kita.  MALAYSIA BOLEH!!!!



TRIVIA untuk hari ini:


Tahukah anda Titus Bonai lebih hebat daripada bola?? Bilangan diri nya yang masuk ke dalam gawang gol lebih banyak daripada jaringan bola. Tahukah anda???? 






p/s: Pak Najib kena keluar duit lagi lah. oh yeahhh :D

Minggu, 20 November 2011

Demam BOLA

Tahukah anda malam ni FINAL Malaysia menentang Indonesia di Sukan SEA??? Dulu aku ni tak ada lah minat sangat bola-bola ni. Pedulik hape lah aku kan yang korang nak gila-gila sampai mati kejar bola bergolek yang satu tu buat apa kan? Lepastu dah kalah, maki-maki, sampai bakar bendera negara Malaysia. Eh negara mana yang buat tebiat macam ni nih? tetttttttttttt




Semenjak si SS ajak aku tengok bola dekat stadium haritu. Ada aku cerita dekat ENTRI INI. Tetiba aku pon tak faham kenapa aku boleh minat pulak dekat bola ni. Padahal dulu kemain kutuk orang yang suka tengok bola. Tu lah cakap orang-orang lama, jangan benci-benci,jangan kutuk-kutuk, nanti satu hari dah sayang baru tahu. (ada dua maksud. kuikuikui)




Tapi aku tengok bola ni kalau Malaysia lawan je lah. Pulak-pulak ada sukan SEA sekarang ni pulak kan dekat tv. Hari-hari dok layan Astro ARENA. Lagi best dari layan blog. :D



Ni aku nak cerita ni, masa Indonesia lawan Malaysia yang kita menang 1-0 haritu tu, macam bengang lak dekat pengadil yang bagi kad kuning dekat Baddrol Bakhtiar tu. Tah apa-apa. Bukan kena apa-apa pon. Lepastu masa Ong Kim Swee diarah keluar tu. Lagi tah pape, lepastu kena gantung satu perlawanan pulak. Kesian dia kena tengok dari atas je. Keputusan pengadil banyak berat sebelah. Masa Syahrul Azwari (eh betul ke nama dia ni?) kena tackle, tak ada pulak pengadil nak bagi kad kuning pon dekat player Indonesia. Nasib baik aku tak ada dekat situ, mahu aku sumbat bola dalam mulut pengadil tu.




Masa semi-final. Malaysia lawan Myanmar. Seram-seram jugak, takut Myanmar menang sebab player Myanmar main agak laju jugak. Nasib baik awal-awal dah dapat satu gol!! Tak sia-sia aku jadi pom-pom girl tidak dibayar dekat depan tv. Sakit tekak dok jerit tengok orang main bola ni wooo. Dia punya semangat nak menang tu lain macam. Serious emosi tengok bola ni. Kalau pergi stadium, lagi stress. Brader-brader yang tengok bola, dia punya emosi mengalah kan perempuan normal datang bulan pulak aku tengok. Tapi tak apalah semangat tu yang penting kehkeh



Dan aku berharap untuk malam ni MALAYSIA MENANG!! Tak kira lah jadi apa-apa pon, depa nak main kotor ke, pengadil berat sebelah ke, berat tepi ke, berat badan ke. Harap-harap skuad Harimau Muda kita ni menang! 1-0 pon jadik lah. Janji menang!! Teruskan perjuangan anda wahai pemain-pemain bola Malaysia dan pertahankan MARUAH NEGARA kita!! yeahhh!! (aku pulak yang over tetiba pulak kan)







Sesiapa nak tengok MALAYSIA vs SYRIA ataupun MALAYSIA vs BAHRAIN, boleh lah KLIK SINI. Kot-kot ada rezeki nak menang :D





Akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara. MALAYSIA BOLEH!!!!! OK. Kita kembali ke sri pentas. Sekian terima kasehhhhhhhhhhhhhh *gaya Alleycats*



ok bye!

Jumat, 18 November 2011

Tolong lah siarkan video ini di dalam TV




Kepercayaan tanpa rasional - BUTA
Rasional tanpa kepercayaan - KONTANG


Tapi selalunya MANUSIA ni akan ingat Allah bila susah dan bila terima dugaan yang dahsyat je kan?? Selalu lah ingat Allah tak kira dekat mana pon kita ada, tak kira time kita susah dan senang. Macam mana Allah nak ingat kita kalau kita tak ingat dia?? Ye dak??



Terbaik punya video daripada Matluthfi =)

Kamis, 17 November 2011

Korang nampak boyfriend korang keluar dating dengan perempuan lain (awek lain dia). Apa korang nak buat ?

@ serang facebook dia


@ buat benda sama balek, keluar dengan lelaki lain pulak. tunjuk depan dia. baru dia tahu apa kita rasa


@ pergi  dekat dia tampar lapan puloh das terus lepastu break


@ balek rumah  koyak semua gambar dia


@ smackdown dedua sekali. Boyfriend dengan perempuan tu sekali kasi smackdown

@ balek rumah nangis


@ panggil kawan-kawan lelaki korang suruh belasah boyfriend korang tu


@ pasrah je lah dah tak ada jodoh dengan lelaki tu


@ pergi santau dia


@ pura pura jadi salesgirl pergi dekat dia tengok apa reaksi dia


@Gaduh dekat sms. Sopan sikit


@ KITA BAKOOO JEEE. KITA BAKOOO. DEDUA KITA BAKOOO! 


@ ada aku kesah?

==================




Dulu aku pernah jugak buat entri lebih kurang macam ni. Tapi kalau benda ni betul betul lah jadi dekat korang. apa korang nak buat dekat buayapren/boyfriend kau tu? 




Kalau aku,aku akan


@ pura pura jadi salesgirl pergi dekat dia tengok apa reaksi dia




Dan buat dialog kengkonon




"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada abang *tunjuk kepada EX bf in future*  dan kakak yang sungguh cantik molek ini. Hari ni saya ada bawak minyak.Saya jual minyak sebenarnya. Macam-macam minyak ada. Minyak tanah, minyak masak, minyak petrol dan juga minyak dagu. Haaaaa saya tengok muka abang ni saya tahu sangat lah mesti abang nak beli minyak dagu kan?? Elok bebeno lettewwww.Tapi kan muka abang ni familiar betul lah. Nama abang ni @#$%@#% duduk dekat @%$%! tu kan? Ouh ok lah bang, tak jadi nak jual minyak. Tetiba teringat, mak suruh balek awal masak asam pedas.By the way ni girlfiend baru abang ke ni?? Yang nombor lapan eh? ok bye!"




*sambil senyum sampai telinga dengan girang gembiranya dan lambai ala-ala Miss Universe baru dapat crown terhadap pasangan itu*




Tapi now trend gaduh dekat facebook kan? Semua benda ada dalam facebook tu dah. Orang cerai, orang break dah banyak jadik dah dekat facebook. Dunia di hujung jari gitu. Kalau korang lah nampak korang punya bf/gf dok elok bercengkerama dengan orang lain.Memang itu skandal dia lah senang cerita. Apa korang buat?








Tapi kalau takat bf/gf boleh tahan lagi. Boleh je nak cari lain lagi sebab tak ada ikatan sah pon. Ni kalau yang suami/isteri buat macam ni, memang lagi parah








ok bye!

Rabu, 16 November 2011

Coke dan Coca-Cola adalah benda yang sama =p

Apa-apa hal pon layan dulu video pasal Coca-Cola aka Coke ni











Bila tengok video ni, rasa macam best pulak lagu dalam video ni. Rupa-rupanya Tomok yang nyanyi. Hye Tomok! (tetiba hye dekat Tomok kenapa pulak)


Dan agak jakun, rupa-rupanya ada bangunan Coke yang bercahaya dekat PWTC. Eh sejak bila? Aku pon baru tahu sebab jarang lalu PWTC time malam-malam.


Disebabkan aku baik hari ni, aku nak buat mini contest. Contest ni mudah je.Tak payah buat entry, tak payah susah-susah nak link kan aku ke apa. Cuma KOMEN ENTRI INI SAHAJA untuk menang! Ye KOMEN je. Soalan nya berbunyik. *ehem ehem ehem*


Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)


*bajet macam soalan SPM*


 Komen anda haruslah kurang daripada 100 perkataan.Komen yang paling best akan menang!! Bukan ada satu je pemenang. Aku memerlukan 2 orang pemenang. 2 orang pemenang akan dapat limited edition heritage bottle set!!!


Oh! Inilah botol nya. Eh tak berapa nampak pulak.



Haaa camni lah. Tak nampak sangat? Nak lagi jelas??




Macam ni lah rupa nya




BUKA COCA-COLA BUKALAH SEMANGAT!! Tapi jangan pergi bukak benda lain pulak. Tu cari nahas namanya. teeeeeettttttttttt



Berbalik pada soalan tadi.








Apakah kenangan yang paling anda suka dengan Coca-Cola?? Cerita kan (tidak melebihi daripada 100 patah perkataan)



Kot lah time birthday ada orang hadiahkan kau Coke lapan dozen ke sampai kau terharu nak menangis.Ada kenangan dengan member ke. Apa-apa lah kenangan kau. Ce citeee ce citeee.  :D



ok bye!

Senin, 14 November 2011

KLEBANG bukan gebang

Haritu aku pergi hantar adik aku dekat UTeM, Melaka. Ada warga UTeM dekat sini?? Selalunya aku malas nak ikut hantar adik aku ni, tapi TER tajin pulak, ikut je lah kan. Aku je yang selamat. Dari sekolah, matrik, universiti semua dekat area Selangor dengan KL je.So nak hantar pon tak ada lah jauh sangat kan? Adik aku ni sesat lak dekat Melaka. Jangan adik aku yang bongsu tu ke Sabah/Sarawak sudah. Tapi bagus jugak, boleh naik kapal terbang. :D



Ibu aku dengan adik aku. Jangan tanya lah kan mana datang penyakit suka bergamba aku ni. Penyakit keturunan barangkali



Penyakit keturunan suka bergambo sudah menurun :D


Tidur satu malam dekat Holiday Inn, Melaka. Dekat jugak lah dengan Dataran Pahlawan tu.




2 jam je FREE. Lepastu kena caj sejam rm6



Dekat bantal depa ada siap tag "soft" dengan "firm". Aku ingat natang tag tag ni memain hanya hiasan je. Rupa-rupanya yang soft tu memang lembut gila bantal tu. Yang "firm" tu aku tak suka. Sebab bila landing kepala, bila kita bangun, elok je berlekuk ikut bentuk kepala. Lepas tu kalau press je bantal tu, dia terus tukar bentuk sepertimana kita press. Walaupun nampak cam canggih tapi aku tak berapa nak berkenan sebab tak berapa best. Tapi nyenyak jugak aku tidur malam tu guna bantal ni. hehh



Ni adik aku yang bongsu punya tebiat. Dia ni memang ada satu tebiat. Kalau pergi mana-mana hotel, kalau jumpa note ni, mesti dia akan tulis suasana hotel tu macam mana. Line bawah paling tak boleh blah. Pekerja lelaki hensem???



Tapi memang hensem pon. Muka iras-iras Galang yang Randy Pangalia tu


Randy Pangalia aka Galang


Lebih kurang macam ni ah muka pekerja lelaki dekat situ. Tapi tak sempat pulak nak tangkap gambar Galang palsu itu


Di keesokan hari nya, pergi KLEBANG. Aku terkebil-kebil je bila dengar nama KLEBANG ni. Orang Melaka tahu lah kot KLEBANG ni dekat mana. Pergi Klebang ni sebab nak rasa coconut shake. Orang kata coconut shake dekat sini terbaik. Terbaik sangat ke kan? Apa kata kita rasa.


Punya lah semangat waja nak cari coconut shake, last last menonong sampai ke mana tah. Terlepas lah pulak. Ramai pulak yang jual mende-mende alah ni. Ibu aku pulak nampak kuih piring. Apa lagi, berhenti lah kejap


Nak apa? Belacan? Cencalok? Ikan Masin? Semua ada


Ibu aku rambang mata nak pilih apa. Semua murah gila.



Hasil rembatan jajan-jajan. Uihhh dah lama aku tak makan mende alah ni semua. Lagi-lagi kuih piring tu. Sedap tahu?? Makan pon kunggg krappp kunggg krappp je layan



Sebab susah nak carik mende alah ni area Selangor/KL , kita rembat lah banyak-banyak. Sepaket RM1 pulak. Memang tak disia-sia kan lah peluang ini untuk bawak balek rumah sebanyak lapanbelas paket



Sebab dah sesat, tanya lah orang-orang situ, dekat mana coconut shake yang terbaik tu. Rupa-rupanya dekat sebelah CALTEX. Kalau nampak CALTEX tu, betul lah tu tempat ni. Sebelah je



Banner punya besar sampai 3 bijik. Boleh pulak sorang pon tak perasan. Depa tak jual coconut shake je, ada lah jugak makanan sampingan. Tapi signature depa, coconut shake lah




Karipap Sardin/ kentang. 3 seringgit. Boleh lahhh rasa dia



Mee/mihun/nasi lemak. Sebungkus RM1.20. Ni pon boleh lahhhhh rasa dia. Tak ada lah sedap sangat. Tak ada lah tak sedap sangat. So so je. Tapi masih boleh diterima tekak



Ibu aku jadi model coconut shake kejap. Haaaaa yang coconut shake ni memang terbaik dari kebun!! Yang tengah-tengah tu coconut shake biasa, kiri kanan coconut shake special. Yang biasa rm1.80, yang special rm2.00. Murah gila kan?? Baik beli yang special, beza doploh sen je. Pastu ada aiskrim lagi. Terbaik!


Sedap wehhh. RM2 je. Kalau dekat KL celah mana kau nak dapat coconut shake rm2 kan?




Siap bungkus lagi. Tapi kalau nak bungkus pon beratur ok. Ramai pulak yang bungkus mende alah ni. Kena mempunyai kesabaran yang tinggi lah kalau nak bungkus coconut shake ni bawak balek rumah. Minum mende ni time panas-panas lagi syokkk. Layan je masuk anak tekak



Sebab tak sabar, dalam kereta sebelum sampai rumah pon dah bukak kuih piring ni. Habis bersepah kereta berhabuk kuih piring



Jakun



Ibu aku lagi best, satu paket tu terus dia habis kan dalam kereta. Di sebab kan dia buat sepah dekat depan. Kita pon boleh lah buat sepah dekat belakang pulak. Yeahhhhh best. Tapi dah sampai rumah, kena kemas habuk-habuk bersepah tu balik. ouhhh tak bestttt =,=





MOOD: Nak melantak kuih piring lagi sepaket.




ok bye!

Minggu, 13 November 2011

Stress tak tahu nak pakai smartphone apa?? Meh sini, kot-kot lah berkenan nak beli satu

Dulu masa muda-muda dulu aku tak berapa minat sangat gadget-gadget ni. Phone pon tak ada hal nak pakai phone apa-apa. Semakin godang ni, suka pulak dengan natang gadget-gadget ni. Sekarang ni dah ah makin berlambak-lambak gadget dekat pasaran. Aku tengah usha Samsung Galaxy S 2 sebenarnya. Ni nak keluar pulak dah Samsung Galaxy Note. aduhhhh stress aku. Makin pening aku nak pilih ni mana satu nak beli.





Samsung Galaxy Note

Apa yang best pasal Samsung Galaxy Note ni?? Yang bestnya, Semuanya dalam satu phone!!




Skrin pon besar 5.3" HD Super AMOLED. Kalau tengok video tu,jerawat,blackhead,whitehead konpom nampak ni.Kalau bosan-bosan boleh lah layan Running Man dengan smartphone ni.(tak habes-habes dengan Running Man haku ni) Terasa Kim Jong Kook lagi dekat di hati. Selalu tengok dekat laptop je kan, ni boleh pegang bawak pergi mana-mana pulak. kan best.




Kamera belakang 8 mega-pixel, depan pulak 2MP. Internal memory adalah 16 GB, tapi nak upgrade boleh je untuk 32GB dengan micro SD



Kalau 32GB best gila wooo. Memang konpom aku download game banyak-banyak. Hari-hari ngadap Samsung Galaxy Note ni je lah, dok main game je manjang




Nipis je wooooo




Yang buat Samsung Galaxy Note ni lain dari smartphone lain adalah sebab S pen stylus tu. Punya lah senang nak catat note ke hape. Nak urus jadual, meeting, dating, appoinment pon senang. Kalau korang tengok video bawah ni, konpom korang pon rasa cambest je Samsung Galaxy Note ni. Serious!









Amacam. Best tak??



Cakap banyak pon tak guna. Disebab kan aku baik hari ni, aku bagi tahu lah sikit macam mana nak dapat murah sikit lah kalau ada yang nak beli Samsung Galaxy Note ni. Harga pasaran adalah RM2299!


Berita baik ni adalah untuk pelanggan CELCOM sahaja.  Dengan Celcom Exec, korang boleh dapat Samsung Galaxy Note ni dengan harga serendah RM 1368 sahaja!! wuhuuuuuuuuuuuuu!!





CELCOM nak launching dah Samsung Galaxy Note ni!! Pada 11 November 2011 (eh! macam hari ni jek). Tak pe takpe, sempat lagi ni. Launching ni dari 10am-10pm!! Cepat! Cepat!



Pada orang KL, boleh gerak pergi Pavillion sekarang dekat La Bodega. Kepada yang tak duduk area KL, boleh singgah di JUSCO AEON Tebrau, JB dan Queensbay Mall, Penang (Orang Penang,lepas launching ni, boleh makan pasembuqqq muehehe)



Nak tahu lebih lanjut pasal Samsung Galaxy Note ni punya pakej dengan CELCOM. Boleh KLIK SINI. Macam-macam boleh tahu pasal smartphone ni =)



ok bye!

Kamis, 10 November 2011

Kerana pekak restoran binasa

Haritu aku pergi makan dekat satu restoran ni. Nama restoran dirahsiakan sebab aku baik tak nak dedahkan. Aku mintak lah order, yang tukang amek order bangla, hidung macam Shah Rukh Khan, tapi muka tak ada lah sebijik macam Shah Rukh Khan. Macam Kublai Khan ada lah kot



Bangla: mau minum apaa? *loghat bangla*

CE: Limau ais

Bangla: Limau tadee ais adee.
hihihi *gelak mintak penampa*


hek elehhh loyar buruk pulak mamat ni. Apa kau ingat kau hensem gelak hihihi??



*cakap dalam hati*

CE: Bagi teh ais



Bangla: Teh tadeee ais adee hihihi
*gelak mintak penampa sekali lagi*


Aku dah hangin dah dengan bangla ni. Mahu jugak aku penampo dia guna kaki jugak ni karang

CE: loyar buruk pulakk. u jangan memain eh, ni air apa yang ada ni? Saya datang mahu minum



Bangla: ouh sorry sorry, limau ais ya? Adaaa Adaaa. Makan?

Ada pulak limau ais, tadi cakap tak ada, sengal punya bangla


CE: Mee goreng



Bangla: Ok tu je?



CE: ha'ah tu je



=======================


Bangla tu pon berlalu pergi. Time tu aku dah lah tak berapa nak ada mood. Bangla ni pulak boleh nak loyar buruk dengan aku. Lagi lah aku hangin. Sekali dia pon datang tertonggek-tonggek bawak makanan dengan air. Aku syak tu menu aku. Sebab area tu aku je yang duduk



Sekali dia bawak apa kau tahu??










ROTI CANAI dengan MILO AIS




LAAAAAAAAAAAAAAA. Aku order limau ais lah gilaaaaa, dia bawak nya milo ais. Aku order mee goreng dia pergi hantar roti canai. DEYYYYYY Roti canai dengan Mee goreng tu dah lah perkataaan lain-lain, bunyik pon lain,Huruf pon lain, bentuk pon lain hoi!




Roti Canai = Mee Goreng??


Apa ke benda bangla ni?? Serious hangin betul aku. Mahu je aku sumbat milo ais tu dalam lubang hidung dia.





Hadoiiii aku tak tahu lah dia baru kerja ke hape. Dah lah dengan customer dok main-main. Gurau-gurau. Kau ingat kau lawak?? Tak kelakar lansung ok. Lepastu aku mintak mee goreng, kau pergi bagi roti canai??? Sengal!






Pastu aku tanya dia


CE: Bila masa pulak saya order ni?? Saya order mee goreng dengan limau ais. Ini roti canai dengan milo ais. Kan lainnnn tu


Aku pandang dia slek je. Buat muka kerek. Dia pon macam


Bangla: Eh tadi u yang order ni.



Perghhhhh dia ni. Menguji kejantanan aku je. Aku dah hangin dah. Bangla ni sengaja cari gaduh dengan aku. Sebelum aku tonyoh roti canai ni dekat muka dia, aku pon bangun lah, pergi dekat cashier. sebab aku syak cashier tu macam boss


"I nak mee goreng dengan limau ais,ni u punya pekerja ni tak boleh pakai, i mintak lain, dia bagi lain.ni baru kerja ke apa dia ni?? Amek order pon main-main. "




Aku kalau tengah tak ada mood, jangan cari pasal. Last-last aku tak makan pon. Tapi aku tak usik apa pon lah apa dia bawak tu. Dia punya boss cakap sorry sorry. Pastu aku pon blah. Tak ada mood aku nak makan situ dan memang aku tak datang dah.



Terus pergi McDonald, layan fries. Nasib baik budak-budak McDonald ni tak pekak jugak macam bangla tadi. Kalau lah aku mintak fries dia bagi aiskrim mc flurry. Memang ringan je lah kaki aku ni nak naik ke muka engko






Kesimpulannya, sila lah korek telinga memasing yang banyak khazanah tu ye. Peribahasa terbaru untuk hari ini, KERANA PEKAK RESTORAN BINASA










ok bye!

Selasa, 08 November 2011

Apa masalahnya dengan lirik lagu melayu?




Aku selalu tengok video MatLuthfi. Tapi ni antara video dia yang 'berani' lah bagi aku. Sesiapa peminat lagu

@ KRU- 3 kata
@ Forteen - Berdua bersatu
@ Sofaz - Terasa di Syurga
@ Alif Satar - Lelaki seperti Aku

Kepada peminat-peminat lagu di atas, sila jangan butthurt selepas tengok video ini


Dia kupaskan pasal lirik lagu melayu yang hiperbola sangat nak tunjuk kan rasa cinta. Aku agak setuju jugak lah sebab kadang-kadang lirik lagu melayu sekarang agak mengarut. Macam si MatLuthfi ni cakap lah "sebenarnya ada beza antara pengorbanan dan kebodohan, seriously" yang part ni memang betul pon


Actually, lirik lagu dalam sesebuah lagu ni memainkan peranan penting kottt. Cuba tengok lagu Lady Gaga



"Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)"


 " Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Kita dengar lagu Lady Gaga ni catchy je kan? best je kepala dok layan kan? Tapi dalam video klip dia gagah dok puja-puja dan menyeru syaitan. Lagu Lady Gaga ni lagi tak boleh pakai. Siapa-siapa yang buat ringtone lagu Lady Gaga, hentikanlah. Sila lah remove lagu-lagu dia dalam henpon engko


Lagu indonesia lagi hampeh lirik dia aku rasa berbanding dengan lagu melayu. Naik muak aku dengar lagu Indonesia ni, banyak sangat dekat corong-corong radio Malaysia. Ingat lagi lagu Irwansyah, Ku tunggu jandamu??

"Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Sakit aku cinta padamu
Kau janda pun aku mau"

Kau kenapaaaa nak tunggu tunggu janda orang?? perempuan bersepah lagi dekat luar. Pergi lah ngorat.


Lagi satu, lagu Rossa, Ku Menunggu


"ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu"


Lagi tak boleh blah, nak tunggu orang putus pulak dah.



Tapi tak semua lagu melayu, lagu Indonesia, lagu inggeris yang merepek. Ada sesetengah lagu je. Kalau nak diikutkan yang peminat k-pop tu, aku rasa lagu depa agak jiwang gak, cuma kita tak paham maksud dia kan. Tu korang rasa best je . Pulak-pulak mamat korea jambu batu pulak. Lagi korang syok je.


Aku tak ada masalah pon nak dengar lagu melayu, sebab bagi aku atleast lagu melayu tak ada yang lirik merapu raban nak ajak pergi sex or puja-puja syaitan. Cuma lagu Mizz Nina dulu lah ada kontroversi sikit kan. Dan lagi satu lagu melayu ni kita paham apa bijik butir dia nak sampaikan. Kalau lagu Lady Gaga tu lagi lah banyak bebeno maksud tersirat. Lagi parah. Nak kata lagu melayu merapu pon tak boleh jugak, sebab aku rasa sama je, lagu inggeris ke, lagu indonesia ke, melayu ke, korea ke, jepun ke, ada je yang merapu. Tapi tak semua lah kan



Kesimpulannya, nak dengar lagu apa, dengar lah, janji lagu tu tak bercanggah dengan agama sudeyhhhhh.Music ni salah satu teraphy minda tahu?


Btw, thumbs up Matluthfi!! Sampai tepuk-tepuk lantai aku gelak (hiperbola) part MatLuthfi dok miming lagu-lagu dalam video tu. Terbaik! Sila lah hasilkan video-video yang best lagi di masa akan datang :D


ok bye!

Senin, 07 November 2011

SORRY... AKU TAK BOLEH TUNGGU LAGI...

Assalamualaikum semua....
hai semua apa kabar sihat..lama tak dengar citer kan...maklumlah aku pun dah lama pendam rasa nak up-date blog aku ni...antara nak ngan tak jer..nukan apa last entry hari tu kan kau ada ckp mybe tu entry aku yang terakhir tapi nampaknya tak kesampaian jugak la hajat aku nak mengakhirkan blog aku buat sementara waktu..ye la sepanjang aku tak nak up-date blog ni la banyak sangat event yang aku join..so bila dah join banyak entry banyak la citer yang nak dikongsikan bersama-sama kan...tak seronok la kalau pengalaman tak kongsi ramai-ramai kan...macam korang gak pantang ada event sikit terus masukkan dalam fesbuk korang kan...huhu..

okey sebelum aku panjang kemerepekkan aku ni aku nak story-mory la sepanjang aku up-date blog aku ni hah..banyak la pulak citer nak dikongsikan...hah baru seronok kan...

tengok gambar kat bawah ni hah...cute tak???huhu..masuk bakul angkat sendiri nih..tak da saja jer la...sebenarnya gambar ni aku ambik sebelum aku g KL minggu lepas...erm aku g KL wat pe erk??? tu entry akan datang erk..ni aku nak citer sepanjang aku cuti minggu lepas jer..bab kat KL tu citer lain..nanti kalau dah citer abih nak da story pulak nak taip...tak seronok la kan...
gambar ni di ambil oleh kamera aku sendiri yang aku setkan jadi 10 second....haha..yola sapa la yang nak ambik gambar aku yang tak cantik ni kan...sekurang-kurang kamera aku ni la jadi penawar rindu...huhu


sebelum aku g KL aku kuar ngan kengkawan aku TESCO la TAMAN TASIK la...
masa kat TESCO sebelum naik tingkat 3 untuk solat ngan makan aku da la usha something ni..tapi sebenarnya aku dah lama pown usha dia tapi nak dijadikan citar aku lepas jer kami solat ngan makan terus aku menuju ke kedai menda tu...jeng jeng jeng..haha aku menjadi jahat dengan membeli huruf-huruf kecik tu...comel tau hah...disebabkan comel la aku beli tau tak...korang boleh tengok kat bawah ni hah...
cantik tak??? nama aku ditemani mamat korea...hehe...aku kan peminat K-POP..so apa saja yang aku nak beli aku akan beli something yang ala-ala keK-POPkan... okey habis citer pasal tu suma...


now kita beralih ker citer lain pulak...erm tentang apa erk???
okey meh sini nak citer...ni citer SASTERAWAN NEGARA datang sekolah aku pulak...kalau tak caya korang boleh baca dekat banner tu hah...kan kan kan..hah kan betul aku tak tipu punya la...sekarng ni sekolah aku dah sedikit popular berbanding tahun-tahun yang lepas...tahun ni banyak sangat orang-orang ternama yang datang sekolah aku ni hah...erm..mungkin rezeki kami jugak kan nak tengok diorang ni semua...selalu asyik tengok kat TV jer kan..sekarang ni tengok depan mata kepala sendiri hah baru puas hati sikit....kali ni yang datang sekolah aku ialah
 SASTERAWAN NEGARA PROF.EMIRETUS MUHAMMAD HAJI SALLEH
aku yakin kalau korang tanya cikgu sastera korang mesti diorang kenal punya lah...prof ni ada tulis sajak dalam buku sastera FORM 5..tajuk arkitek kota kalau tak salah aku..korang try la usha-usha...mesti ada punya la...kulit buku tu warna biru...cepat cepat selak....

cewah awek ni kalau pasal bergambar serah kat dia...haha...kat bawah tu eh eh...jom usha

jeng jeng jeng....gambar aku ngan sasterawan negara...yang pakai spek tu kawan aku...yang mamat sorang lagi pengawas..sama la macam aku..tapi dia form 4...mula mula nak tangkap 3 orang kami ja..pastu cikgu aku cakap tak baik tangkap gambar bertiga...sepantas kilat jer mamat tu dok sebelah aku...haha..apa pown tak boleh...

 perh...ni la kereta aku...ceih perasan ler cik ayumi ni...hehe..tak da la ni kereta ustaz kami...sasterawan negara naik kereta ni la masa nak main sekolah kami...ustaz yang jadi drivernya..haha...jadi lah kan...so sebelum ustaz hantar sasterawan balik kami pown apa lagi ambik kesempatan la tangkap gambar buat macam kereta kami...haha...

ni masa nak balik kalau tak silap aku la...aku suruh kawan aku ambik gambar aku , kawan aku yang sorang ni ngan pokok tu..bukan apa aku minat tengok pokok tu cantik...so tanpa segan silu..kami posing sesuka hati..haha...pastu baru kemas balik dewan tu...orait
tamat citer sasterawan negara..kita enjak ke citer baru pulak..
let's take a look

ni pulak citer kami g kem jawab soalan syariah...budak kelas aku yang ambik syariah just 11 orang... 5 laki 6 pompuan...macam biasa la kan dunia akhir zaman pompuan lebih ramai daripada laki...
disebabkan laki ni akan jadi ketua keluarga so aku letak gambar orang laki dulu erk..
tengok la kat bawah tu mana tau berkenan...haha...

yang berdiri sebelah kanan tu nama dia FATHI..sebelah FATHI tu FAIZOL
yang duduk tu pulak sebelah kanan SAZWAN , yang tengah tu HANAFI
yang last tu AZRAR
kita beralih kepada awek-awekz cun pulak...haha

yangpakai spek tu ASMAIHA , sebelah dia tu tentulah aku AYUMI
yang duduk sebelah kanan tu pulak FARHANA , kat tengah tu AIDA
yang hujung tu FATIMAH

lepas jer kami tangkap gambar kami terus p carik makan..hiuh lapor yop lapor...memandangkan kem tu kat KUALA KANGSAR kami pown p la try laksa KUALA KANGSAR..erm sedap....
LAKSA + CENDOL = KENYANG
aku siap bungkus lagi..habuan minum dalam kereta...kami pegi dengan cikgu tau bukan p sendiri..hah..jangan salah anggap pulak..tapi kalau bab makan memang kami p sendiri ja....

ni CENDOI 

ni LAKSA

mana la tau korang tak kenal kan tapi laksa KK rasa lain sikit tau..bikan macam laksa yang kita selalu makan tu...sapa yang penah makan tau la rasanya...janji sedap aku pown tak kisah punya la...
orait..setle bab kat KUALA KANGSAR

now jom kita p raya DEPAVALI pulak
huih barjalan sakan...memangdangkan kita ni 1 malaysia so kita kena saling mengunjungi kan...ni aku pgi umah teacher aku..dia panggil g raya umah dia..so aku and the geng pown pegi la...kami p tak ramai pown just 3 orang kami ja...ni la teacher yang ajar aku main sofbol..tapi dia sekarng mengajar kat sekolah MATANG...so jarang la jumpa dia..tapi kami masih kontek lagi la...masa raya DEPAVALI ni perh punya la banyak makanan memang kenyang la jawab dia...lepas jer kenyang kami pown apa lagi landing baik punya depan TV...tapi  tak la sampai baring..sebab ramai lagi tetamu yang datang..memang masa tu perpaduan kaum amat penting la...1st kami masuk umah tu tengok-tengok dah da orang cina..then kawan aku sepantas kilat cakap...
MEMANG 1 MALAYSIA RRRR...huhu

ni masa nak balik...ambik gambar kenang-kenangan...

erm cantik kan..aku tanya teacher aku tu..sapa buat dia cakap dia la yang buat..perh rajin betul la kan...dah la nak kena guna variety colour...sempat lagi nak masak la apa la...hiuh..rajin rajin...
lepas jer aku snap semua tu...kami pun pa lagi blah la..tak kan duk sampai malam kot kan..

orait...akhirnya habis jugak citer yang kau pendamkan selama nie....huhu..
ok la aku chow dulu...badan-badan pown dah sakit sakit dah ni..dok panggung kepala menaip...

...bye bye...

sssseeeeeuuuuuooooolllllsssss next time

sarangae(LOVE)