Rabu, 28 September 2011

Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza =)

Memey Suhaiza jemput datang majlis kawen dia. weeee. Actually yang dekat Johor tu jugak, tapi dekat Johor tak dapat pergi pulak.Lagipon jauh sangat. So pergi yang dekat KL je lah kan. Dekat sikit. Majlis berlansung di Hotel Crowne Plaza =)



Gambar terlampau banyak. Nak upload satu-satu, kejung pulak laptop aku karang. Terpaksa dimampat-mampatkan gambar macam kuih lapis sekali gus.



Pergi dengan si Fatin Suhana yang gojes ni pulak. Dia punya baju punya lah vogue. Aku pulak yang segan jalan dengan dia. Aku pakai kain batik je ni haaa datang majlis orang kawen. Kain batik pon kain batik lah kan. Bedalllll


Tema putih dan hitam. Tapi aku ni memang suka merosakkan tema. Orang punya tema warna gold, aku selamba tenuk pi pakai merah menyala. Orang punya tema warna hitam putih, aku pulak bedal pakai gold. Ghasak lah tak reti bahasa.




Ramai gila artis yang datang. Ada Samuel Rizal yang dijemput khas lagi dari Indonesia. Suka tengok Sazzy Falak dengan husband dia. Comel lah depa dua tu :D




Marsha, Yasmin Hani, Sari Yanti



Kamera si SS pulak yang pegang. Memang konpom penuh kamera dengan gamba Kila Fairy ni.




Memey Suhaiza dengan bridesmaid






Mula-mula aku ingat bridesmaid ni semua orang biasa. Tengok dua tiga kali rupa-rupanya artis. muahahaha. Yang aku tahu tepi tu Julia Ziegler, then sebelah dia aku tak kenal pulak siapa. haha. then Mira Liyana kott tu. dengan Nur Fathia


Gambar atas tu Nur Fathia. Seksi gak eh Nur Fathia ni. Bawah pulak gambar pengantin tengah makan



Time ni Memey Suhaiza tengah tukar pakai baju ke dua lak. Kek dan cupcakes semua ada bunga Rafflesia. Rafflesia yang taja kan? Harus lah ada bunga-bunga Rafflesia



Sesi memotong kek



Gambar Kila Fairy punya banyak dalam camera ni. Dapat dekat SS camera ni, si KilaFairy ni je lah yang dia tangkap. hehhh. Gambar atas belah kanan tu Fauziah latiff



With Eja dan Marsha. Kemain tinggi depa ni. Aku malas nak pakai high heels. Sakit kaki wooo. Lenguh kaki pon ye jugak. Datang pakai selipar jamban je. Nasib baik tak kena halau sebab pakai selipar. Tak senonoh betul aku. Tapi ada aku kesah? kehkeh


With Neelofa and KilaFairy.


KilaFairly lagi. Banyak bebeno gambar dia ni. Ni je lah yang aku tepek



 Nampak Irma Hasmie!!! Comel gila Irma Hasmie!! suka tengok dia! =)


Teruja gila jumpa Irma Hasmie sampai muka pon kembang macam tempayan. kehkeh. Tapi dalam banyak-banyak yang datang tu, Irma Hasmie punya baju lah yang paling sedap mata memandang. Tak payah dedah-dedah pon still vogue apaaaaaa. kan?? Ayu je tengok si Irma Hasmie ni =)




Tapi agak kebaratan lah majlis kawen depa ni.Agak terkilan jugak ah sebab sensitiviti kita sebagai umat ISLAM tidak dijaga huhuhu. Bukan untuk menyalahkan sesetengah pihak atau berlagak alim ke apa, tapi untuk djadikan pengajaran dan pringatan bahawa walau ape pon yang kita buat, jaga lah nama kita sebagai orang ISLAM .Secara tidak langsung menjaga nama baik keluarga kita jugak.Maaf kalau ada pihak yang terasa ke hape. huhuhu



Btw, thanks for the invitation. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Past is past. Semoga berbahagia ke anak cucu cicit piut hendaknya. Amin =)


ok bye!

(Video) Samsung Galaxy S II =)


GALAXY S II

Best pulak aku tengok handphone ni. Rasa macam nak beli je sebijik. Pulak-pulak dok sedap je layan video dalam SAMSUNG MICROSITE ni.









kehkeh. Galaxy S II dengan duit pon orang pilih Galaxy S II tahu??













Ni blogger pulak buat video. Blogger pon banyak guna Samsung Galaxy S II ni woooo




Kalau korang pengguna GALAXY S II ni. Boleh lah hantar video korang dengan GALAXY S II ni atau nak share apa yang best pasal GALAXY S II ni pon bolehhhhh. Aku pon tengah mengumpul duit nak beli GALAXY S II ni.Senang lah nak update blog dekat mana-mana. kehkeh


ok bye!

Selasa, 27 September 2011

Xplay - Paul Van Dyk datang Malaysia pulekkk




Siapa Paul Van Dyk ni?? Macam mat saleh je??


Dia ni sebenarnya DJ Superstar pertama yang telah diiktiraf secara meluas di seluruh dunia. Paul Van Dyk ni jugak pernah menang Grammy-Award kategori DJ,musician dan record producer. Dia dah banyak terlibat dalam high-profile remixes termasuklah macam lagu Justin Timberlake "What Goes Around" dan Britney Spears "Gimme More". Album yang terjual lebih dari 5 juta album wooooo.



Now XPLAY bawak dia ni datang Malaysia pulekkk. Sesiapa yang nak pergi. Mark your calendars!




Nak masuk FREE je. Tapi korang kena lah buat benda ni untuk dapat FREE passes:




Kalau korang ni ahli Xpax or U.O.X, senang je. Hantar je SMS




Ada lagi cara-cara lain nak dapat FREE passes seperti di bawah. Semua ada dekat SINI:




Nak dapat FREE passes?? Usha-usha lah page INI sekarang!!


ok bye!

Menternak lemak di Pepper Lunch @ Pavillion

First time aku masuk Pepper Lunch ni dengan SS. Makanan dalam ni ala-ala jepun lah. Dok usha je menu dari jauh dulu. Usha punya usha nampak logo HALAL pulak. Apa lagiiii. Bedal je lah. Bau dari luar pon dah menusuk ke lubang hidung aroma nya.


Chicken pepper rice (add on- cheese and egg)


pergghhhhh *telan air liur balek bila tengok gambar ni*



Makanan dalam ni semua serve ala-ala claypot lah. Aku bukan tahu sangat pon cara makan dia. Main bedal je. Tapi waiter tu suruh kitorang gaul semua benda ni baru makan. Gaul je lah. Gaul pon nak guna chopstick. Konon jepun sangat. Lepastu makan letak dalam mangkuk masing-masing



Setelah digaul sebati . Nyum nyum



Sekali tengok ada tv besar dekat depan. Tv tu tunjuk cara nak makan semua menu dalam ni. Dalam tv tu depa suruh tambah sos. Sos ada dua pilihan. Garlic Soy Sauce dan Honey apa benda sos tah. Aku amek yang honey sos tu. Kemain sedap aku main taruk je dalam nasi tu. Pastu gaul balek. Nasib baik, hasilnya sedap gilaaaa





Tetiba rasa macam lapar lagi pulak. Dah dedua pon kuat makan. Niat di hati nak RASA je, sekali niat terpesong, terus jadi melantak. Tengok orang sebelah makan daging. Tengok dekat skrin tv tu pulak tengah tunjuk cara masak dan makan daging macam mana. Tengok daging tu terus aku ingat RUNNING MAN. Sebab depa kan kalau pergi camping selamba tenuk je makan daging panas-panas yang baru angkat dari api tu. Apa tak melecur ke lidah diorang kan? So aku pon feeling-feeling Running Man jugak walaupun Running Man asal Korea,pedulik lah kan jepun korea bagai. aku pon try lah ambik daging



Pepper Steak


Sampai-sampai je dia bagi daging mentah macam ni. Tapi panas lah mende alah ni. Nasib baik aku tak gelojoh sangat pergi pegang ke hape. Mahu menggelupur masuk hospital tangan melecur pulak kang. Dah satu hal. Cara nak masak dia. Kena sapu butter atas daging tu.Letak dua sos yang dekat atas tadi bagi rasa lagi umphhhh. Dalam 3 minit terbalikkan daging tu semua. Letak atas sayur, dan gaulkan semuanya, Dah siap, boleh lah kita balun



Hampir masak dah ni. Warna daging sudah bertukar. Sekejap je woo daging ni masak. Kau jangan dok termenung je pulak bila waiter hantar benda ni atas meja. Kalau kau buat dekkk je tak terbalikkan daging ni. Alamatnya hangus rentung lah daging kau. Apa pon tak boleh




Tadaaa! Siap dah. Sedap gila wooooo. Patut ah HAHA yang RUNNING MAN tu kalau makan daging lembu, menggelupur dia macam orang gila tak pernah jumpa daging. Serious ini memang terbaik dari ladang. Pepper steak ni di datangkan khas dengan nasi jugak. Depa bagi semangkuk nasi untuk makan guna daging tu.




Baru aku tahu nikmat makan panas-panas tu macam mana rasa dia. perghhh sedap hoiii.Sebab aku selalu layan cerita Korea/Jepun tengok depa makan panas-panas, muka konpiden je. Mungkin akan datang lagi ke sini. Sebab bila aku tengah taip entri ni cerita balek pasal daging ni pon. air liur hampir jatuh ke keyboard laptop. hehhh.




Daging tu lembut gila wooo. Bila makan memang syok habes lah.Baru makan 2-3 ketul, Sedar-sedar je daging dah habis si SS kerjakan masuk dalam mangkuk dia dan terus ke dalam perut dia. Dasar kuat mentekedarah betul lah dia ni. Patut lah dia gendut, aku slim. eh!




ok bye!

Senin, 26 September 2011

Album Launching Dato' Siti NurHaliza & SimplySiti Open House with Fatin Liyana, Fatin Suhana, Annas Easkey and Carl Samsudin =)

Amboiii tak boleh nak panjang lagi ke tajuk? kemain semua nama kalau boleh nak sumbat situ. Baru-baru ni pergi pelancaran album Dato' Siti Nur Haliza dan open house SimplySiti dekat StarHill Gallery. Gerun nak masuk StarHill Gallery ni. Kalau nama nak shopping dan menternak lemak dalam StarHill Gallery ni memang bukan muka aku lah.Ghabak duit poket!



Ni pon sebab Dato' Siti Nur Haliza ajak pergi sini sebab dia nak launching album. Merasa lah jejak kaki kali ke dua ke dalam ini. (amboi kemain sangat nak cakap Dato' Siti Nur Haliza yang ajak datang) hakhakhak :D


Bersama makcik Fatin Liyana yang mulut penuh makanan.Macam tempayan muka aku bila bergambar sebelah dia ni.Hehh.  Kau sampai-sampai je terus makan kan ten? Orang hulur makanan, kita bedalll je lah kan. apa tunggu lagi





Dari kiri, Selena Gomez (wakluuuuu haktuiihhh), Annas Easkey, Fatin Liyana, Carl Samsudin, Fatin Suhana. Depa pon dapat invitation jugak. Bagus sangat lettewww. Ada jugak geng-geng nak gosip-gosip dan menggila macam orang gila tak pernah jumpa kamera



Dia ni suka bebeno dengan Lan ni. Idola dia lah kira. Suka lettew jumpa Lan. Ramai bebeno artis yang datang, dah naik letih kamera si SS dok snap artis sini sana. Ada Maria Farida, Natasha Hudson, Ana Rafali, Shila Hamzah, Aizat, Azwan Ali, dan ramai lah lagi. Aku pon dah tak ingat siapa. Sebab ramai bebeno


Si gendut dan Annas Easkey



Dok sedap tangkap gambar, sekali Dato' Siti Nur Haliza turun dari lif. curlassss



terus nyanyi lagu baru dia. Yang lagu orang puteh tu



Dah habes nyanyi-nyanyi, Dato' K bagi bunga, laga-laga pipi muah muahhh dekat Dato' Siti, then Adib anak Dato' K bagi sepatah dua kata . Si Fatin Liyana macam orang gila bila tengok Adib ni.Mata tak kedip-kedip. Memang sesuai la dengan muka kau ten. Kot la jadi, dapat la ko jadi menantu Dato' Siti Nur Haliza. muahahaha



Bapak borek anak rintik *tetibaaaaa*



Sambung lagi bergambo. Selagi tak full memory card ni selagi tu lah dok snap sini sana. hehh



Fatin Epal, Fatin Liyana, Fatin Suhana .



Fatin Epal??? ahh ghasak kauu lah. kau pon nak Fatin jugak. Kau ingat kau cantik macam diorang ke cik epal hoii?? Berangan lah kau. Dalam mimpi pon tak dapat masuk hoiii *monolog dalaman*




Masing-masing membawa pulang CD baru Dato' Siti Nur Haliza dan goodie bag yang mempunyai cookies kegemaran Dato' Siti NurHaliza =)



ATIN dan Prema Yin

Si Fatin ni beriyaa:

FL: weii weii tangkap kan gambar aku dengan Prema Yin. kau pon jom lah join sekali

CE: eh tak apa lah ten, aku pemalu orangnya. kau je lah pergi

FL: yayyy dapat jugak aku jumpa Prema Yin!! Idola aku ni kalau kau nak tahu

CE: Untunglahhhhhhh kau ten dapat jumpa idola kau. Untunglahhhhh

Kemain eksaited Fatin Liyana jumpa Prema Yin. Tu pon kalau kau nak percaya lah. kehkeh



First time aku jumpa cik mek Fatin Suhana ni.  Selalu dok facebook and koling-koling je. Sebab tu terserlah kejakunan. Mak aihhh ayu betul dia ni. Suara pon ayu. gelak pon sopan tutup mulut. Bunyik gelak yang keluar dari mulut dia pon macam "hikhikhik" je bunyiknya. Kalau tang aku, gelak je kemain besar bunyik "huahuahuahuahua" dengan suara memekak. Memang berbeza betul lah aku dengan si Fatin Suhana ni. Macam langit dengan kerak bumi kot. Untunglahhhh muiz dapat dia *tetibaaaa* :D



Dah habes makan-makan. Open house kannnn. Harus lah ada makan-makan. Si Fatin nampak Datin Nor Juma. Semua macam "eh mana mana? betul ke dia ada?" perghhhh terkesima tengok dia. Cantiknyaaaaaaa Datin Nor Juma ni. Serious muka macam anak patung. Lawa sangat =)



Dok tangkap gambar dengan dia. Aku senyap je. Nak borak dengan dia segan.Salam and senyum je lah. Aku kan pemalu. (pemalu lah sangatttt) Tetiba Datin Nor Juma tanya







"eh you ni  blogger yang masuk majalah InTrend tu kan?"


Ngaaaaaaaaaaaaaa . Tak tahu lah aku nak meloncat ke nak menangis terharu. huahuahuahua



Tetiba dapat bunga. Tah mana datang tah



Ni lah cookies kegemaran Dato' Siti Nur Haliza tu. Kegemaran beliau di agih-agihkan kepada kami :D



Goodie bag. Bunga tadi dok buat hiasan. Nampak lah girlish sikit kan ada bunga-bunga?




Bunga tu selain di buat hiasan, dok buat berlakon pulak kengkonon jual mahal tak nak terima bunga. Muka si SS menghayati watak betul.  Kemain sangat ambek feel.. Cehhhhh.  Jutaan terima kasih kepada Annas Easkey yang tetiba baik hati nak belanja minum. Nak makan, dah kenyang pulak. Minum je lah.



Btw, Thanks SimplySiti for the invitation!!! Nanti ada pape lagi event,boleh lah jemput  kami lagi. :D



ok bye!

Express your emotions!! =)

 No boundaries!!! Apa-apa perasaan kau sekarang, boleh lepas geram dengan tengok video dekat LOVE GALAXY S II. Taip je apa-apa perasaan yang kau tengah feeling-feeling sekarang, pappp keluar lah video. Video yang berkaitan dengan GALAXY S II.




Contohnya. Aku tengah rasa kelakar sekarang ni. Tak tahu lah apahal rasa macam kelakar. Padahal tak ada sesiapa pon buat kelakar. Tiba-tiba nak tengok apa yang kelakar. Taip je "funny" dan tekan "play". Tengok lah video nya. Video nya kejap je. Tak sampai pon lapanbelas minit. Jangan risau


 video sedih sebab gaduh berebut GALAXY S II dengan pakwe



 Nak tengok, taip "cry" pulak


 Video buat magic. wow! Video ni yang paling aku teruja sekali. Boleh buat magic guna Samsung GALAXY S II. perghhh


 Taip "magic" dan pappp keluar lah video buat magic. Teruja uolllssss~



Best pulak main play-play video ni. Apa kata korang cuba-try-test masuk keyword apa-apa lah yang korang nak. Bedal je apa-apa pon. Tengok apa video tu respons. Cuba-try-test masuk kan keyword ni:

@scratch
@jump
@teaser
@magic
@shout
@funny
@cry
@love


Tu contoh je. Kalau korang ada feeling lain time tu, nak tengok apa video tu respons. Taip je lah apa korang nak taip. Bila tengok video-video ni,korang pulak tetibaa rasa korang boleh buat lagi bagus dari video ni. Korang pon boleh jugak nak hantar video korang


 Haaa apa tunggu lagi. Hantar lah pulak video korang menggunakan GALAXY S II ni!! Tak payah buat video lama bebeno. Short and simple je. Tapi kena ada GALAXY S II lah. Kalau tak ada phone ni, pergi beli lah dekat kedai phone. Tak kan nak beli dekat kedai basikal pulak kan





GALAXY S II




 Antara video yang telah di featured. Tak ramai yang try lagi ni. Korang pon boleh interframe dekat sini jugak. Cepat upload video dekat sini! :D




Bukak je web GALAXY S II ni ada terpampang video depa ni. Haaa kalau korang nak di featured kan dekat page ni. Jangan lupa hantar video korang smart-smart,molek-molek ok! Boleh tunjuk kan betapa korang sayang leplep dengan GALAXY S II ni. =)




ok bye!